13

1K 116 5
                                    

Keesokkan paginya..

"Jin. Kenapa dengan mata kamu? Bengkak ni haa?"

Seokjin mengeluh sedikit dan memandang sekilas Haera disebelahnya. Cepat cepat Haera menunduk ke bawah. Lagi sikit mukanya nak masuk ke dalam pinggan.

"Takda apa la mummy. Pagi tadi mamai langgar pintu bilik air hm"

Haera menoleh sekilas pada suaminya. Dia menunjukkan muka simpati pada suaminya agar suaminya memaafkannya.

Flashback malam semalam...

Haera merasa lemas ketika dia sedang tidur. Dia membuka matanya perlahan lahan dan melihat sekelilingnya. Bukan main terkejut dia apabila melihat muka Seokjin berada begitu dekat dengan wajahnya.

Akibat terkejut dengan situasi itu, Haera tidak sengaja telah mengeluarkan silat gayung yang dibelajarnya. Maaf. Korea takda belajar silat gayung.

Tanpa sengaja Haera telah memberikan tumbukan pada pada muka kacak suaminya. Kesannya?

"Arghhhh!! Apa ni?"

Nasiblah bilik mereka itu kalis bunyi. Kalau tak mahu mummynya tendang pintu bilik mereka kerana mendengar jeritan Seokjin.

"Errr.. awak.. awak.. maaf. Saya ingat siapa.. yang peluk saya tadi.."

Seokjin terlentang dengan tangannya memegang mata kanannya. Pening rasanya apabila diserang ketika sedang tidur.

"Sayang.. Awak kenapa ni? Aduh. Awak lupa ke awak dah kahwin?"

"Maaf.. Saya.. saya lupa. Awak..sorry"

Haera yang sudah duduk dari pembaringannya sudah seperti cacing kepanasan apabila melihat suaminya tak henti henti mengata sakit.

Seokjin ketawa melihat isterinya yang tak reti duduk diam itu. Dia memegang tangan isterinya.

"Heyy heyy.. Chill saya okay la. Dah tidur."

"Em awak okay ke?"

"Hm okay la kot. Dah tidur."

Seokjin kembali memejam matanya dan terus tidur. Haera masih lagi memandang suaminya dengan wajah takut-takut.

'Matilah aku esok kena bebel dengan mummy'

End flashback..

"Oit.. Orang lain dah habis makan dah. Yang awak ni dari tadi tenung pinggan tu kenapa? Teringin nak jadi pinggan ke?"

Terangkat bahu Haera apabila dikejutkan dengan sergahan dari sang suami itu.

"Awak ni kan. Suka sangat buat saya terkejut la. Nasib saya takda penyakit melatah tau tak?"

"Kalau ada lagilah saya suka. Oii makk kau suka aku!"

Kuat kedengaran ketawa Haera apabila dia berjaya mencucuk pinggang Seokjin. Akibatnya kuatlah melatah yang keluar dari mulut Seokjin. Berair mata Haera melihat suaminya itu.

"Awak ni kan. Nak kena ni.. Nanti awak. Nasib kita kat bawah. Kalau kat atas habis dah awak ni"

Haera kembali diam apabila mendengar suaminya berkata begitu. Giliran Seokjin pula ketawa tak ingat dunia. Kelakar baginya melihat muka kecut isterinya apabila dia berkata seperti itu tadi.

"Dah la malas nak layan awak. Saya nak tolong mummy kat dapur la hm"

Kira-kira Haera ingin bangun dari kerusinya Seokjin menahan gerak isterinya.

"Awak nak pergi mana? Makan pun tak habis lagi. Bukan tak habis. Tak usik langsung ni. Makan. Jangan bazir."

Tegas kedengaran suara Seokjin menyuruh isterinya makan. Haera kembali buat muka kesian untuk meraih simpati. Bukan dia tidak mahu makan. Tapi memang sudah jadi kebiasaannya sarapan pada waktu tengah hari. Kalau pagi dia makan alamatnya keluar baliklah isi makanan dari mulutnya.

"Hm awak.."

"Takda takda. Taknak dengar. Makan. Bagi habis dalam pinggan tu. Tak kesian ke kat mummy yang masak penat penat ni?"

'Dia berleter lagi macam makcik bawang. Baik aku makan je. Nasib la badan~'

Haera memberi senyuman manis pada suaminya sebelum menyuap makanan ke dalam mulutnya.

Seokjin mengusap kepala isterinya apabila melihat isterinya mendengar katanya. Lalu dia mengeluarkan telefon pintarnya dan melihat mesej yang masuk.

"Taehyung?"

Haera menoleh sekilas apabila mendengar suaminya seakan bercakap dengannya tetapi apabila melihat mata suaminya bukan padanya tetapi pada telefon segera dia menghadap kembali makanan di hadapannya.

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now