51

853 87 6
                                    

2 minggu telah berlalu. Haera sudah sihat seperti dahulu. Senyuman sentiasa bersama Haera dan Seokjin.

"Sayang! Nanti tolong saya kemas bilik kat atas ni boleh?" Jerit Seokjin dari tangga dengan lantang.

"Okay biy! Nanti saya naik atas lepas siap kemas dapur okay?" Haera juga menjerit sedikit kuat agar suaminya diatas dapat mendengar suaranya dari pintu dapur.

"Okay dear!"

Seokjin masuk kembali ke bilik stor yang suatu dahulu dia gunakan untuk meletak barang-barang yang dia jarang guna.

Habuk dan sawang disana sini. Nasib bilik itu berpintu kalau tidak, kesian Haera perlu mengemas lebih untuk rumah mereka ini.

"Haa! Termenung apa tu?!" Sergah Haera dari belakang. Terhinjut bahu Seokjin dibuatnya.

"Heyy! Jangan buat macam ni lagi tau! Awak tak sayang saya ke haa?" Habis sahaja ayatnya pantas lengan kekarnya memeluk Haera dengan kejap.

"Eee apa tanya macam tu? Mestilah saya sayang suami handsome saya ni heee" Haera membalas pelukan suaminya.

"Bagus. Awak kena sayang saya sentiasa sebab..."

Haera mendongak memandang suaminya yang masih lagi memeluknya dengan pandangan pelik.

"Sebab apa?"

Seokjin menarik senyuman dan memandang kembali bilik dihadapan mereka.

"Awak kena sayang saya sebab.. saya nak anak. Dan saya nak hias bilik ni untuk anak kita" Seokjin mencium pantas pipi isterinya yang kaku dengan apa yang baru dia lafazkan.

"What biy?! Anak? Celah mana anaknya?" Haera masih dengan perangai suci dan polos dia.

Seokjin dah mula menjeling isterinya tanda tak puas hati dengan isterinya yang lambat memahami maksudnya.

"Kita kena la buat dulu! Baru la dapat. Aduh sayang. Kenapa lambat sangat ni?" Seokjin semakin erat memeluk isterinya.

Haera yang baru tersedar sudah merah pipinya akibat malu.

"Biy!! Apa ni! Eee tak sukalah!"

"Nak tunggu suka awak tu sampai ke tua saya takda anak tau"

Haera diam kaku.

"Sayang. Kita dah lama kahwin tau. Awak taknak anak ke sayang?"

"It's not about taknak. Every woman wants child tapi saya takut. Sangat takut."

Seokjin melepaskan pelukan dan berdiri menghadap isterinya. Pipi Haera didongak menandang wajah tampannya.

"Sayang. Look! Saya akan sentiasa ada dengan awak. Saya minta maaf sekali lagi dengan apa yang saya dah buat dengan awak sebelum ni. Saya tak kuat. Saya goyah dengan nafsu dan kehendak sampai saya terlupa dengan ketakutan awak sedangkan saya dah berjanji akan menjaga awak hingga ke hujung nyawa saya."

Haera menggeleng-geleng lalu meletakkan jari telunjuknya ke bibir suaminya.

"No! It's not your fault biy. Saya yang tersilap. Saya yang tak cuba untuk keluar dari sarang ketakutan saya." Air mata mula bertakung dibutir matanya. Pantas tangan sasa Seokjin mengelap air matanya.

"Okay sayang. Stop talking about this. We open new book. Kita mulakan dari awal. Saya akan bawa awak keluar dari penjara ketakutan awak."

Haera mengangguk kemudian memeluk Seokjin dengan kuat. "Saya cuba!"

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now