47

913 92 1
                                    

Perlahan-lahan Haera membuka mata. Silau menyapa matanya membuatkan pandangannya kabur.

Sayup-sayup suara beberapa orang kedengaran di telinganya.

"Haera dah bangun!"

"Panggil doktor cepat!"

"Jin, isteri kamu dah bangun. Cepat datang!"

Haera melihat seorang demi seorang yang ada di situ.

'Eomma'

Matanya jatuh pada pegangan tangan wanita yang mungkin sebaya ibunya.

"Haera sayang. Kamu dah sedar. Lamanya kamu tidur, nak" semakin sakit kepala Haera dibuatnya.

'Siapa dia ni?'

Eommanya datang lalu memeluknya yang masih baring. Dia tidak selesa sekarang ini. Lagi pulak, kepalanya sakit mencucuk-cucuk.

"Eomma..."

Puan Yun meleraikan pelukan apabila terdengar suara anaknya memanggilnya. Rasa sudah begitu lama dia tidak mendengar Haera memanggilnya.

Menitis air mata wanita tua itu apabila menyedari bahawa anaknya sudah sedar daripada lena yang panjang.

"Sayang, anak eomma.."

Haera cuba bangun dibantu oleh ibunya. Tangannya memegang kepala yang terasa berat.

Semua mata memandang kearah Haera. Haera melihat ada seorang lelaki merenungnya dengan pandangan sayu. Jauh lelaki itu berdiri daripadanya.

Haera memejamkan mata cuba mengingati kembali apa yang berlaku. Apa yang dia ingat, insiden malam dimana kawannya dirogol sahaja. Malam yang gelap, sunyi dan sepi di dalam hutan.

Kepala Haera berdengung. Dia ingin cuba mengingati lagi. Dia nampak lembaga hitam, besar yang menakutkan.

"Arghh!" jerit Haera apabila sakit di kepalanya terasa ingin meletup.

Semua yang ada disitu panik.

"Haera..!"

"Sayang, Haera kenapa dengan kamu?"

"Doktor!!!" jeritan Puan Yun bergema. Haera kembali baring menahan kesakitan dikepala yang menyerangnya secara tiba-tiba.

"Minta laluan semua. Semua diminta tunggu di luar. Saya ingin membuat pemeriksaan."

Beberapa orang jururawat menolak mereka perlahan dengan sopan menyuruh mereka tunggu diluar.

Seokjin tersandar pada kerusi dengan mata dipejamnya. Dalam diam dia berdoa moga isterinya baik-baik sahaja.

"Jin.. Eomma harap walau apapun yang jadi nanti. Kamu banyakkan bersabar. Kamu kena terima seadanya apa jua yang berlaku ya."

Seokjin hanya mengganguk dengan senyuman nipis. Tangan ibu mertuanya digenggam.

Ibu dan ayah Seokjin sayu melihat nasib anaknya sebegini.

Pintu wad dibuka dari dalam.

"Boleh saya tahu, siapa Seokjin? Kim Seokjin?" tanya doktor itu secara tiba-tiba.

Semua memandang ke arah Seokjin. Dalam kepala Seokjin sudah memikirkan bermacam-macam andaian.

"Ya..saya Seokjin"

Seokjin bangun dan merapati doktor yang menyebut namanya.

"Puan Haera isteri awak kan?"

Seokjin mengganguk dengan kerutan di dahi.

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now