36

903 94 2
                                    

Seokjin menyerabutkan rambutnya. Sejurus itu dia meneguk rakus wain yang ada di dalam cawannya. Taehyung menolak kasar pintu bar itu. Dari jauh dia dah dapat lihat belakang Seokjin yang berbidang besar itu. Taehyung menggeleng lemah kemudian merapati Seokjin.

Taehyung menarik kerusi disebelahnya lalu meminta gelas tambahan untuk dia minum bersama Seokjin. Taehyung mengerling Seokjin disebelahnya yang tidak hiraukannya. Wajahnya sungguh garang ketika itu. Jarang dia melihat se-serius ini wajah kawannya itu. Hampir 20 minit Taehyung melihat Seokjin yang tak henti-henti minum dan menuang silih berganti wain dihadapanya. Cukup masuk kali yang ke-17 Seokjin menuang air, Taehyung merampasanya.

Seokjin memandang Taehyung dengan pandangan yang sangat garang. Langsung Taehyung tak gentar.

"Aku nak minum juga. Dah kau je tuang dari tadi" kata Taehyung lalu menuang ke dalam gelas kosongnya. Seokjin yang memahami masuk Taehyung itu mengeluh.

Taehyung tidak bertanya lagi apa yang berlaku pada Seokjin sebab dia tahu Seokjin akan beritahu sendiri nanti. Jadi dia hanya diamkan diri dan menikmati wain yang ada di dalam gelasnya.

"Aku serabut. Aku tak tahu nak buat apa." Luah Seokjin perlahan sambil menongkat tangannya pada meja lalu memegang kepalanya. Taehyung menoleh melihat Seokjin. Dia meletakkan kembali gelasnya di atas meja lalu memusingkan kerusi Seokjin menghadapnya.

"Okay dah lama aku tunggu ni. Now, cerita. Apa masalahnya?" Taehyung memusingkan kerusi yang diduduk Seokjin untuk melihatnya. Seokjin mengeluh kasar.

"Aku gaduh dengan Haera. Haera minta cerai.."

Taehyung menggangguk perlahan. Dia dah agak Haera akan tahu juga tentang Seokjin dan Saera. Dia memegang bahu Seokjin. Seokjin memalingkan kepala kepada Taehyung.

"Aku nak tanya." Taehyung memandang Seokjin dengan pandangan serius. Seokjin mengangkat kening menandakan 'apa dia?'

"Kau ada hubungan dengan Saera ke?" tanya Taehyung masih dalam nada yang serius. Seokjin terus menegakkan badannya apabila mendengar soalan seperti itu dari Taehyung.

Melihat Seokjin yang masih lagi tidak menjawab pertanyaannya Taehyung meneruskan kata-katanya. "Sejak bila weh kita berahsia ni? Lagi-lagi kau? Kalau masalah rumah tangga kau nak rahsiakan aku tak kisah. Tapi masalah hubungan sulit weh. Sejak bila kau jadi kejam macam ni?"

Seokjin mengguak rambutnya kebelakang lalu ingin berkata tetapi belum sempat dia ingin bercakap Taehyung menyambung kembali. "Aku ingat kau memang cinta mati dengan Haera. Okay, look. Aku bukan nak sebelahkan siapa-siapa. Tapi dengar nasihat aku. Kalau kau tak cintakan dia dah. Lepaskan dia. Jangan sakitkan dia. Dia gadis baik" sambung Taehyung.

Seokjin tersenyum sinis mendengar nasihat Taehyung. "Kau cakap aku? Habis kau tu asal tak lepaskan Ara? Kau pun seksa perempuan. Jangan nasihat aku kalau kau pun buat benda yang sama." Balas Seokjin dengan sinis.

Terpempan Taehyung mendengar apa yang Seokjin cakapkan. Dia baru tersedar. Dia juga lakukan perkara yang sama pada Ara. Tapi dia tak pernah terfikir mahu lepaskan Ara sebab.. dia dah mula sayangkan Ara macam dulu. Macam mana dia sayangkan Ara sebelum Ara ditiduri lelaki lain. Dia jadi takut bila fikirkan jika Ara akan tinggalkan.

"Siapa cakap aku tak sayangkan dia? Pernah ke aku cakap? Lagipun sekarang ni kau jumpa aku sebab masalah kau dengan Haera kan? Jadi jangan babitkan aku dengan Ara dalam cerita kau" Taehyung membalas semula lalu meneguk segelas lagi wain.

Seokjin sudah mula takut melihat Taehyung yang dah mula naik baran.

"Okay sorry. Aku taknak babitkan kau dengan Ara. Cuma sekarang ni, aku taknak lepaskan Haera dan aku jugak tak tahu kenapa aku tak boleh lepaskan Saera. Nak kata cinta? Sumpah aku tak rasa cinta dengan dia. Tapi bila dia datang je dekat dengan aku, aku jadi nak dia je.." adu Seokjin dengan matanya dikerlipkam seakan bingung dengan dunianya.

Taehyung menoleh perlahan-lahan memandang Seokjin kembali. "Jin, kalau aku tunjukkan sesuatu. Kau percaya tak dengan apa yang kau lihat ni?" Taehyung terus mengeluarkan telefonnya dan membuka kembali video yang telah dihantar oleh Namjoon kepadanya.

Seokjin terkejut dengan apa yang dilihatnya. Dia tak faham apa yang cuba Taehyung sampaikan. "Apa benda ni? Saera letak apa dalam air aku?" tanya Seokjin lalu memulangkan kembali telefon Taehyung.

Taehyung menyambut dan menarik nafas.

'Sekali lagi aku kena bukak cerita. Haih. Nasib la kawan..'

"Aku taknak cerita banyak malam ni. Kau ingat Min Yoongi? Kawan kolej kita yang budak Bio dulu tu?" tanya Taehyung dengan kening terangkat.

Seokjin cuba berfikir. "Ohh! Budak muka pucat tu. Haa okay. Apa kena mengena dia dengan Saera? Dia ke yang bagi Saera benda tu untuk letak dalam air aku?" serkap Seokjin terus.

"Hoi..hoi.. sabar. Bagi aku cakap" marah Taehyung apabila melihat Seokjin yang dah mula memerah muka.

Pelayan bar yang sedang mengelap cawan dihadapan mereka juga turut perasan dan menoleh bila melihat dua sekawan itu seakan mahu bertumbuk.

Seokjin hanya mendiamkan diri dan mendengar penjelasan Taehyung.

"Esok ikut aku. Aku bawak kau jumpa dia. Dia boleh 'pulihkan kau'. " terang Taehyung. Sekali lagi Seokjin menegakkan badannya.

"Pulihkan aku? Aku sakit apa pulak?" tanya Seokjin.

Taehyung meletakkan jari dibibir menandakan menyuruh Seokjin diam. Lalu dia turun dari kerusi dan meninggalkan Seokjin kemudian menggangkat tangan tanda ingin pulang. Seokjin hanya merenung belakang Taehyung yang semakin menghilang.

"Aduh! Aku sakit apa pulak ni?" Seokjin yang kebingungan menepuk-nepuk mukanya dengan kedua tanganya.

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now