43

954 93 9
                                    

"Ke-kenapa dengan Ara?" tanya Seokjin panik apabila Namjoon menelefonnya.

"Ara masuk hospital. Aku tak tahu kenapa. Aku on the way. Kau kat mana? Bawak Haera sekali. Jumpa sana!"

Habis sahaja ayat Namjoon, talian dimatikan.

Seokjin terdiam. Satu-satu masalah datang. Baru sebentar tadi dia dengar celoteh Taehyung yang mahu pulang ke rumah dengan cepat dan mendapatkan kembali cinta Ara. Tapi lain pula jadinya.

Betullah kata orang. Kita hanya mampu merancang. Tapi kita juga kena menerima takdir yang mendatang.

Nasib isterinya di dalam juga dia tak tahu apa yang bakal terjadi.

Seokjin melorot jatuh kebawah. Jimin yang berada dibelakangnya cepat-cepat menghampiri Seokjin.

"Bro, kau okay tak ni?" tanya Jimin sambil mencangkung dihadapan Seokjin.

Seokjin hanya menggangguk.

"Apa dah jadi kat isteri aku? Kenapa diam je kat da..."

"Jin! Sini cepat angkat Haera! Kau kena bawak Haera pergi hospital cepat. Dia banyak kehabisan darah. Jimin start enjin cepat!"

Suara Nickhun muncul secara tiba-tiba ketika Seokjin dan Jimin berbual.

Seokjin tak tunggu lama. Laju dia bangun dan masuk ke dalam rumah. Masuk sahaja ke dalam rumah, dia terkejut apabila melihat rumahnya bersepah. Darah juga bertompok tompok di atas lantai.

Seokjin memeluk isterinya yang tak sedarkan diri. "Sayang.. sabar. Sikit lagi. Jangan tinggalkan saya.."

Dicempungnya badan Haera kemudian laju langkahnya ke kereta dan duduk dibahagian belakang. Jimin dihadapan dibahagian memandu melihat sekilas cermin sisi belakang. Dia dapat lihat air mata lelaki Seokjin tak henti mengalir apabila melihat isterinya sebegitu. Tersentuh juga dia dibuatnya.

Pandangan Jimin bertukar ke sebelahnya apabila Nickhun masuk setelah menolong Seokjin mengunci rumahnya.

"Okay! Cepat! Kita tak boleh lambat." Arah Nickhun laju.

*****

Di hospital

Taehyung mundar mandir dihadapan wad kecemasan. Isterinya sedang bertarung dengan maut di dalam.

Sungguh dia tak sangka, selama ini isterinya menghidap tekanan depression sehingga terpaksa menggambil ubat tidur untuk melupakan kesakitannya.

Dia merasakan dirinya begitu keji! Sungguh dia rasakan dia tak layak untuk menjadi suami kepada perempuan yang tak pernah mengeluh walau sedikit pun. Banyak yang telah dia lakukan kepada Ara.

Taehyung menyandarkan badannya pada dinding. Perlahan-lahan badannya menggelongsor jatuh kebawah.

Namjoon yang baru sampai laju berlari mendapatkan Taehyung yang berada dihujung jalan itu. Sesampai sahaja pantas dia memeluk kawannya.

"Taehyung, sabar..sabar. Jangan macam ni. Kau tak boleh macam ni. Kau kena banyakkan berdoa untuk Ara."

Taehyung mengangkat mukanya. Dia melihat ke dalam mata Namjoon.

"Aku.. aku dah buat dosa paling besar dalam diri aku.. Aku abaikan dia.. sampai dia sakit..disebabkan aku, Joon.." laju air mata turun ke pipi Taehyung.

Buat pertama kalinya Namjoon melihat Taehyung menangis sebegini teruk. Sampai tersedu sedu lelaki ini. Setahunya Taehyung seorang yang kuat semangat, yang tak mudah mengalah. Teringat dia sewaktu nenek Taehyung meninggal dunia semasa mereka berada dizaman belajar dulu. Taehyung juga menangis cuma tak seteruk ini.

Namjoon menepuk-nepuk bahu Taehyung kemudian menarik Taehyung ke dalam pelukannya.

"Sabar bro, aku yakin Ara takkan apa apa. Ara kuat. Macam kawan aku ni." Namjoon cuba menyuntik semangat ke dalam diri Taehyung.

Tiba-tiba pintu wad terbuka. Namjoon dan Taehyung segera menoleh melihat. Apabila melihat doktor dan juga beberapa pekerja hospital keluar Taehyung segera bangun lalu mengelap air matanya kemudian merapati doktor itu.

"Macam mana doktor? Isteri saya selamat ke?" laju senafas Taehyung soalkan pada doktor itu.

Doktor itu senyum.

"Mujur awak cepat, Taehyung. Kalau awak lambat. Nyawa isteri awak mungkin tak dapat kami selamatkan." jawab doktor itu dengan senyuman.

Taehyung menguak rambutnya kebelakang menandakan lega.

"Tapi.."

Dengar sahaja perkata 'tapi' yang keluar dari mulut doktor itu membuatkan perut Taehyung menjadi sebu ingin muntah.

"Tapi apa doktor?"

Doktor itu mengeluh.

"Sekarang ini kami berikan ubat tidur yang mencukupi untuk Puan Ara supaya dia dapat merehatkan mindanya. Tapi kami berikan hanya untuk 2 hari. Jika Puan Ara tidak bangun lebih dari 3 hari.. Saya minta Encik Taehyung dan yang laij bersiap sedia dengan pelbagai kemungkinan."

Habis sahaja ayat doktor itu, doktor itu menepuk bahu Taehyung dan mengganguk perlahan pada Namjoon kemudian meniggalkan 2 jejaka itu bersama pembantu-pembantunya tadi.

Sekali lagi Taehyung tersandar di dinding kemudian terjelopok kelantai buat kali yanh kedua di tempat yang sama.

"Joon.. kau dengar tak? Doktor tu cakap apa tadi.." Taehyung bagai orang yang sasau apabila bercakap dengan Namjoon.

"Bro.. relaks. Doktor tu hanya kata kemungkinan. Apa yang kau perlu buat sekarang ni. Kau kena bagi Ara kata semangat." balas Namjoon sambil menepuk bahu Taehyung.

Taehyung memandang Namjoon seakan bertanya 'benarkah?'.

Namjoon hanya mengganguk dan tersenyum. Laju Taehyung bangun dan merempuh pintu wad dimana isterinya berada.

Namjoon perlahan-lahan bangun. Dia mengeluh. Benar dia tak sangka bahawa kawan-kawannya menghadapi liku-liku rumah tangga yang sungguh mencabar. Dia teringat akan permintaan keluarganya berkahwin dengan Jung Jiwoo.

Setelah apa yang dilihat terjadi pada kawannya, Taehyung dan Seokjin buatkan dia fobia untuk masuk ke alam rumah tangga. Takut jika dia tidak boleh membahagiakan wanita yang akan hidup bersamanya nanti dan akhirnya terluka disebabkan dirinya yang tak mampu memberikan kebahagiaan seperti kawannya Taehyung ini.

Jika dia menyanyangi pasangannya pula. Dia takut jika dia terlampau sayang sehingga memakan diri dan juga menyakiti pasangannya juga nanti.

Sungguh Namjoon celaru sekarang ini!

"Now, fikir pasal Taehyung dengan Jin dulu." Namjoon menyedarkan dirinya kembali.

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now