42

957 92 3
                                    

Taehyung masuk ke rumah sambil menarik nafas lega. Masalah Seokjin sudah selesai. Dia meminta izin untuk pulang. Dia minta Nickhun dan Jimin menemani Seokjin kerumahnya. Mana tahu jika Seokjin memerlukan mereka lagi.

Rupanya selama ini kawannya itu disihir. Tak di sangka zaman begini moden masih lagi ada yang menggunakan kaedah seperti itu.

Dia jarang je tokong. Dahulu semasa zaman belajar kerap juga dia ke tokong bersama Namjoon dan Seokjin. Selalu juga dia melihat upacara seperti tadi. Seperti apa yang Seokjin lakukan bersama Nickhun tadi.

Seokjin tersilap langkah. Dia terhasut dek Saera yang gila. Muka je lawa. Tapi otak buruk macam hati. Seokjin yang dah beristeri pun mahu digodanya. Dia yakin sekarang ini Saera sedang terkena semula di atas perbuatannya.

Taehyung menaiki tangga ingin menuju ke biliknya. Dia ada tugasan lain pula ingin diselesaikannya. Tak sabar dia ingin sampai ke rumah.

Sambil menaiki tangga matanya menoleh juga ke arah dapur. Tapi dapurnya gelap. Kawasan ruang tamu juga seakan tak terusik langsung hari ini.

Taehyung fikir bahawa Ara sudah berada di bilik bersiap siap ingin tidur. Laju langkah kakinya menuju ke bilik tidurnya.

Taehyung terus merempuh bilik tidurnya.

Gelap.

Langsung tiada cahaya.

Taehyung memetik suis lampu bilik. Melilau matanya mencari Ara. Matanya jatuh pada katil. Katilnya sama seperti pagi tadi. Sama seperti saat dia bangun dari tidur. Jantung dia sudah berdengdang laju.

Taehyung berjalan ke arah bilik air mencari Ara.

"Ara?" tangannya menolak pintu bilik air.

"Ara? Mana kau?" apabila orang yang di cari tiada dalam bilik air, Taehyung keluar semula. Matanya terpaku pada susuk tubuh yang ada di atas lantai.

"A-ara.." laju kakinya mendekati Ara yang terlentang di atas lantai dengan wajah yang sungguh pucat. Taehyung memangku kepala Ara. Sungguh dia kalut sekarang ini. Tak tahu apa yang patut dia buat.

Dalam kekalutan dia memeriksa Ara bola matanya jatuh pada botol kecil dihujung katil.

"Kenapa Ara ambil ubat ni? Dia susah tidur ke selama ni?" Taehyung mencampakkan botol itu ke tepi lalu mengangkat Ara ke kereta dan bergerak ke hospital

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kenapa Ara ambil ubat ni? Dia susah tidur ke selama ni?" Taehyung mencampakkan botol itu ke tepi lalu mengangkat Ara ke kereta dan bergerak ke hospital.

*****

Namjoon semakin serabut apabila tarikh perkahwinan dia dengan gadis pilihan ibu dan ayahnya semakin hampir. Yang paling gila dia kena berkahwin dengan kakak si kuda tu, Jung Jiwoo. Sakit otak dia memikirkan hal ini. Dia rasa dia perlu berjumpa dengan Jiwoo sendiri untuk bincangkan hal mereka. Dia yajin Jiwoo juga tidak mahu berkahwin dengannya.

Namjoon mengekuh lagi.

Sudah lama dia tidak berjumpa dengan kawan kawannya apatah lagi tahu tentang perkembangan masalah Seokjin.

Apa yang dia tahu semuanya dah selesai selepas Taehyung membawa Seokjin berjumpa dengan kawan Yoongi.

Namjoon menyerabutkan rambutnya. Sungguh tertekan dengan semua ini. Dia tiada disaat kawannya memerlukan pertolongannya. Nasib baik ada Taehyung yang boleh membantu Seokjin.

Namjoon melangkah masuk ke dalam bilik apabila terasa lama sudah berada di balkoni biliknya. Namjoon merebahkan badannya ke atas katil lalu memejamkan mata.

"Boleh tak aku nak tidur untuk selamanya? Tak payah fikir benda benda ni semua dah"

Namjoon menjatuhkan tangannya diatas dahi lalu menutup matanya.

Kakao~
Kakao~

Baru matanya nak terlelap dia terdengar telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Namjoon mencapai telefon yang juga berada di atas katil. Tak perlu dia susah-susah nak turun mencari telefonnya.

Kimsss                                              🔍

Today

Taehyung 🐯
Ara masuk hospital.
Tolong aku.

Ppap!!

"Auuu!" aduh Namjoon saat telefonnya mendarat di atas batang hidungnya.

Cepat cepat dia bangun dan baca kembali mesej dari Taehyung.

"Ara masuk hospital? Asal?" Namjoon tak fikir banyak. Sepantas kilat dia bangun dan mencapai beg duitnya dan keluar dari biliknya.

Namjoon terserempak dengan ibunya di ruang tamu. Tapi langsung diabaikan.

"Joon! Nak pergi mana tergesa-gesa ni?" Ibunya cuba menggamit tangan Namjoon tapi tidak kesampaian.

"Ara masuk hospital! Joon nak jumpa Taehyung. Jangan tunggu Joon!! Bye eomma!"

Habis sahaja ayatnya Namjoon masuk ke dalam kereta dan keluar dari Villa keluarganya.

Sambil menekan pedal minyak tangannya ralit memakai fon telinga dan mendail nombor seseorang.

"Jin! Pergi Hanguk Hospital. Sekarang! Ara masuk hospital"

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now