21

843 94 12
                                    

Haera yang sedang menonton movie diruang tamu sedikit tersentak apabila mendengar pintu rumah dikuak dari luar. Dia menoleh ke arah jam.

1.49 a.m.

"Awak. Lambatnya balik" Sapa Haera dengan senyuman seperti biasa. Sambil itu dia mengambil semua barang yang ada ditangan suaminya. Hidungnya terhidu sesuatu.

'Minyak wangi. Bauan manis? Girl's perfume? Salah bau kot'

Dia abaikan apa yang dia fikirkan. Lalu tersenyum manis kembali pada suaminya.

Seokjin mengusap kepala isterinya. Sayangnya dia dengan isterinya yang seorang ini. Seorang? Aik? Nak tambah lagi ke? Gila! Tersenyum Seokjin apabila memikirkannya.

"Aip! Orang tanya dia boleh senyum senyum pulak. Saya tanyakan. Banyak kerja ke semenjak dua menjak ni?"

"Tiga menjak? Empat menjak takda? Hahaha" Selepas berkata begitu Seokjin mencubit pipi isterinya. Dia cuba sebaik mungkin mengelak dari menjawab soalan isterinya. Tidak sanggup menipu lagi.

"Eeeee orang tanya kan! Main main pulak tau!"

"Hahaha yelaa. Awak kenapa tak tidur lagi? Kan cakap jangan tunggu."

"Hm takleh tidur la awak takda kat sebelah. So, saya tengoklah movie heee"

"Alaa kalau saya balik awal pon bukan dapat apa apa pon hm" Seokjin sengaja menduga isterinya. Dia tahu dia tersalah cakap. Akibatnya isterinya terus bisu.

"Oh oh sorry. Okay sorry. Jom teman saya naik atas" Seokjin cuba mengalih topik. Tapi Haera tidak melayannya.

"Awak mandilah dulu. Nanti saya naik. Nak kemas meja tu jap" dia menunjukkan muncungnya ke arah sofa yang dia duduk bersama snek yang dibawa bersama untuk menonton movie tadi.

Sejujurnya dia terasa dengan kata kata suaminya. Terdetik dihatinya yang dia tidak pandai melayan suaminya. Terdetik dihatinya memikirkan dia sudah derhaka dengan suaminya.

Seokjin berlalu ke arah bilik selepas menggosok sedikit kepala isterinya yang rendah paras bahunya itu.

Apabila kelibat suaminya tiada. Dia kembali menuju ke sofa dan memikirkan kata kata suaminya.

"Em aku kena cuba juga. Kalau tak sampai bila bila tak hilang fobia aku macam ni. Okay. Malam esok aku cuba!"

*****

Sarah yang baru lepas mandi menggeringkan rambutnya diatas katil dengan senyuman tak hilang dari bibir sedari pulang selepas dihantar oleh kekasih hati tadi.

Suka dia apabila merasakan Seokjin telah jatuh kedalam tangannya. Puas dia rasakan apabila dapat menagkap salah satu habuan besar daripada tiga habuan di pejabatnya. Dia memang sudah memikirkan untuk menagkap Seokjin.

Ini kerana Namjoon jenis yang tidak suka rapat dengan mana mana staff. Begitu juga PAnya walaupun lawa sangat sangat. Taehyung pula sejenis yang baran. Salah sikit habis melenting bagai nak runtuh dunia dibuatnya.

Kesudahannya Seokjin yang menjadi pilihannya. Tidak sia sia dia berjumpa dengan sami yang sering diuar uarkan oleh kawan kawan kolejnya dahulu. Sami yang boleh memisahkan pasangan dan juga merapatkan sesuatu pasangan itu.

Tengoklah akibatnya? Seokjin melihatnya bagai nak terkeluar biji matanya. Tak boleh berenggang sedikit. Kalau boleh Seokjin mahu dia duduk sahaja didalam officenya. Bahagia dia rasakan. Seperti dia telah takluki dunia.

"Sekarang aku kena lakukan step seterusnya. Putuskan hubungan dia dan isterinya!" Nekad sekali raut wajah Sarah kali ini. Ternaik naik keningnya memikirkannya.

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now