18

877 97 1
                                    

Seokjin meraba-raba tempat tidur disebelahnya. Seperti pagi pagi yang lain. Memang menjadi kebiasaannya akan menarik orang disebelahnya untuk dipeluk sehingga dia dikejutkan untuk ke tempat kerja.

Tetapi dari tadi dia meraba untuk menarik orang yang dicari. Dia membuka sedikit mata sepetnya. Menoleh ke sebelah tetapi melihat orang yang dicari tiada terus segar matanya.

"Sayang!"

Seokjin menoleh melihat jam yang berada di atas sisi katilnya.

'6.00 a.m.'

"Mana ni? Awalnya bangun" dia menyelak selimut dan turun dari katil. Dia menonyoh sedikit matanya dan mengosok belakang kepalanya dan terus keluar dari bilik tidurnya.

'tang! tang!'

Seokjin melangkah ke arah bunyi bising di dapur. Dia melihat isterinya sedang mengutip makanan yang ada di atas meja malam tadi dan di bawa ke sinki dan apabila isterinya ingin membuang ke dalam tong sampah Seokjin menahan.

"Sayang! Stop." terkejut Haera apabila mendengar suara orang secara tiba tiba. Dia menoleh ke arah suara itu. Terhenti perbuatannya.

Seokjin merapati isterinta sedang berdiri kaku di tepi tong sampah. Dia memegang tangan isterinya yang sedang memegang pinggan.

"Kenapa awak nak buang?" Perlahan lahan Seokjin bertanya pada Haera.

"Awak taknak makan. Jadi saya buanglah"

"Siapa cakap saya taknak makan? Hm?" Habis sahaja berkata begitu dia memasukkan makanan yang ada di dalam pinggan yang dipegang Haera ke dalam mulutnya.

'Erk! Apahal rasa macam ni? Basi dah ke?'

Seokjin berhenti mengunyah lalu memandang isterinya.

"Sayang. Dah basi. Hm"

"Sebab tu saya nak buang hm"

"Hm kenapa tak cakap. Hm"

Seokjin mengajuk gaya isterinya bercakap dalam nada yang comel. Haera merenung suaminya dalam dalam.

'Apa kena dia? Malam tadi marah marah. Taknak makan la apa lah. Pagi dah berubah. Apa vampire ke laki aku ni?'

"Oi termenung apa. Saya tanya bukan nak jawab" Seokjin mencuit sedikit hidung isterinya. Hilang terus angan angan Haera.

"Awak cakap apa tadi?"

"Tengok. Betullah termenung tadi." Seokjin menggosok kepala Haera dengan sengihan. Haera menolak tangan Seokjin dari menyentuhnya. Dia mengundur ke belakang sikit.

Seokjin terkejut melihat Haera yang mengundur. Mati terus senyumannya. Seokjin mengeluh.

"Sayang. I'm sorry about last night."

Terluah juga perkataan maaf itu. Sejujurnya dia ingin memujuk isterinya semula malam tadi tetapi apabila melihat Haera tertidur di sofa. Mati terus niatnya. Sudahnya dia juga tidur akibat kepenatan.

Haera diam membisu. Dia tak tahu apa patut dia buat. Patutkah dia kedepan semula atau larikan diri masuk ke dalam bilik macam dalam drama selalu buat itu.
Dia tidak pernah berada dalam situasi seperti ini. Haera mengeluh perlahan.

Seokjin memandang Haera apabila terdengar isterinya mengeluh. Perlahan-lahan dia merapati Haera dan memegang tangan isterinya dan dibawa ke bibirnya. Bertalu-talu ciuman diberikan pada tangan isterinya.

Tergelak Haera melihat Seokjin yang tak henti-henti mencium tangannya.

"Yah!! Berhentilah. Awak dah la tak mandi lagi." Haera menolak suaminya sedikit lalu mengelap tangannya pada baju suaminya.

Tersenyum lega Seokjin apabila melihat isterinya kembali tersenyum. Dia takut sangat jika isterinya masih memarahinya.

Haera kembali senyap apabila melihat Seokjin merenungnya dengan pandangan lain macam. Takut pula dia. Dia menoleh melihat jam pada dinding dapur.

'6.30 a.m.'

Seokjin yang sekali lagi merapati Haera dan ingin mencuba merangkul pinggang isterinya terhenti apabila Haera tiba-tiba bersuara.

"Okay. Saya maafkan awak. Okay now tengok jam dah pukul berapa. Nanti awak lambat pergi office dan saya tak siap breakfast awak lagi."

Bagai peluru Haera bercakap. Ketawa kuat Seokjin apabila mendengar kata-kata Haera. Tahu sangat dah dia dengan isterinya yang seorang ni. Takut sangat jika dia mengapa-apakan isterinya.

"Saya tak buat apa-apa pun. Kenapa gelabah sangat ni, sayang?" sengaja dia meleretkan panggilan sayang itu.

Meremang bulu roma Haera apabila mendengar Seokjin memanggilnya dengan nada sebegitu. Bukan panggilan sayang itu yang menakutkannya. Tetapi pandangan dan juga suara suaminya itu menakutkannya.

"Em dah lah. Apa kata awak pergi siap. Nanti lambat. Saya nak kemas dapur ni." Lalu dia bergerak ke meja dan mengutip makanan-makanan di atas meja lalu di bawa ke sinki dan membuang semua makanan itu.

Seokjin bergerak ke tangga dengan ketawa yang kuat. Suka dia melihat kelam kabut isterinya itu apabila ketakutan.

'Takut sangat!'

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now