26

852 92 0
                                    

2 minggu telah berlalu dari malam kejadian itu. 2 minggu itu jugalah Seokjin dan Haera tidak bertergur.

Apabila Seokjin keluar berkerja barulah Haera keluar bilik. Apabila Seokjin pulang Haera sudah tidur. Haera benar-benar tawar hati dengan perangai suaminya.

Haera mengeluh perlahan selepas menyidai baju pada ampaian diluar rumahnya. Kebetulan guru tadika yang dia kenali beberapa minggu yang dahulu melintas dihadapan rumahnya.

"Haera-shi!" terbang semua lamunan Haera yang sedang memegang kain basah yang ingin dia sidai.

Haera melihat keluar rumahnya. "Eh? Cikgu! Buat apa kat sini? Jemput masuk" pelawa Haera.

Cikgu itu mengikut langkah Haera masuk ke dalam rumah. Haera mempersilakan Cikgu itu untuk duduk sementara dia berlalu ke dapur untuk menyediakan minuman.

"Haera-shi. Tak payahlah susah susah sediakan apa apa. Saya sekejap je." Haera pun keluar dari dapur dengan menatang beberapa hidangan kecil.

"Takda apa sangat pun. Tadi saya ada buat carrot kek. Saje. Bosan bosan sorang sorang" senyum Haera selepas memberi sepotong kek kepada cikgu muda itu.

"Emm! Sedapnya! Pandainya awak buat." kata Cikgu itu dengan teruja.

Kembang kempis hidung Haera apabila dipuji sebegitu. "Eh sedap lah sangat. Saya buat gitu gitu je. Duduk sorang. Makan sorang. Haha" ketawa Haera kedengaran.

Tersenyum juga cikgu muda itu dengan kelembutan Haera.

"Cikgu pergi mana tengahari macam ni?" tanya Haera melihat kertas kertas yang berada disebalahnya.

Cikgu itu meletakkan semula kek tadi dan mengambil sehelai kertas dan memberikannya kepada Haera.

"Saya kena cari pekerja baru untuk bekerja di tadika kami itu. Pekerja lama bercuti bersalin. Jadi kami memerlukan pekerja selama dia bercuti." terang cikgu muda itu sambil  melirik kembali kertas putih yang di edarkan sebentar tadi dirumah rumah kejiranan di situ.

Haera melihat dengan teruja pada kertas itu. "Kalau Haera berminat. Boleh la datang ke tadika. Jangan risau. Tak ada temuduga pun diperlukan. Hanya boleh menepati ciri ciri yang kami perlukan sahaja. Sepertinya semua ciri ciri yang kami nak ada pada Haera." sengaja Cikgu muda itu mencuit lagi hati Haera untuk bekerja dengan mereka. Sejujurnya dia senang dengan sikap lemah lembut yang ada dalam diri Haera. Lagi pula dia suka melihat Haera bermain dan melayan telatah kanak kanak yang ada di tadika itu.

Haera melemparkan senyuman. "Nanti saya bincang dengan suami dulu ye. Kalau dia izinkan, saya datang"

******

Seokjin yang baru masuk ke dalam rumah terkejut melihat isterinya di ruang tamu. Hampir 3 minggu dia tidak dapat melihat bayang isterinya. Sungguh dia rindukan isteri dia. Tetapi ego menghalangnya. Lalu dia melangkah bersahaja menuju ke biliknya.

"Awak.." panggil Haera perlahan.

Seokjin menoleh. Melihat Haera yang bangun dan memandangnya membuatkan dia ingin berlari mendapatkan isterinya.

"Hmm?" gumamnya masih ego.

"Lepas mandi. Nanti keluar makan. Saya ada masakkan lauk kesukaan awak." ramah Haera berbicara. Sesungguhnya jauh dilubuk hati Haera, dia ingin berbaik dengan suaminya. Tetapi apabila mengingatkan kembali insiden suaminya bercumbu bersama perempuan lain dihadapannya membuatkan otaknya sesak!

Seokjin mengganguk perlahan lalu masuk ke bilik.

Haera mengeluh untuk kesekian kalinya.

*****

Sesudah mengelap tangan pada kain yang ada pada pemegang pintu peti ais. Haera membuka peti ais dan mengeluarkan kek lobak merah yang dia buat pada siang hari tadi.

Haera menghidangkan dihadapan Seokjin yang sedang leka melihat berita semasa pada kaca tv.

"Awak. Saya ada buat kek petang tadi. Makanlah." jamu Haera lalu duduk di kerusi yang hanya memuatkan seorang sahaja.

Seokjin menoleh lalu mengambil dan menjamah kek yang diberi oleh isterinya. 'Bila je la tak sedap dia ni masak? Nak je aku habiskan semua ni'

Haera yang seakan akan dengar suara berkata kata terus bertanya "Apa dia? Awak cakap dengan saya ke?" tanya Haera dengan wajah polos.

'Bila masa pulak aku cakap dalam hati sampai dia boleh dengar ni?'

"Mana ada saya cakap apa apa" balas Seokjin dingin. Haera tersentap dengan balasan suaminya. Dia kembali diam. Seokjin perasan isterinya berubah wajah apabila dia membalas pertanyaan sebegitu. Terasa serba salah pula.

Haera bangun dari duduknya dan berlalu ke almari kabinet di bahagian ruang tamu sebelah lalu menggambil sehelai kertas yang berlipat dua.

"Saya nak kerja kat sini. Boleh?" terus terang sahaja Haera bertanya. Tiada selok belok.

Terkejut Seokjin apabila Haera secara tiba tiba menayang kertas berwarna putih berwarnakan hitam tulisannya dihadapan mukanya.

"Kerja apa?" tanya Seokjin ragu.

"Guru. Jadi cikgu tadika." balas Haera dengan mata penuh harapan.

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now