15

1K 103 11
                                    

"Argh!!! Sayang!! Apa yang awak buat ni?!"

Jeritan Seokjin menyedarkan Haera bahawa dia telah menendang suaminya dibahagian sulit suaminya. Terpelanting jauh suaminya apabila ditendang oleh Haera. Jangan main main dengan gadis berbadan kecil. Nampak je kecil. Tapi berbisa okay!

"Awak..awak.. Saya minta maaf. Saya ta..kut. Sa..saya tak sedar apa saya buat.."

"Awak takut apa..sampai awak jadi.. macam ni?" Seokjin masih cuba bertanya walaupun 'adiknya' tengah sakit.

"Em.. ta..tak..takda apa lah. Meh saya tolong awak" Haera mendapatkan Seokjin. Sudah dua kali dia membelasah Seokjin padahal perkahwinan mereka tak sampai seminggu lagi.

"Macam mana saya nak hidup dengan awak ni kalau baru sentuh sikit dah terpelanting saya awak buatnya?"

Seokjin masih mengaduh sakit sambil memicit memicit sedikit perutnya. Dia tak perasan bahawa wajah isterinya telah berubah.

"Jadi, awak menyesal ke kahwin dengan saya?" perlahan sahaja suara yang keluar dari mulut Haera.

Terhenti mulut Seokjin mengaduh sakitnya. Pantas dia menoleh melihat isterinya yang telah menunduk.

"Eh sayang. Tak..tak.. Bukan tu maksud saya. Saya cuma tak sangka awak sehebat ni? Tak risau la saya lepas ni kalau awak keluar tanpa saya. Hehe"

Seokjin menarik Haera merapatinya dan menggenggam tangan isterinya. Sesekali dia bermain dengan jari runcing isterinya.

"Betul awak tak menyesal?"

"Betul sayang. Saya tak akan pernah sebut benda macam tu. Hanya awak yang boleh bahagiakan saya" diakhir katanya dia mencantumkan dahinya dan Haera lalu mencuit hidung isterinya. Tersenyum Haera. Dia percaya akan semua kata kata suaminya.

*****

2 bulan kemudian..

"Sayang!~, tolong amikkan socks saya dekat atas. Tercicir sebelah la yang"

Seokjin menjerit dari muka pintu sambil menyarung sebelah stokin pada kakinya.

Laju langkah Haera turu. ke bawah membawa sehelai stokin iaitu pasangan stoking pada kaki suaminya.

"Awak ni macam macam la. Nah!" Haera menghulurkan stoking tersebut pada Seokjin. Seokjin hanya menunjukkan barisan giginya pada Haera.

"Sayang, hari ni ada nak pergi mana mana ke?"

"Em nope! Ingat nak duduk rumah je. Why?"

"Okay good then! Saya balik awal. Siao awak hehe"

"Err err siap? Siap kenapa eh?"

Seokjin merapati Haera. Ditarik pinggang isterinya untuk rapat dengannya lalu dia berbisik di telinga Haera.

"Siap sedia untuk diterkam. Lama dah saya tunggu ni" kemudian Seokjin mencium pipi Haera dan berpusing lalu menuju ke kenderaannya.

Sambil masuk ke dalan kereta Seokjin ketawa dengan kuat sekali. Semakin menggigil badan Haera dibuatnya.

'Matilah aku!'

*****

Seokjin masuk ke dalam pejabat dengan bernyanyi riang. Kakitangan yang terserempak dengannya ditegur dengan riang juga. Gadis gadis yang sangat inginkannya juga begitu teruja apabila ditegur oleh majikan yang mereka puja.

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now