54

1.2K 104 2
                                    

3 tahun kemudian

"Seun Ho-ah! Eomma cakap jangan lari kan! Kan dah jatuh. Aigoo~ kenapa degil sangat ni?"

"Hiks hiks.. Sunho nak kejar uncle Joon tu. Dia curi gula-gula Elaine." Comel kanak-kanak berusia 2 tahun itu mengadu.

"Aigoo~ anak eomma ni baiknya. Takpe. Nanti eomma suruh appa marah uncle Joon. Okay?"

"Eung!" Sambil mengesat air mata, Seun Ho menggangguk tanda setuju dengan ibunya.

"Sayang~ tengok Joon ni. Ada ke dia ajak Seun Ho dengan Elaine main kejar kejar. Dah tak pasal jatuh anak bujang awak tu." kini giliran dia pula mengadu pada suaminya.

"Aigoo~ patutlah Seun Ho suka mengadu. Ibu dia pun suka mengadu juga. Haih jangan comel sangat. Kita kat luar rumah ni." Pipi isterinya dicium pantas.

"Ahh! Apa ni? Kita kat luar ni! Malu la kat Joon tu." marah isterinya.

"Halah! Halah! Aku dah lali dah la hadap korang punya kemanisan ni Haera. Apa? Ingat korang je ke tahu bermanisan? Aku pun tahu la. Kan sayang?" Kini giliran Namjoon pula menunjukkan kemesraannya bersama isteri tersayangnya, Isabelle yang sedang menyiapkan bahan-bahan untuk barbeku.

"Eee apa awak ni. Malu la kat anak-anak tu!" Tangan Namjoon yang melingkar dipinggang isterinya itu ditepuk tanda protes.

"Abang Joon!! Boleh tolong Ricky tak?" Suara kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun kedengaran dipintu belakang rumah itu. Semua mata tertumpu padanya. Terus sahaja Namjoon bergerak masuk ke dalam rumah Seokjin membantu adik iparnya itu. Walaupun Ricky adik iparnya tetapi dia anggap Ricky macam anaknya sendiri.

Ricky atau Han Ricky adalah adik lelaki kepada Han Isabelle. Isabelle yang berumur 21 tahun itu telah kehilangan ibu bapanya ketika berumur 17 tahun bersama adiknya Han Ricky akibat daripada nahas pesawat yang dinaiki orang tuanya sewaktu ingin pulang ke Korea daripada tanah kelahiran ayahnya iaitu di New Zealand.

Namjoon telah mendirikan rumah tangga bersama Isabelle 2 tahun dahulu sewaktu Isabelle berusia 19 tahun. Oleh kerana kasihankan Isabelle dan adik lelakinya, orang tua Namjoon bersetuju agar mereka disatukan walaupun usia Isabelle masih muda pada ketika itu. Kini lengkap ahli keluarga Namjoon dengan adanya Kim Elaine sebagai bukti cinta mereka.

Gelak tawa Seun Ho dan Elaine bergema di taman mini rumah milik Seokjin itu. Manakan tidak, anak bujang Seokjin dan anak dara Namjoon itu sedang berkejaran menangkap seekor rama-rama yang sedang berusaha melepaskan diri.

Senang hati Haera melihat tiada lagi raut wajah kesedihan disuaminya selepas semuaya selesai. Walaupun banyak duka dan lara yang mereka hadapi selama ini, akhirnya dapat suaminya hadapi dengan tenang.

Kalau difikirkan kembali dengan apa yang menimpa mereka, ia bagai satu fobia yang susah untuk mereka hadap. Bagai terngiang-ngiang dipendengarannya bagaimana raungan Ara sebelum ini.

"Uitt sayang.. fikir apa tu jauh termenung?" Dagu Haera dicuit perlahan mematikan lamunan isterinya itu.

"Seokjin.. awak ni kan. Nasib saya dah tak terkejut macam dulu tau. Kalau tak sia-sia awak kena panggang atas bara ni tau!" Marah Haera sampai terjegil biji matanya memarahi suaminya. Ketawa Seokjin riuh kedengaran. Suka dia menyakat isterinya yang kuat termenung ini.

"Yelah. Jauh sangat tu termenung. Apa yang awak fikir kan? Fikir nak bagi Seun Ho adik ke? Kih kih kih" ketawa Seokjin mati saat cubitan hinggap dibahu kanannya.

"Haaa cakap la bukan bukan lagi. Tidur luar malam ni." Muncung Haera sudah kedepan bila suaminya sekali lagi mengganggunya.

"Alaa okay okay. Sorry. Okay, I'm serious. Kenapa awak macam moody ni?" Tangan Haera diraih dan kucup kejap.

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now