41

942 95 3
                                    

Tertutup sahaja pintu rumah, Nickhun memusingkan badannya memandang ke belakang untuk melihat isteri Seokjin.

Tapi hampa. Haera tiada disitu. Kosong. Melilau matanya memandang disegenap bucu rumah.

"Heyy!! Mana kau haa? Kau menyorok kat mana haa?! Tunjukkan diri kau yang sebebar kalau berani. Jangan jadi pengecut dengan menggunakan nyawa yang tak berdo..Arghhhh!!"

Terpelanting Nickhun apabila ditolak secara tiba-tiba dari belakang. Hampir sahaja kepalanya ingin bertemu bucu meja kecil yang berada di tenga ruang tamu.

"Hahahhahhaha! Padan muka kau! Siapa suruh kau kacau kerja aku?! Rasakan!" bergema suara serak garau Haera di ruang tamu.

Nickhun segera bangun walaupun terasa bahunya ingin patah apabila merempuh meja kayu itu.

Nickhun mengeluarkan 'sesuatu' dari koceknya yang mungkin mampu menundukkan makhluk yang menyerupai isteri Seokjin ini.

Garam halus

Nickhun yakin makhluk itu 'masuk' ke dalam badan Haera melalui luka yang lembaga itu sendiri buat. Bijak sungguh benda kotor ni.

Perlahan-lahan Nickhun merapati 'Haera'. Tangannya yang menggenggam garam kasar itu dibaca sedikit jampi serapah yang mampu membuat lembaga itu kesakitan.

Jaraknya dengan Haera hanya tinggal beberapa tapak sahaja lagi. Nickhun perasan, 'Haera' sudah mula berasa tidak selesa apabila Nickhun semakin hampir sekaligus mulut Nickhun tak henti membaca beberapa ayat yanh dibelajarnya ketika masih duduk ditanah airnya sendiri itu.

Langkah Nickhun terhenti setelah dia merasakan jaraknya sudah dekat dengan 'Haera'. Tangannya laju memainkan peranan.

Nickhun menekapkan tangannya yanh penuh dengan garam halus pada luka 'Haera'. Ya. Ia amat memedihkan bagi mereka yang mempunyai luka tetapi Nickhun terpaksa melakukannya untuk mengeluarkan makhluk ini dari badan isteri kawannya ini.

"Keluar kau! Sebelum kau lagi terseksa aku kerjakan!" jeritan Nickhun bergema.

"Aku taknak keluar!! Kalau aku keluar tuan aku tak bagi aku makan!" balas 'Haera' dengan renungan tajam diberikan pada Nickhun.

"Cakap dengan aku! Siapa Tuan kau? Kenapa Tuan kau hantar kau dekat keluarga ni?! Cakap!"

Sengaja Nickhun menekankan lagi tangannya pada tengkuk 'Haera' supaya makhluk itu menjawab pertanyaannya.

"Arghhhh!!" suara Haera yang sebenar kedengaran.

"Haera-ssi, tolong kuat dan tolong lawan makhluk ni supaya keluar dari tubuh awak" Nickhun memberi sedikit kata-kata semangat

"Lepaskan saya.. s-sakit" suara garau kembali pada pendengaran Nickhun.

"Cilaka kau iblis!" amuk Nickhun sekaligus menekan lebih kuat pada luka di tengkuk Haera.

"Arghhh! Ba-baik.. A-aku ca-cakap..Saera!! Dia yang hantar aku... untuk hancurkan rumah tangga perempuan ni!" tubuh Haera semakin lemah. Nickhun patut gapai peluang ini lebih cepat sebelum nyawa Haera tergugat lebih teruk.

Nickhun menekan lebih kuat pada leher Haera.

"Aku nak! Kau balik semula pada Tuan kau! Faham tak?!" Nickhun menjerit sedikit kuat.

Haera tidak beri sebarang respon. Nampak lemah sudah Haera. Nickhun tak betah bertahan lagi. Dia takut Haera tidak mampu bertahan.

Lalu dia meneruskan urusannya yang terakhir dengan mengeluarkan kain berwarna kuning lalu diikat pada leher Haera. Jarum kecil yang ada pada poket bajunya juga dikeluarkan dari tempat asal. Kemudian dia mencucuk jarum itu ke atas kain kuning tadi.

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now