02

1.4K 145 22
                                    

"Okay kita tamatkan perbincangan hari ini dengan sedikit jamuan di luar. Hari ni boss kita belanja!!"

Semua pekerja yang terlibat dengan projek tanaman strawberry yang akan diadakan tak lama lagi bersorak girang di dalam bilik mesyuarat yang sederhana besar itu.

Namjoon menayangkan penumbuk pada Taehyung selepas Taehyung berkata begitu.

Seokjin yang menjadi pemerhati hanya senyum dan menggeleng sahaja melihat karenah kawan baiknya itu.

Ya mereka bertiga kawan baik semenjak dari zaman belajar lagi. Lalu mereka bertiga membuka empayar mereka bertiga sendiri. Mereka buka syarikat mereka sendiri iaitu "Kim's Holding".

Kim's Holding yang diambil dari nama keluarga mereka. Sesuailah mereka bertiga bersahabat. Nama keluarga pon dah sama.

*****

Seokjin yang ingin menuju ke biliknya terhenti apabila terdengar suara memanggil namanya di belakang. Dia menoleh sedikit untuk melihat.

Taehyung yang memanggil itu tersenyum pada Seokjin.

"Patutlah kau ni digelar worldwide handsome dalam company ni. Jalan pun dah macam putera raja"

Seokjin senyum sambil memegang belakang tengkuknya menahan malu dengan pujian tersebut.

"Asal kau panggil aku ni? Aku nak siap siap balik rumah ni"

Seokjin melihat sekilas jam di tangannya.

Pukul 4.45.

"Awalnya balik? Jom pergi minum? Aku belanja~ Eheh. Jap aku panggil Namjoon sekali"

Tak sempat Seokjin nak menahan Taehyung sudah berpusing melangkah ke bilik Namjoon pula. Seokjin hanya mengalah dan berpusing kembali untuk berlalu ke biliknya.

Beberapa pekerja perempuan yang berada di situ menunduk hormat sambil bercakap cakap sesama mereka. Sempat Seokjin menangkap perbualan mereka.

"Handsomenya Encik Seokjin hari ni."

"Dia pakai vest hari ni. Aduhai jodohkanlah aku dengan dia"

"Kacaknya gaya dia berjalan"

Seokjin tersenyum menggeleng mendengar perbualan singkat para pekerja wanita itu dan masuk ke dalam biliknya.

*****

"So bro.. Macam mana sekarang ni? Ada apa apa progress tak?" Namjoon bertanya pada Seokjin selepas menyisip wain berperisa apple campuran anggur hijau.

"Progress apa?" Soalan berbalas soalan sambil Seokjin memandang Taehyung turut menanyakan soalan yang sama.

Namjoon membuat mata ke atas seperti menyampah.

"Pasal munmy kau suruh cari calon isteri tu la"

"Oh.." Seokjin membalas pendek lalu termenung.

"Pulak dah. Yang kau termenung dah kenapa? Aku tanya boleh termenung pulak"

"Entah la. Aku tak jumpa lagi"

"Alaaa kau bawaklah mana mana perempuan dari sini just jadikan dia girlfren kau sementara je. Just untuk tunjukkan kat mummy kau"

Cadang Namjoon dengan bangga. Taehyun mencebik.

"Kau jangan ikut cakap dia. Nanti tak memasal jadi macam aku. Ambil sisa orang. Dapat yang dah ditebuk"

Taehyung berkata dengan muka diketatkan.

Seokjin dan Namjoon memandang Taehyung dengan pandangan mengeluh.

"Kau masih tak boleh terima dia lagi ke Tae?"

Seokjin bertanya pada Taehyung. Namjoon sibuk memandang sekeliling mencari sorang dua perempuan yang boleh diajak berbual.

Umum ketahui bahawa The Kim's ini digelar sebagai pelaboy tegar di Seoul. Perempuan bagai baju yang ditukar sekali setiap hari. Atau mungkin 2 kali sehari?

"Sorry? Aku nak terima dia? Perempuan kotor macam tu? Sorry la."

Taehyung berkata sambil menggeleng dan jari telunjuknya digoyangkan.

Namjoon hanya menggeleng pada Taehyung.

Bilalah kau nak terima dia Tae? Bukan salah dia pun.

"Aku kena cari dengan cepat. Sebelum mummy aku bebel lagi panjang"

Seokjin mengeluh perlahan.

"Sesuai la tu mummy kau dengan kau. Kaki bebel."

Namjoon mencelah. Seokjin hanya mencebik sahaja.

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now