39

928 93 3
                                    

Habis sahaja mencuci mukanya, Taehyung keluar dari bilik air sambil mengelap mukanya dengan tuala kecil yang telah Ara sediakan di dalam bilik air di atas rak tuala.

Pergerakan Taehyung terhenti daripada mengelap mukanya apabila melihat Ara masih lagi berada di atas katil.

"Aih? Tak bangun lagi? Ingat dah bangun waktu aku masuk mandi. Penat sangat ke?"

Taehyung merapati Ara. Perlahan dia duduk di birai katil disebelah Ara tidak mahu mengejutkan Ara dari lena.

Dia merenung wajah Ara yang cengkung. Tangannya mengusap perlahan wajah Ara. Taehyung pasti Ara tidak perasan atau tidak akan sedar dengan sentuhannya. Lihat sahaja, tiada langsung pergerakan dari Ara.

"Sayang, aku rindu kau. Rindu sangat sangat. Dah lama aku tak rasa rindu macam ni." ucap Taehyung perlahan. Tangannya beralih mengusap kepala Ara pula. Matanya merenung tubuh kecil Ara yang dia rasa semakin hari, Ara semakin kurus.

"Aku tahu, kau dah rasa terseksa bila tinggal dengan aku. Tapi jujur. Aku tak sanggup kehilangan kau." suara Taehyung bergetar semasa menuturkan ayat terakhir.

Taehyung mengeluarkan tangan Ara dari bawah selimut lalu menggenggam tangan Ara dengan kuat.

"Aku janji. Balik ni, lepas aku uruskan hal Seokjin. Kita uruskan hal kita pula. Aku sakit tengok kau macam ni. Aku taknak kau sakit sebab makan hati dengan aku. Aku sayang kau sangat sangat. Tunggu aku balik."

Usai menghabiskan ayatnya, Taehyung mencium ubun-ubun Ara kemudian bangun dari katil. Lama mata Taehyung memerhatikan Ara. Dia rasa pelik. Ara langsung tidak bergerak.

Dia perasan semalam. Selepas balik dari bertemu Seokjin, Ara telah tidur. Jadi dia berfikir, mungkin Ara penat. Selalunya Ara akan menunggunya. Tak kira apa jua sekalipun. Walaupun dimarahi olehnya.

Taehyung abaikan perasaannya kemudian bergerak ke bilik pakaian untuk bersiap untuk bertemu dengan Seokjin dan juga Yoongi.

*****

Seokjin dari tadi termenung mengenangkan nasibnya. Dia juga sejujurnya binggung dengan dirinya. Dia tak faham apa sebenarnya yang dia nak.

Dia sayangkan Haera, tapi bila bersama dengan Saera. Dia jadi lupa semuanya. Lupa dengan Haera. Lupa yang dia ada isteri dirumah. Serasa bagai bujang tidak pernah berkahwin.

Dia juga bernafsu apabila bersama dengan Saera. Sangat bernafsu sedangkan sebelum ini biasa sahaja apabila bertemu dengan perempuan yang cantik dan juga berpakaian menjolok mata seperti Saera. Haera juga jauh lebih cantik dan menawan daripada Saera. Tetapi, Saera seperti ada suatu aura yang tak boleh dia lepaskan atau padamkan dari ingatan.

Kadang-kadang sampai ke rumah dia bayangkan Saera. Sampai dia hampir mengasari Haera hari tu disebabkan nafsunya tidak dapat dikawal.

Walhal dia sendiri selalu berpesan pada dirinya, berikan Haera ruang sehingga Haera betul-betul bersedia dengan semuanya. Walaupun dia tak tahu berapa lama masa yang Haera perlukan.

"Argh!!" Seokjin menyerabutkan rambutnya. Untung sahaja dia berada di dalam kereta bukan menunggu Taehyung di cafe. Kalau tak, mahu dia dipandang dan juga dijeling oleh orang sekeliling.

Seokjin meletakkan kepalanya di atas steering kereta bagi melegakan sakit kepalanya.

Tukk! Tukk!

Terkejut Seokjin apabila cermin tingkapnya diketuk secara tiba tiba.

Taehyung.

*****

Yoongi tidak keseorangan hari ini. Dia bawa 2 orang kawannya dari hospital tempat dia bekerja. Park Jimin, kawan baiknya di hospital dan juga Nichkhun Buck, senior yang hebat di hospital dari Thailand.

