07

1.1K 141 2
                                    

"So bro. Macam mana? Apa kata dia?"

Namjoon menyisip air didalam gelasnya dengan menggunakan straw lalu dia bermain dengan straw itu dan memandang Seokjin kembali.

"Dia taknak"

"What? Dia taknak?? Serious la dia taknak? Dia tahu tak kau siapa sebenarnya? Macam mana dia boleh tolak kau macam tu je?"

"Ntah lah. Dah la aku serabut la"

"Kau ni betul nakkan dia sekadar jadi calon isteri kau atau kau memang dah jatuh hati kat dia?"

"Dua dua"

"Whatt?? Pfftttt teruk kau ni"

Seokjin meramas rambutnya kemudian dia bermain dengan jarinya. Memang sudah menjadi habit apabila di dalam masalah dia bermain dengan jari jemarinya untuk menghilangkan rasa gusar.

Tiba tiba dia teringat sesuatu.

"Weh. Kedai kek Haera tu kedai dia kan?"

"Aah. Apahal?"

"So maknanya tu kedai mak dia juga la kan?"

Namjoon hanya mengganguk sahaja.

"Cun. I know what to do."

Seokjin bangun ingin meninggalkan temlat itu.

"Woii woii. Kot ye pun sabarlah. Jangan la tinggalkan aku."

Seokjin hanya mengabaikan Namjoon dna berlalu ke keretanya dihadapan kafe yang dia kunjungi bersama Namjoon. Dia hanya menunggu namjoon di dalam kereta sahaja.

"Lembab la jantan ni"

*****

"Terima kasih. Datang lagi."

Puan Yun menunduk pada pelanggan yang keluar dari bakerinya itu. Baru sahaja dia ingin berpusing kedengaran pintu bakerinya berbunyi menandakan ada pelanggan yang masuk.

"Selamat datang!"

Puan Yun menunduk dan bangun kembali dari menunduk hormat. Saat itu matanya bertemu dengan sepasang mata wanita tua yang anggun lagi jelita. Wanita itu tersenyum padanya.

"Ya Puan. Puan nak order apa? Atau Puan boleh duduk dikerusi dahulu dan saya bawakan menu."

"Boleh awak dan saya duduk disitu dahulu?"

"Err? Bo..boleh."

Mereka menuju ke meja yang berdekatan dan duduk berhadapan.

Wanita yang anggun tadi memandang Puan Yun dengan senyuman.

"Saya Sa Kyung. Kim Sa Kyung."

Puan Sa Kyung menghulur tangan untuk bersalam. Lambat lambat Puan Yun menyambutnya.

"Saya Haerim. Yun Haerim. Pemilik kedai kecil ni"

Puan Yun memberikan senyuman manis pada wanita dihadapannya.

"Saya datang ke sinu bukanlah kerana saje saje. Saya datang dengan niat yang lain"

Terkejut Puan Yun mendengarnya.

"Ni..niat yang la..in? Maksud Puan??"

"Eh awak jangan la fikir yang bukan bukan. Maksud saya. Saya datang sini dengan hajat."

"Oh. Saya ingatkan kedai saya ada buat sesuatu yang kepada customer hingga mereka marah"

Tercalit wajah lega Puan Yun. Puan Sa Kyung ketawa kecil.

"Begini Puan Yun. Anak lelaki saya sudah berkenan dengan anak perempuan awak. Tapi dia malu untuk bertanya terus pada awak. Maklum la. Budak budak. Lelaki pula tu"

Puan Yun terkejut sekali lagi mendengarnya. Siapa pula yang sukakan anaknya yang ganas dan panas baran tu?

"Anak Puan? Macam mana mereka boleh berkenalan ye?"

"Saya pon tak berapa pasti. Oh sekejap saya panggilkan dia."

Puan Sa Kyung mengeluarkan telefonnya dan mendail nama anaknya.

"Sayang. Mari masuk sini. Jumpa dengan emaknya"

Puan Sa Kyung kembali mematikan talian selepas bercakap dengan anaknya.

"Sekejap lagi dia masuk."

Puan Yun gelisah menanti pemuda yang sukakan anaknya itu. Masih berlegar difikirannya. Macam manalah rupa lelaki yang minat anaknya itu. Dia kenal sangat dengan perangai anaknya yang takut dengan lelaki. Jadi macam mana lah ada lelaki yang boleh sukakan anaknya jika tidak pernah bersua sekali pun.

Dalam Puan Yun leka memikirkan sesuatu, seorang pemuda yang sangat tinggi menghampirinya.

"Puan Yun. Ini lah anak saya."

Puan Yun segera menoleh kepada orang yang ditunjukkan oleh Puan Sa Kyung.

Budak ni? Ini budak yang merayu pada Haera hari tu.

Dalam diam dia tersenyum.

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now