24

846 90 2
                                    

Ara pelik melihat Taehyung yang kehulur kehilir dari tadi. Sejak suaminya pulang dan terus sahaja membersihkan diri kemudian turun ke bawah semula tak henti henti berjalan ke sana sini.

Ara membancuh coklat panas kegemaran suaminya dan dibawa kehadapan.

"Tae. Ni saya sediakan hot chocolate. Minumlah." Ara meletakkan hot chocolate tersebut di atas meja kecil yang berada di antara tv dan juga sofa panjang yang berada diruang tamu rumahnya. Kemudian dia menggambil tempat duduk lalu membuka tv.

"Eh. Kau boleh diam tak? Time ni la kau nak tengok tv pon"

Terangkat bahu Ara mendengar suara suaminya secara tiba tiba. Walaupun tidak la garang seperti selalu. Tetapi tetap memeranjatkannya.

"Sorry..." Ara kembali menutup telivisyen dan menuju ke tangga ingin mendaki.

"Ara. Kau nak pergi mana?" suara Taehyung menegur sekali lagi. Kali ini Ara tidak terkejut kerana mendengar suara suaminya. Tetapi dia terkejut apabila Taehyung menyentuh tangannya dengan lembut. Tak pernah Taehyung sebegini.

"Sa-saya nak naik atas. N-nak kemas baju" tergagap Ara jadinya apabila Taehyung tak lepas memerhatikannya.

"Teman aku kat bawah ni jap" Sekali lagi. Ara terkejut dengan pertanyaan Taehyung.

*****

S

Sudah lebih 10 kali Haera menoleh melihat ke arah jam dinding rumahnya. Tapi tak juga pulang pulang suaminya. Haera buntu mahu buat apa. Dia tidak tahu suaminya di mana. Dan yang lebih menakutkan. Haera fobia untuk keluar malam melainkan dengan suaminya atau ibunya.

"Nak buat apa ni? Dah nak dekat pukul 1 pagi. Mana dia pergi ni.." Haera masih lagi mundar mandir di ruang tamu yang sederhana besar itu.

Tangan Haera ligat menekan skrin telefonnya menanti menelefon sang suami. Tetapi hampa. Suaminya matikan telefon.

Haera duduk di sofa setelah merasa sedikit penat berjalan kehukur kehilir. Termenung dia memikirkan masalah yanh tak sepatutnya wujud ini.

Tiba tiba terdetik diakalnya untuk meminta bantuan kawan kawan suaminya. Taehyung dan Namjoon. Pantas Haera mencuba nasib menghubungi Namjoon. Tetapi malangnya. Namjoon juga mematikam telefon bimbitnya. Berkali kali Haera mencuba tetapi tiada juga panggilan yang berjawab. Haera berputus asa untuk mencuba untuk kali yang keempat.

Tanpa berfikir panjang. Haera terus menelefon Taehyung.

Tut..tutt
tut..tutt

"Hello?"

"Hello? Taehyung? Ni Haera"

"Err maaf. Taehyung dalam toilet. Kenapa ye cari Taehyung?"

"Oh sorry. Boleh tak suruh Taehyung call semula nombor ni kejap lagi?"

"Err..awak ni si.."
"Ara? Mana phone aku?"
"Err Tae.."
"Siapa call?"
"Tak tahu"

Haera dihujung talian hanya menanti dengan debar untuk bercakap dengan Taehyung. Bukanlah niatnya ingin mengganggu malam mereka. Cuma dia kesesakan idea mencari suaminya.

"Hello?" Suara husky berbunyi.

"Hello Taehyung. Ni saya Haera."

"Oh Haera. Ye kenapa Haera?"

"Taehyung. Awak tahu tak Seokjin selalu pergi mana malam malam kalau dia stress?"

"Err Haera. Korang okay ke ni? Kenapa dengan Seokjin?"

"Em panjang cerita dia. Em boleh awak tolong saya carikan Seokjin?"

"Boleh. Awak tunggu nanti saya datang sana."

Dalam kelam kabut Haera menjelaskan pada Taehyung. Bunyi bising dari luar rumahnya mengejutkannya. Bunyi seakan ada orang yang cuba membuka pintu rumahnya dengan ganas. Haera mula ketakutan.

"Hello.. Haera?"

"Tae-taehyung. Sa-saya ra-rasa ada orang nak masuk rumah saya"

"Apa dia? Siapa?"

Tiba tiba muncul 2 orang manusia yang terhuyung hayang mungkin disebabkan mabuk menghampiri Haera yanh dalam keadaan kaku.

Jatuh melorot tangan Haera apabila orang yang disangka jahat itu adalah suaminya. Dan apa yang lebih menyedihkan. Suaminya dalam keadaan mabuk bersama seorang perempuan yang dirasakan macam pernah dilihatnya.

"Sayang. I sakit kepala la" suara Seokjin kedengaran. Bukan ditujukan pada si isteri. Tetapi pada gadis disebelahnya.

"Me too. I rasa mual." si gadis menarik Seokjin menuju ke sofa yang berdekatan dengan mereka lalu merebahkan badannya bersama Seokjin disofa.

Mereka berdua merasakan seperti tiada sesiapa selain mereka yang berada di dalam rumah itu.

"Em baby. I think I need to go now. Dah lewat. Kita jumpa kat office esok eh?" Si gadis cuba ingin bangun tetapi Seokjin dengan pantas menarik lengan gadis itu. Akibat gadis tersebut masih lagi di dalam keadaan yang tidak stabil dia terjatuh ke atas Seokjin yang masih lagi mamai dalam mabuk itu.

Ketawa mereka kedengaran. Haera bagai rasa mahu pitam melihat suaminya selingkuh dihadapannya. Dia dah tak mampu nak menghadapnya. Di hampirinya mereka lalu dia mencampak telefon yang disangkanya sudah padam itu ke atas sofa lalu menarik gadis yang berada di atas suaminya yang sedang asyik bercumbu. Hampir gugur air mata Haera melihat aksi tersebut.

"Kau bangun! Bangun la! Bangun aku cakap!" Haera terus sahaja menarik tangan gadis itu lalu di heretnya ke pintu rumahnya dan menolak gadis itu.

Gadis itu yang mungkin sudah tersedar dari alam mabuknya mengaduh kesakitan lalu bangun dan bertentang mata dengan Haera yang sudah berapi.

"Heyy perempuan. Hari ni mungkin kau boleh tolak aku. Tapi esok lusa. Kau tunggu. Aku pulak yang akan tolak kau dari rumah ni. Kau tunggu!"

Haera malas nak dengar apa yang cuba disampaikan oleh gadis itu tadi lalu menutup pintu rumah dengan kuat. Terjelopok Haera dihadapan pintu rumahnya. Dalam dia menahan sakit dihati. Tiba tiba dia merasakan tubuhnya bagai berada di udara. Terhenti tangisannya akibat terkejut yang amat.


[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now