Nickhun ini adalah senior Yoongi yang telah lama berkhidmat di Severance Hospital. Nickhun telah lama berhijrah di negara pesat ini kerana telah berkahwin dengan pilihan hatinya yang berasal dari Korea. Sebenarnya, semasa belajar di Thailand dahulu, Nickhun ada mempelajari sedikit ilmu-ilmu perubatan tradisional. Hendak pula negaranya memang terkenal dengan perubatan secara tradisional. Tak peliklah jika dia tahu tentang sebegini.

"Bro, apa khabar? Sihat?" sapa Yoongi sambil menepuk bahu Seokjin. Seokjin hanya mengganguk dengan senyuman.

"So, mana satu yang nak tolong Jin ni?" Taehyung bertanya selepas sahaja bersalam dengan Nickhun dan Jimin. Jimin dan Nickhun mengambil tempat dihadapan Seokjin dan Taehyung. Manakala Yoongi duduk di  hujung meja.

"Kau ada rasa sakit kat mana mana tak, Jin?" Nickhun memulakan soalan. Soalan dari Taehyung seakan terjawab siapa yang akan membantu kawannya ini. Taehyung memalingkan muka pada Seokjin semula.

Seokjin mengerutkan dahi tanda tidak faham dengan soalan dari kawan Yoongi itu.

"Tak. Tak rasa sakit pon. Aku tak faham apa benda semua ni. Boleh jelaskan tak?" Seokjin dah rimas dari semalam bermain teka teki dengan 'penyakitnya' ini.

Nickhun senyum kemudian bersandar pada kerusi. Dia masih lagi merenung Seokjin. Ada 'sesuatu' yang menjaga Seokjin selama ini.

"Kalau aku cakap ni, korang semua jangan terkejut. Okay?" Nickhun bersuara perlahan kemudian berpeluk tubuh. Seorang demi seorang dia pandang. Semuanya sudah mula cuak muka. Lebih-lebih lagi Taehyung. Sebenarnya dia sudah rasa lain macam dari tadi lagi.

"Seokjin. Kau ada makan atau minum apa apa yang diberi oleh 'orang' yang tak sepatutnya ke?"

Seokjin cuba memahami. Dia menoleh kepada Taehyung ingin bertanya. Tapi apabila dia menoleh ke arah Taehyung. Taehyung bercakap tanpa suara. Dia cuba menangkap apa yang Taehyung bicarakan.

'Saera'

Seokjin yang dapat menangkap apa yang Taehyung katakan berpaling semula pada Nickhun.


Nickhun senyum lagi.

"Benda tu selama ni ikut kau. Sekarang pun dia ada belakang kau"

Habis sahaja ayat Nickhun, Seokjin terus menoleh memandang belakangnya. Begitu juga yang lain.

"Apa maksud kau? Aku tak nampak siapa siapa pun kat sini melainkan kita"

"Itu kata kau. Tapi mata aku nampak segalanya. Bagi tangan kau" pinta Nickhun lalu menarik tangan Seokjin.

Terkumat kamit mulutnya nembaca sesuatu lalu di tiupkan pada tangan Seokjin.

"Sapu pada mata kau. Jangan risau. Kau takkan nampak benda ni untuk selamanya. Cukup untuk waktu ini sahaja."

Seokjin masih tak faham dengan apa yang Nickhun cakapkan tapi tangannya yang telah dibaca sesuatu oleh Nickhun tadi laju juga meraup wajahnya. Kemudian dia membuka matanya perlahan lahan. Dia cuba menenangkan dirinya. Dilihat sekelilingnya. Tiada apa apa.

Tapi disaat dia ingin pusing semula ke hadapan. Dia dikejutkan dengan 'lembaga' aneh yang duduk di tempat Niickhun tadi. Kawan kawannya yang bersamanya tadi juga telah hilang. Hanya ada dia bersama 'lembaga' itu.

"Heyy! Siapa kau?!" suara Jin memekik diseluruh kawasan terpencil itu.

Lembaga itu menoleh ke arahnya dengan pandangan yang mengerunkan.

Seokjin tergamam sekaligus terasa kepalanya berpusing melayang. Tidak lama kemudian dia tidak sedarkan diri.

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now