25

888 91 0
                                    

Haera merasakan tubuhnya berada diawangan. Terhenti tangisannya. Dia melihat suaminya merenungnya dengan pandangan yang lain daripada biasa. Menggigil Haera dibuatnya.

"Awak dah kenapa? Turunkan lah saya!"

"Diam!" Terkedu Haera apabila mendengar suara tegas suaminya.

Laju Seokjin membawa Haera ke arah kerusi di ruang tamu lalu meletakkan Haera dengan kasar. Tercampak Haera pada hujung kerusi.

Haera merenung Seokjin yang membuka butang baju kemejanya sambil merenungnya dengan pandangan yang menakutkan.

"A-awak nak buat a-apa ni, Seokjin?" Tergagap gagap Haera bercakap. Lagi kebelakang dia mengundurkan diri.

Seokjin tidak menjawab pantas dia merebahkan dirinya ke atas isterinya lalu membenamkan wajahnya pada leher Haera.

Haera kegelian. Tangannya mencuba menolak serta memukul suaminya tetapi tidak berubah langsung. Haera kepenatan dalam kegelian diperlakukan begitu.

Seokjin rimas dengan Haera yang mengganggu ketenteramannya sekaligus berada di atas sofa yang kecil itu pantas mencepung sekali lagi badan isterinya yang kecil itu lalu menuju ke bilik tidur mereka.

Haera memukul mukul dada bidang milik suaminya minta dilepaskan.

"Awak. Janganlah buat saya macam ni. Lepaskanlah saya!" tersedu sedu dalam tangisan Haera berkata.

"Jangan nangis. Aku tak suka tengok kau nangis. Kenapa mesti nak keluarkan air mata kau bila dengan aku padahal kalau kat luar kau boleh berhuhuhaha dengan lelaki lain?" habis sahaja berkata Seokjin meletakkan Haera ke atas katil. Haera pantas bangun dari pembaringan.

"Percayalah sayang. Saya tak pernah menduakan awak. Percayalah.." seakan menyembah Haera melutut diatas katil bersama kedua tangan dirapatkan bersama air mata yang semakin deras.

Seokjin terkesan melihat isterinya yang bersungguh. Walaupun usia pengenalan mereka tidaklah begitu lama. Tetapi dia sangat mengenali isterinya yang sangat naif dan baik itu. Dengan hembusan nafas seakan pasrah, Seokjin meninggalkan Haera sendirian diatas katil keseorangan lalu masuk ke dalam bilik air.

Haera pantas menggangkat wajahnya lalu merenung pintu bilik air. Dengan kakinya yang menggigil masih dalam ketakutan. Haera bangun lalu keluar dari bilik dan menuju ke bilik tamu dan menguncikan dirinya dari dalam.

Terjelopok Haera jatuh je atas lantai.

"Apa yang patut aku buat?" tesedu sedu Haera menangis meratapi nasib rumah tangganya.

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now