10

1.1K 126 6
                                    

"Tapi.. Saya taknak awak.."

Seokjin merenung Haera tanpa segaris senyuman. Melihat senyuman Haera yang telah mati itu membuatkan hatinya terusik.

"Apa maksud awak? Awak hanya nak mainkan saya sahaja ke?"

"Sabar dulu. Gelojoh sangat awak ni."

Sempat Seokjin mengusik wanita dihadapannya itu. Tak sanggup lagi melihat gadis dihadapannya itu berwajah muram.

"Saya taknak awak.. Kalau awak hanya terima saya sebab terpaksa. Saya ikhlas sayangkan awak, Haera"

Haera menangis lepas Seokjin berkata begitu. Kelam kabut Seokjin apabila melihat Haera menangis.

"Eh kenapa awak nangis? Saya tak buat apa apa pun kat awak. Eh jangan la nangis"

"Awak jahat! Saya ingat awak hanya nak main mainkan perasaan saya je!"

Seokjin ketawa kuat apabila Haera berkata begitu. Dia menarik Haera untuk memeluk tetapi Haera menolaknya.

"Jangan nak mengada eh. Kita tak kahwin lagi"

"Alaa kita dah nak kahwin pun. Janganlah garang sangat."

Seokjin tetap menarik Haera ke dalam pelukannya.

"Saya sayang awak sampai saya mati. Tak pernah ada perempuan lain yang berjaya buat saya bahagia sebelum saya jumpa awak"

Haera tersenyum didalam pelukan Seokjin. Sungguhpun dia takut dengan lelaki. Dia harus melawannya lagipun Seokjin menunjukkan sikap yang positif yang membuatkan Haera percaya bahawa Seokjin adalah lelaki yang baik.

Seokjin mengelus rambut Haera yang berada dalam pelukannya. Sungguh dia sayangka. wanita itu. Tak sabar rasanya nak memiliki gadis ini.

"Kita kahwin eh?" Seokjin berbisik di telingga Haera.

Haera mendongak memandangnga lalu mengganguk. Seokjin kembali memeluk Haera malah lebih erat dia memeluk Haera.

Puan Yun yang melihat tidak jauh dari tempat mereka berpeluk tersenyum menitiskan air mata.

*****

"Saya taknak la baju macam ni. Seksi sangat lah!"

"Alaaa awak kahwin sekali je. Apa salahnya seksi pon"

Pening pekerja yang melayan mereka di butik perkahwinab itu. Si perempuan menolak. Si lelaki menolak kembali baju pada si perempuan itu semula.

"Saya tetap taknak! Awak nak ke lelaki lain tengok badan isteri awak ni? Haa haa jawab lah"

Terdiam Seokjin memikirkannya. Dia mendengus.

"Baiklah awak menang. Tapi saya tahu nanti bila kita dah kahwin. Baju pon awak tak kenal nanti tau"

Seokjin berbisik di telingga Haera hingga membuatkan Haera menolak Seokjin dengan kuat. Terkejut pekerja yang setia menunggu dari tadi. Seokjin ketawa dengan kuat. Terhinjut hinjut bahunya ketawakan Haera.

"Eeeee byuntae!! Benci la awak ni"

Haera berlalu dengan membawa baju pilihannya tadi dan masuk ke tempat persalinan baju.

"Jangam benci benci. Nanti awak nak kena hadap muka saya setiap hari!"

Seokjin sengaja melaung dengan kuat dan selepas itu ketawa tidak henti. Menggeleng dia melihat bakal isterinya itu.

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now