50

984 96 13
                                    

Namjoon merenung kotak cincin ditangannya. Namjoon mengeluh. Kotak itu dicampak perlahan di atas meja kopi dihadapannya lalu tangannya mengambil mug dan dihirup perlahan isi didalamnya.

'Ahh! Caffeine mampu buat aku ketagih!'

Namjoon teringat kembali saat pertemuannya dengan Jung Jiwoo minggu lepas sekaligus dia teringat bagaimana marahnya ayahnya dan juga mamanya.

Manakan tidak! Jung Jiwoo serahkan semula cincin pertungan dan juga telah lari meninggalkan Kota Seoul ini.

Namjoon tahu dimana Jiwoo sengaja dia tidak mahu memberitahu ahli keluarganya. Risau pula dengan keselamatan gadis itu. Lagi pula, dia tidak mahu ada kena mengena dengan gadis itu dah.

Namjoon menggeleng kepala.

"Serabut otak aku macam ni!"

'Ting! Ting'

Telefon Namjoon berbunyi menandakan ada pesanan mesej yang masuk. Namjoon mengambil malas. Doanya di dalam hati agar mesej yang diterima bukanlah dari ibu atau ayahnya. Dia mahukan ketenangan sekejap. Dengan malas juga Namjoon buka kotak mesej tersebut.


The Kimsss 🎭

Seokjin
Joon!
Kau kat mana?

Namjoon membaca sepintas lalu. Ya. Dia tahu yang Haera sudah sedar dari koma. Mungkin Seokjin mahukan pertolongannya. Mudah sahaja dia mengandai.

The Kimsss 🎭

Me
Kat coffee bean.
Kenapa?
Ada masalah ke?

Seokjin
Datang sini cepat.
Ara dah sedar!

'Ara dah sedar? Seriously? Syukur!!'

Me
Okay okay!
Aku datang sekarang!!

Namjoon menggelabah bangun dari kerusi.

'Tangg!!'

Bukan Kim Namjoon kalau tak men'jahanam'kan harta orang. Cawan yang masih berbaki coffee tadi jatuh ke lantai dan pecah. Namjoon bertambah kelam kabut jadinya.

Beberapa mata-mata memandangnya. Nasib waktu ini tidak terlalu ramai sangat orang disitu. Yalah, dah nak masuk pukul 3.30 petang. Waktu makan tengah hari dah lama berlalu hanya ada beberapa pelanggan sahaja di dalam kedai itu. Kelihatan seperti golongan remaja yang baru pulang dari sekolah untuk berehat bersama rakan sebelum pulang ke rumah.

Namjoon menunduk ingin mengutip kaca dilantai. Tiba-tiba, datang satu suara menegahnya dari mengutip kaca itu.

"Encik! Jangan kutip!" terhenti perbuatan Namjoon lalu kepalanya mendongak memandang ke atas.

'Perempuan ni! Perempuan ni. Perempuan yang aku nampak tepi jalan dengan seorang kanak-kanak hari tu!'

Namjoon masih merenung gadis dihadapannya dalam keadaan masih menyangkung dibawah.

Gadis itu mula berasa tidak selesa apabila ditenung sebegitu.

"Err..Encik?" panggil gadis itu.

Namjoon tersedar saat tangan gadis itu melambai-lambai di hadapan wajahnya.

'Shit! Adakah ini cinta? Kenapa aku berdebar ni? Macam ni ke rasa bila jumpa dengan cinta?'

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now