12

1K 159 7
                                    

"Ahhhhh sakit.."

Seokjin rebah jatuh ke atas tilam. Haera tidak melepaskan peluang yang ada. Cepat cepat dia bangun dari pembaringan. Seokjin yang meringkuk menahan sakit hasil tendangan isterinya dibahagian sulitnya hanya mampu melihat isterinya terlepas dari pekungannya tadi.

"Sayang..sa..sakit"

Haera yang telah berlari ingin masuk ke tandas itu termati langkahnya untuk meneruskan niat untuk menguncikan diri di dalam bilik air.

Haera menoleh memandang katil. Melihat suaminya yang tengah meringkuk menahan sakit itu terdetik bersalah dihatinya. Perlahan lahan dia dekati suaminya.

"A..awak.. Em em siapa suruh awak kacau saya dulu. Em err em saya taknak. Awak yang mulakan dulu"

Takut takut dia bercakap apabila melihat suaminya yang tengah benamkan muka ke atas tilam menahan sakit.

"Kuatnya awak ni. Habislah saya macam ni"

"Mana ada! Awak tu yang lembik!"

"Saya lembik?! Haa meh nak tunjukkan siapa yang lembik"

Seokjin ingin bangun menarik isterinya dan menindih isterinya semula. Tetapi Haera lebih bijak bergerak menjauhkan diri dari suaminya. Dia tahu dalam keadaan suaminya yang begitu, suaminya mesti tak mampu nak mengejarnya.

Seokjin hanya mengalah sahaja lalu membetulkan badannya di atas tilam dan memejamkan mata. Haera melihat suaminya yang terbaring lemah itu.

"Sakit sangat ke? Bukan kuat pon aku tendang"

"Sini tidur! Jangan banyak bunyi. Sakit ni"

Terkejut Haera dibuatnya. Segera dia mendapatkan katil. Perlahan lahan dia merangkak naik ke atas katil. Dia susun bantal kecil kecil dibahagian tengah membuat pembahagi agar suaminya tahu batas.

Seokjin yang masih belum tidur itu membukak sedikit matanya untuk mengintai sedikit kelakuan isterinya itu. Tersenyum dia melihat karenah isterinya itu. Melihat Haera sudah baringkan badan lalu dia berpusing menghadap meja ditepi katil dan menutup suis lampu bilik yang berada dibelakang meja lampu bilik dan gantikan dengan lampu yang ada pada meja. Serta merta tubuh Haera kembali duduk.

"Ke..kena..kenapa awak tu.tutup lampu?"

"Saya tak suka tidur dalam cahaya yang terang. Tidurlah. Saya tak kacau awak dah."

Seokjin lalu menutup matanya. Haera diam membatu. Masih berdebar jantungnya lagi.

Perlahan lahan dia jatuhkan badannya kembali. Sedaya upaya dia jauhkan badannya dari suaminya.

Seokjin sengaja ingin mengacau isterinya lagi. Lalu dia sengaja tidur dalam keadaan ganas dan tanpa diduga dia sengaja menjatuhkan tangannya pada pinggang isterinya. Terjerit Haera dibuatnya.

"Makkk!"

Seokjin tersenyum kerana berjaya mengganggu ketenteraman isterinya yang baru hendak tidur itu.

Haera menoleh memandang suaminya yang kelihatan seperti tidur mati. Dia berdecit sedikit sebelum mengomel sendirian.

"Ish. Tangan dah la besar dah tu berat pulak. Tidur pon lasak. Eee orang dah buat perisai pun dia rempuh juga. Eeee!!"

Seokjin ketawa kecil mendengar rungutan isterinya. Lalu dia sengaja menarik kuat isterinya dan memeluk isterinya seperti bantal peluk. Kakinya diatas kaki Haera seakan memeluk bantal. Pelukan diketatkan.

"Eh? ehh apa ni.. Yahh!! Lepaslah. Ish ingat orang bantal ke apa haaa??"

Puas Haera cuba melepaskan pelukan suaminya. Akhirnya dia sendiri terlelap dalam kepenatan mencuba melepaskan diri.

Seokjin mengintai sedikit untuk memastikan isterinya telah lena tidur. Tersenyum dia lagi malam ni apabila melihat isterinya tidur dalam keadaan yang sangat polos.

"Tak sakit pun sebenarnya. Saya saje kacau awak. Comel sangat isteri saya ni tau. Eeee geram saya tengok awak ni"

Seokjin mencium pipi isterinya dan mengakibatkan Haera bergerak sedikit. Seokjin risau isterinya bangun dan memerahinya lalu dia kembali melelapkan mata dan memeluk isterinya. Tersenyum lagi dia sebelum tidur.

Haih.. Cukup bahagia hari ni. Asyik senyum je. Harap tersenyum hingga ke akhirnya.


*Baca part ni je dah buat saya senyum sensorang. Ahakss. Jangan lupa vote ye. Terima kasih :)*

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now