38

939 97 5
                                    

Kejap melihat telefon. Kejap matanya melilau memandang sekeliling. Kejap lagi dia mengeluh pula.

"Ini yang aku menyampah kalau keluar dengan perempuan tau! Lembab!" terkumat kamit mulut Jungkook membebel seorang diri.

Sedang leka dia mengutuk Haera seorang diri, bahunya dicuit dari belakang. Spontan kepalanya berpusing memandang kebelakang.

"Changggg!!" jerit Haera sambil membuat gaya ala-ala pari-pari muncul dari syurga.

Jungkook tayang wajah geram. "Kau hengat aku suka la bila kau tayang wajah comel kau tu? Tak jadi marah gitu?!"

Terkulat kulat wajah Haera apabila dibebel sebegitu.

"Eeeeee lambat sikit je. Tu haaa tadi jalan sesak." Haera membela diri sambil itu jarinya menunjuk ke arah pintu masuk yang dapat dilihat kesesakan lalu lintas dari tempat mereka berdiri itu.

Jungkook menoleh juga ke arah yang Haera tunjukkan.

"Tak kira!! Belanja aku lunch. Huh!"  merajuk Jungkook jelas pada mata Haera. Haera tayang wajah meluat apabila Jungkook meninggalkannya disitu.

"Yahhh! Jeon Jungkook. Sabar la!! Hish nak merajuk bagai" terkedek-kedek Haera mengejar Jungkook dari belakang.

Disebalik dinding tidak jauh dari tempat Haera dan Jungkook berdiri tadi, tersembunyi sang suami yang memerhati gerak geri isterinya sejak dari rumah lagi.

"Mamat tu macam 'patah' je? Haera takkan curang kan?"

Selepas merumuskan bahawa isterinya akan selamat dengan jejaka 'patah' yang digelarnya tadi, Seokjin berlalu ke pintu keluar untuk berjumpa dengan Taehyung pula. Taehyung sudah berjanji ingin berjumpa untuk 'memulihkan' dirinya hari ini.

******

Haera menyedut minumanya sesudah dia menjelaskan semuanya pada Jungook. Rasa lega lepas dah luahkan semuanya. Sepatutnya dari awal lagi dia buat sebegini. Takdalah rasa terbeban sangat.

Eh tapi, tak elok la cerita hal rumah tangga kat luar. Ish!

"Seriuslah laki kau macam tu? Aku tak rasa dia curang dengan kau ni. No! I mean yes dia curang tapi curang dia pelik"

Berbelit-belit ayat Jungkook membuatkan dahi Haera berkerut seribu.

"Kau ni. Nak cakap dia curang ke tak? Pening pulak aku" sahaja Haera acah memicit kepala bermaksud pening dengan kenyataan yang keluar dari mulut Jungkook.

"Taklah. Maksud aku. Ya suami kau curang. Ada perempuan lain. Tapi dari cerita kau. Dia bukan curang sengaja. Faham tak?" jelas Jungkook lagi.

"Dah tu? Dia tak sengaja? Maksudnya?" Haera semakin pening dengan Jungkook.

"Maybe la maybe. Dari apa yang aku perasan. Something wrong here. Yelah, kau cakap suami kau okay je bila dengan kau. Cuma kadang-kadang bukan macam diri dia, right?"

Haera hanya mengganguk apabila Jungkook menyakan soalan itu. Dia teringat malam yang Seokjin ingin mengasarinya itu. Meremang bulu roma Haera apabila memikirkannya.

"Aku cadangkan. Kau jangan terburu-buru. Kau relax dulu. Kau tengok dulu gerak geri laki kau bila balik nanti. Em tak pun, haaa! Kau tanya kawan baik dia. Apa nama mamat tu? Tata? Tutu? Apa dia?"

Jungkook mengetuk-ngetuk kepalanya cuba mengingatkan sekali lagi nama kawan baik suami si Haera ini.

Haera menjulingkan matanya ke atas mengenangkan perangai Jungkook yang mudah lupa. Dah tu sukahati je bagi nama bukan-bukan pada Taehyung.

"Taehyung la!" sebut Haera dengan kuat.

Jungkook kembali membuka mata memandang Haera. "Haaa yes! Taehyung!"

Sekali lagi Haera menjulingkan matanya ke atas.

"Haa kau cuba tanya Taehyung. Kau cakap dorang tak ada rahsiakan antara dorang? So try la tanya."

Jungkook menyisip sedikit airnya apabila terasa tekak kering sebab dari tadi bercakap.

'Tu lah! Membebel lagi!'

Kutuk Haera.

Haera mendiamkan diri dan cuba memikirkan kata-kata Jungkook itu. Dia rasa dia patut bertanya pada Taehyung atau Namjoon tentang ini. Dia pasti. Taehyung atau Namjoon tahu tentang ini.

"Okay. Aku akan tanya Taehyung atau Namjoon pasal ini" kata Haera lebih kepada diri sendiri.

Jungkook mengganguk-angguk kepalanya menandakan setuju dengan Haera.

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now