49

874 90 7
                                    

Taehyung merempuh juga masuk ke dalam bilik Ara. Apa yang disampaikan doktor tadi tak masuk dek akal. Kenapa Ara taknak jumpa dia?

"A-Ara.." gagap Taehyung memanggil Ara. Tak sangka penantiannya sudah berakhir. Betullah apa yang matanya nampak tadi. Isteri dia sudah sedar dari lena yang lama.

Taehyung nampak Ara berdiri merenung keluar tingkap. Ara menoleh memandangnya.

"Awak buat apa masuk dalam bilik saya ni lagi Taehyung?!"

Kasar sahaja bunyinya. Dia terkejut melihat sikap dingin Ara. Setahunya sebelum Ara masuk hospital, Ara tidak bersikap sebegini.

"Ara.. Awak okay ke?"

Ara mendengus. "Saya okay atau tak. Bukan urusan awak. Awak tak perlu risau tentang saya lagi."

"Ara. Kenapa cakap macam ni? Lama saya tu.."

"Sudah la Taehyung. Awak tak perlu cakap apa-apa lagi. Saya tahu. Saya ni hanya menyusahkan hidup awak dari dulu lagi." Ara pantas memotong kata-kata Taehyung.

"Saya mohon pada awak Taehyung. Lepaskan saya. Jangan seksa saya dah. Saya tahu awak dah tak cintakan saya. Buat apa lagi awak simpan saya? Kalau awak nak balas dendam. Dendam awak dah terbalas Tae. Saya dah cukup menderita dengan mencintai lelaki yang hatinya bukan milik saya." sambung Ara yang telah memusingkan badannya menghadap Taehyung.

Taehyung terlopong dengan wajah yang keliru. Dia tahu Ara sakit dan menderita dengan dia selama ini. Cuma dia butakan mata. Sebab? Sebab dia sakit dengan apa yang orang cakap buruk tentang Ara. Jadinya? Ara tempat dia lepaskan marahnya.

Taehyung menunduk memandang lantai. Dia sudah sedar bahawa selama ini dia hanya menyeksa wanita ini sahaja. Dia tak berikan kata-kata cinta macam mana ketika mereka bercinta dahulu. Dia tak jalankan tanggungjawabnya sebagaimana yang dia sepatutnya lakukan sebagai suami.

Taehyung mendongak memandang Ara yang masih merenungnya.

"Baiklah. Saya cuma nak tahu satu perkara dari awak."

Ara memandang Taehyung dan sedia mendengarnya.

"Awak masih cintakan saya?"

Ara terkedu. Sejujurnya cintanya pada Taehyung tak pernah padam. Walau Taehyung mendera hati dan perasaannya walau bagaimana sekalipun. Nama Taehyung sentiasa terukir dihatinya.

"Tak." sepatah. Ara tipu. Ara tipu dirinya dan Taehyung.

Taehyung mengganguk. Hatinya sakit mendengarnya. Dia tak mampu nak memandang Ara lagi. Hatinya sungguh sakit. Terasa bagai dicucuk dengan sesuatu yang tajam.

"Baiklah. Saya cuba terima seadanya andai itu kata awak. Saya minta maaf jika awak terasa dengan apa yang jadi sekejap tadi. Saya terlalu terkejut. Saya ingatkan saya bermimpi awak sentuh saya. Dalam hati tak henti saya berdoa agar ia benar tetapi.."

Taehyung berhenti sebentar mengambil nafas. Bergetar suaranya saat melafazkan setiap isi hatinya.

Ara masih menunggu kata-kata seterusnya dari Taehyung.

"Tetapi, setiap hari juga saya selalu sabarkan hati bahawa suatu hari nanti saya perlu lepaskan awak juga sebab itu apa yang doktor selalu kata pada saya. Sebab tu, saat awak sentuh saya tadi, saya cuba sedarkan diri saya, jangan terlalu berharap."

Taehyung berhenti lagi. Kali ini dia menunduk menahan sakit di dada. Dia menyentuh sedikit dadanya. Sungguh dia tak sangka penantian dia selama ini akan jadi seperti ini.

Ara mula tunjuk minat dengan setiap bait kata-kata dari Taehyung.

'Apa yang awak cuba sampaikan ni, Tae?'

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now