48

929 93 6
                                    

Tit Tit Tit Tit...

Jari Ara satu persatu bergerak menandakan dia telah sedar. Taehyung yang masih tidur disisi Ara bertongkatkan lengan Ara masih tidak perasan dengan perubahan Ara.

Ara membuka matanya yang lama tertutup.

''Arghh~"

Dengar tak dengar je suara Ara ketika itu. Manakan tidak. Hampir 2 bulan dia tidak bercakap. Kering tekaknya.

Ara menoleh ke sebelahnya. Berat dan lenguh dia rasakan kini. Yelah, kepala batu yang menghimpap lengannya.

Takut-takut Ara ingin kejutkan Taehyung. Tangannya menyentuh kepala Taehyung perlahan.

"Tae-taehyung.." lembut Ara memanggil suaminya sambil membelai rambut lebat Taehyung.

Sungguh lama dia tidak membelai Taehyung. Sungguh. Dia rindu saat dia dan Taehyung sewaktu bercinta dahulu. Saat Taehyung selalu dahagakan belaiannya. Taehyung suka jika dia bermain dengan rambutnya.

Badan Taehyung bergerak sedikit sekaligus mematikan lamunan Ara.

"Ara~ bangunlah. Jangan tinggalkan saya. Saya rindukan awak Ara."

Cukup perlahan tetapi mampu membuat air mata Ara meleleh ketika mendengarnya.

Dia tak sangka yang Taehyung menunggunya. Dia fikirkan Taehyung sudah tak sanggup hidup dengannya.

Ara menyeka air matanya dan mengejut Taehyung sekali lagi.

"Taehyung. Bangun. Ni saya. Bangun"

******

Taehyung seakan mendengar suara Ara memanggilnya. Dia membuka matanya perlahan sambil mengeluh.

Tak sangka dia sampai dalam mimpi suara Ara kedengaran. Nampaklah betapa dia tidak boleh hidup tanpa Ara disisinya.

"Tae.."

Taehyung meraup wajahnya. Dia taknak jadi gila sampai terngiang-ngiang suara isterinya. Dia menekup telingannya.

Kini dia mula rasa tangannya disentuh seseorang. Taehyung buka matanya perlahan-lahan kemudian memandang empunya tangan yang menyentuh lengannya.

Perlahan-lahan matanta mengikut arah tangan itu. Dalam hati dia berdoa agar dia tak terlalu mengharap.

Matanya tepat memandang wanita di atas katil yang masih baring yang merenungnya dengan mata berkaca.

"Tae-taehyung.. Ni saya. Ara"

Taehyung seakan tak percaya. Dia menepis tangannya kemudian bangun dan berlalu meninggalkan bilik tersebut.

"Tae~"

*****

Ara tersentak saat Taehyung menepis tangannya. Dia sangkakan yang Taehyung sudah tidak bencinya lagi. Tapi dia silap. Taehyung memang sudah tidak mencintainya lagi.

Luluh hatinya saat melihat Taehyung keluar begitu sahaja dari bilik dia.

Ara seka air matanga kemudian dia terpandangkan butang penekan untuk memanggil jururawat.

Takpelah jika Taehyung memang sudah tidak boleh menerimanya. Dia memasang niat dalam hati untuk meninggalkan Taehyung selepas doktor mengizinkannya untuk keluar.

*****

'Betul ke apa yang aku nampak tadi? Atau aku hanya bermimpi? Atau hanya khayalan aku.

Kenapa dengan aku ni? Aku dah tak betul ke? Sampai aku dapat rasa Ara sentuh aku.'

Taehyung mencuci mukanya berulang kali. Dia ingin segera kembali ke bilik Ara. Dia perlu bersihkan Ara.

Taehyung keluar dari tandas dan segera ke bilik Ara. Tetapi apabila kakinya ingin sampai sahaja, dia lihat beberapa orang jururawat berdiri dihadapan bilik Ara. Pantas kakinya melajukan langkahnya.

"Nurse, kenapa ni? Kenapa ramai-ramai ni?"

"Eh Encik Taehyung. Puas kami cari awak. Doktor cuba call awak tapi tak dapat."

Taehyung meraba-raba poket seluarnya mencari telefon dan barulah dia teringat telefonnya berada di dalam bilik Ara.

"Saya pergi tandas tadi dan telefon saya ada kat dalam. Kenapa doktor cari saya? Ada apa apa jadi kat Ara ke?" laju Taehyung bercakap.

"Sabar Encik Taehyung. Nanti doktor keluar dia akan cakap dekat Encik Taehyung."

Taehyung sudah mula gelisah.

'Ada apa apa jadi kat Ara ke?'

Taehyung ingin merempuh pintu bilik Ara tetapi ditahan oleh beberapa orang jururawat yang sedia dari tadi berdiri di situ.

"Sabar Encik Taehyung. Encik tak boleh masuk sekarang."

"Lepaskan saya. Saya nak jumpa isteri saya la!"

"Ya. Kamk tahu tapi Encik Taehyung kena.."

"Kenapa ni?" suara Doktor muda yang biasa merawat Ara kedengaran.

"Takda apa doc, Encik Taehyung nak masuk jumpa isterinya"

"Haa Encik Taehyung. Tadi saya cari awak. Tapi tak jumpa."

"Maaf. Tadi saya pergi tandas. Kenapa dengan isteri saya? Ada apa jadi ke?"

Doktor muda itu menjeling memandang jururawat di situ kemudian mengeluh.

"Saya harap awak banyakkan bersabar dan tabahkan hati awak dengan apa yang bakal berlaku nanti."

"Kenapa? Apa yang berlaku? Kenapa dengan Ara?"

_______________________________________

Double update sebab rindu korang.

Eh? 🙈😂

Eh? 🙈😂

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now