06

1.1K 143 11
                                    

"A..aw..awak?"

"Ye saya. Hi"

Seokjin melambai tangan di hadapan Haera. Haera masih lagi kaku disitu.

Seokjin yang melihat itu tergelak kecil. Lalu dia pusing kebelakang dan duduk di salah satu meja yang berada disudut tepi kedai itu.

Haera melangkah ke arah Seokjin dengan gugup. Dia mengeluarkan buku nota dan juga pen dari apronnya.

Seokjin masih lagi dengan senyumannya apabila melihat Haera datang ke arahnya dengan gugup.

'Haihlah comelnya la kau ni'

"Awak.. Awak nak order apa?"

"Kan tadi saya dah cakap. Saya nak order awak jadi suri hati saya"

Seokjin tersengih pada Haera yang tengah benggang dengannya.

"Tak kelakar la. Awak nak apa? Cepatlah. Saya banyak kerja lagi kat belakang ni."

"Banyak kerja? Dari tadi saya tengok awak termenung je kat kaunter tu."

Haera menjegilkan matanya pada Seokjin. Seokjin gelak pula kali ni.

"Eee tak payah sibuk la. Awak taknak order apa apa baik awak keluar sekarang."

Haera ingin berpusing tapi segera ditahan Seokjin.

"Okay okay. Bagi saya Ice Latte dengan Blueberry Cheese"

Selepas Haera menulis pesanan Seokjin dia sempat menjeling pada Seokjin dan berlalu ke kaunter semula.

"Haih. Makin comel buat muka macam tu."

*****

Haera kembali ke arah Seokjin dengan menatang dulang yang berisi Ice Latte dan juga Blueberry Cheese Seokjin. Dia meletakkan pesanan itu di atas meja. Seokjin ralit memerhati kelakuan Haera itu dengan senyuman.

"Jemput makan."

Sekali lagi Haera ingin berlalu tetapi ditahan Seokjin. Kali ini Seokjin menyentuh lengannya. Terkejut Haera dibuatnya. Nasib baik tak keluar taekwondo yang dibelajar dahulu.

Seokjin yang perasan muka Haera tengah merah menahan marah itu cepat cepat mengalihkan tangannya semula ke tempat asal.

"Awak nak apa lagi?"

"Err boleh teman saya sekejap?"

"Teman? Makan la sendiri. Saya ada banyak kerja."

"Alaa jangan la nak tipu. Awakkan bos. Pekerja awak pon banyak. Lagipun mana ada customer dalam ni kecuali saya."

Haera memandanf sekeliling. Memang betul. Hanya ada dia, Seokjin dan beberapa orang pekerjanya yang tengah membersihkan meja meja pelanggan yang telah balik.

'Memang la takda. Dah kau datang time time macam ni. Mana ada orang'

Haera duduk juga dihadapan Seokjin dengan terpaksa. Seokjin tersenyum menang juga akhirnya.

"Ish awak nak apa?"

"Jangan la garang sangat. Saya bukan nak apa apa kan awak pun"

"Okay. Awak nak apa?"

Haera bertanya dengan senyuman yang sangat manis yang tak dibuat buat. Terpempan Seokjin melihatnya.

"Err. Macam mana nak cakap eh?"

"Cakap je la. Asal mulut awak sakit ke?"

"Eh bukan. Em macam ni."

Haera membetulkan posisi duduknya untuk menunggu Seokjin memulakan percakapannya.

"Sebenarnya... Saya dah mula jatuh hati dekat awak."

Haera terdiam lama. Seokjin dah mula kegelisahan melihat keadaan Haera yang tidak memberi apa apa tindak balas.

Tak lama lepas itu Haera ketawa dengan kuat sekali. Sehinggakan pekerjanya memandang ke arah mereka.

Apa gila boss aku tu?

"Awak buat lawak apa ni Encik Seokjin? Hahaha. Adoii sakit perut saya"

"Err masa bila saya buat lawak? Saya serius la Haera."

Haera terhenti ketawa. Mukanya kembali serius.

"Awak ni kenapa? Tiba tiba je boleh cakap yang awak sukakan saya."

"Saya tak tipu. Saya betul sukakan awak. Sejak hari pertama kita bertembung dekat pintu masuk syarikat saya lagi. Kemudian kita berjumpa di dalam lif pula."

Haera merenung Seokjin jauh ke dalam mata Seokjin ingin mencari kebenaran.

"Em macam mana pulak saya nak cakap ni ye. Macam ni lah Encik Seokjin. Saya tak tahu apa yang merasuk awak hingga awak boleh sukakan saya pula. Sedangkan ramai lagi gadis kat luar sana yang seribu kali ganda cantik dari saya. Saya minta maaf. Saya tak boleh terima perasaan awak ni."

Haera ingin bangun dan melangkah pergi tetapi tindakannya mati dengan suara Seokjin.

"Bagi saya peluang Haera. Untuk saya buktikan yang saya memang sayangkan awak."

Haera mengeluh.

"Tak perlu buktikan. Saya tak akan terima apa apa dari awak."

Haera melangkah pergi dari situ. Seokjin meraup wajahnya. Dia mengeluarkan beberapa not Won dari walletnya dan melangkah keluar dari situ. Sedikit pun dia tidak sentuh makanan itu.

Haera yang melihat Seokjin melangkah keluar dengan muka yang sedih mula kasihankan lelaki itu.

"Kejam ke aku buat macam tu? Aku bukan taknak tapi aku takut. Hm"

Haera kembali melakukan kerjanya yang terbantut tadi. Sedang dia bercakap sendirian, maknya dibelakang sudah memerhatikan semua kejadian tadi. Tersenyum dia pada anaknya yang seorang itu.

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now