03

1.2K 140 1
                                    

Pagi pagi lagi Haera sudah dipaksa ibunya untuk ke kedai kek mereka.

Ibunya menyuruhnya menghantar kek yang telah ditempah ke suatu tempat. Haera sudah biasa dengan semua ini.

Tamat sahaja sekolah tinggi dia terus membantu ibunya di kedai kek mereka.

Kek mereka selalu ditempah oleh mereka yang bergolongan tinggi. Kek mereka sering menjadia bualan orang ramai. Disebabkan itu kedai kek mereka selalu ramai pengunjung. Lagi lagi pada hujung minggu. Penuh dengan anak anak muda datang berpasangan bertemu janji di sini.

Haera menyiapkan hiasan terakhir sebelum memasukkan kek tersebut ke dalam kotak. Dia melihat di dalam list untuk mencari nama orang yang menempah kek ini.

"Kim Holding. Okay siap!"

Selepas siap menulis alamat dia atas sticky note dan ditampalkan ke atas kotak kek Haera menjerit mencari ibunya.

"Eomma! Haera pergi dulu ye?"

"Apa jerit jerit ni? Eomma ada dekat belakang je. Malu kalau orang dengar anak dara jerit jerit tau. Nanti takda sape nak"

Puan Yun memarahi anaknya yang memjerit tadi. Haera hanya memuncung

"Haa buat muncung buat muncung. Eomma tarik nanti"

Haera pantas menutup mulutnya.

"Dahla. Haera nak pergi dulu. Nanti lambat. Tata eommonim!"

Haera sengaja menyakat ibunya sambil menjerit sekali lagi. Puan Yun hanya mampu menggeleng melihat tingkah laku anak perempuannya yang seorang itu.

*****

Hari ini syarikat Kim's mengadakan upacara pembukaan untuk projek baru mereka. Jadi dengan itu The Kim's mengadakan sedikit party untuk para pekerjanya yang telah bertungkus lumus mendapatkan tender tersebut.

Haera memasuki bangunan yang tinggi dan besar itu.

Matanya melilau mencari lif. Dia ternampak kaunter pertanyaan yang tidak jauh dari tempat dia berdiri di pintu masuk automatik itu.

"Maaf. Tumpang tanya. Saya dari Chimney Cake Shop. Syarikat ini ada buat tempahan kek. Kat mana saya boleh hantarkan kek ini ye?"

"Sekejap ye cik."

Sementara pekerja tersebut membuat panggilan menanyakan tentang hal tersebut. Haera memandang sekeliling bangunan itu.

Secara tiba tiba matanya bertembung dengan mata seorang pemuda yang segak bertuxedo berwarna putih.

Handsomenya. Aihh apahal kau ni Haera. Nak mati ke?

Haera yang terleka itu terkejut apabila dipanggil oleh gadis kaunter pertanyaan itu lalu dia menoleh memandang gadis tersebut.

"Cik. Cik boleh naik ke tingkat 10, ballroom. Di situ akan ada penyambut tetamu. Cik boleh serahkan kek ini pada mereka. Lif disebelah kanan ini ya."

"Baik. Terima kasih ya"

Haera sesikit menunduk hormat pada gadis itu tadi dan menuju ke lif.

Dia nampak lif hampir tertutup lalu dia berlari anak menuju ke lif itu dan menjerit.

"Sekejap! Saya nak masuk lif juga!"

Pintu lif pon terbuka. Pantas Haera masuk ke dalam lif itu.

Dia tidak memandang lelaki tadi tapi mulutnya laju mengatakan terima kasih sambil itu matanya melihat kotak kek tadi. Doanya jangan la kek dalam ni terabur. Kalau tak mati dia kena sembelih dengan mak dia.

Tiba tiba lif bergegar. Haera terkejut begitu juga dengan orang yang berada di dalam lif itu.

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now