44

947 98 0
                                    

Jimin menekan kuat brek kaki apabila tiba di hadapan pintu wad kecemasan.

Keluar sahaja Nickhun dari perut kereta, suaranya nyaring menjerit.

"Bawak stroller cepat!!"

Jururawat yang  lalu lalang terkejut dek suara Nickhun yang kuat.

Sampai sahaja stroller dihadapan pintu bahagian belakang, Jimin laju membuka pintu dan membantu Seokjin keluar dari perut kereta dan meletakkan Haera ke atas stroller.

Kereta dibiarkan disitu. Kaki mereka bertiga laju menolak stroller menuju ke pintu kecemasan.

"Ketepi semua! Beri laluan!" suara nyaring Jimin pula kedengaran kuat.

Jururawat ramai mengekori mereka bertiga dari belakang. Sampai sahaja dibilik pembedahan, Nickhun menolak laju stroller masuk ke dalam bilik pembedahan.

Jimin pantas menahan Seokjin dari mengekori Nickhun. "Bro, kau tak boleh masuk. Kau kena tunggu sini."

Seokjin menepis kasar tangan Jimin. "Kenapa aku tak boleh masuk? Isteri aku perlukan aku. Nyawa dia nyawa aku tahu tak?!" bagai hilang pedoman sahaja Seokjin berkata.

Jimin mengeluh. "Ya. Tu isteri kau. Tapi sekarang ni siapa doktor? Kau bukan doktor kan? So tunggu sini!"

Melorot lemah badan Seokjin jatuh ke lantai.

"Tolong..selamatkan..isteri aku. Tolong Jimin." suaranya juga semakin kendur.

Jimin menyangkung disebelah Seokjin lalu menepuk-nepuk bahu kawan barunya itu.

"Bro, don't worry. Kami akan pastikan Haera baik-baik sahaja. Apa yang kau perlukan sekarang. Sabar"

Seokjin mendongak memandang Jimin lalu mengganguk perlahan.

"Aku percayakan korang berdua"

*****

T

it tit tit tit~~

Sedari tadi lagi Taehyung berada di sebelah Ara. Tidak berganjak walau sedikit pun dari kerusinya.

Ahli keluarganya yang datang melawat tadi pun tidak di layan. Namjoon yang melayan semuanya.

Hanya ahli keluarga Taehyung sahaja yang datang melawat. Ara tiada ahli keluarga lagi. Hanya sebatang kara. Taehyung kenal Ara pun dari rumah anak yatim yang selalu dia melawat untuk memberi sumbangan dahulu.

Otak Taehyung kembali mengingati detik detik bahagia dia bersama Ara sebelum mereka berkhawin.

"UNO!!!"

"Tae!! Mana boleh macam tu.. Tak adil lah!" panjang muncung Ara apabila Taehyung tidak berlaku adil dalam permainan UNO.

Ketawa kuat Taehyung apabila dia berjaya mengalahkan Ara sekaligus dapat melihat rajuk Ara yang memuncung.

"Alaaaa adil tak adil la. Game je pun~" sengaja Taehyung ingin menyakat Ara lagi.

"Hm! Dah la. Pergilah balik. Saya nak masuk dalam la!" kira-kira Ara hendak berlalu meninggalkan Taehyung, Taehyung pantas menarik pinggang Ara dan memeluk Ara. Ara jatuh ke atas ribaan Taehyung.

"Tae! Apa ni! Kalau budak-budak nampak nanti, tak elok la! Lepaskan saya." marah Ara sambil menepuk tangan Taehyung meminta Taehyung untuk melepaskannya.

"E-em!!" geleng Taehyung lalu melekapkan mukanya pada belakang badan Ara.

"Biarlah semua nampak. Semua dah tahu tak lama lagi kita nak kahwin. Kalau ada yang tak tahu, saya nak bagi tahu sekarang la ni" sambung Taehyung lagi.

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now