34

860 94 0
                                    

Seokjin tersedar dari lena yang panjang. Dia melihat bilik yang sedikit suram itu. Hanya bertemankan lilin wangi di atas meja disebelahnya. Dia memandang keseluruhan bilik yang suram itu.

"Macam mana aku boleh ada kat rumah pulak ni? Dah malam ke?" Kata Seokjin sendirian. Dia bangun perlahan-lahan. Kepalanya masih lagi sakit. Mungkin akibat tidur yang terlalu lama. Perlahan-lahan dia bergerak kepintu bilik.Dia lihat Haera berada disofa. Dia menghampiri isterinya yang diam pegun itu.

"Sayang? Awak buat apa kat sini?" tanya Seokjin kemudian duduk disebelah isterinya.

Haera terus bangun. Terkejut Seokjin melihatnya. Lagi terkejut apabila melihat muka isterinya yang basah dengan air mata.

Haera menunjuukkan telefonnya kepadanya. "Boleh awak terangkan apa benda semua ni?" Tanya Haera secara tiba-tiba dengan menunjukkan mesejnya bersama Saera. Terbuntang biji matanya melihat mesej itu.

"Awak bukak telefon saya Haera?" tanyanya denga perasaan tidak puas hati.

"Sekarang ni bukan awak yang patut marah. Saya. Saya Kim Seokjin! Saya yang patut marah!" kata Haera dengan kuat. Mata Haera menikam anak mata Seokjin.

Seokjin hilang kata. Dia turut bangun dan menghampiri isterinya. Tetapi Haera menggambil langkah ke belakang lagi.

"Jangan dekat dengan saya. Terangkan semua ni. Saya bagi awak peluang untuk bela diri awak sekarang" kata Haera langsung tidak memandang wajah Seokjin.

Seokjin meraup wajahnya. Dia dah dapat agak. Suatu hari nanti pasti rahsianya akan terbongkar juga.

"Saya tak tahu macam mana nak mulakan semua ni. Tapi percayalah cakap saya. Saya tetap sayangkan awak Haera." Kata Seokjin kemudian meraih tangan Haera. Haera menepis tangan Seokjin.

"Jangan sentuh saya, saya cakap!"jerit Haera dan menjegilkan biji matanya memberi amaran.

"Saya tak sangka, Seokjin. Awak yang cari saya dan awak juga yang buang saya..."ucap Haera perlahan kemudian menunduk menahan sebak didada.

"Saya tak buang awak sayang.. Saya tak akan buang awak. Awak yang pertama dalam hidup saya." Seokjin membela diri.

"Ya. Saya yang pertama. Tapi saya bukan yang terakhir juga. Siapa dia Seokjin? Kenapa awak duakan saya? Kenapa awak perlu curang belakang saya?" tanya Haera yang kini menghadapnya.

Seokjin memandang dengan perasaan yang berbagai. Susungguhnya dia sayangkan isterinya. Cuma dia sendiri tidak faham kenapa dengan dirinya sekarang ini.

"Seronok ke dapat menyundal dengan dia?" pertanyaan kasar Haera membuatkan Seokjin berangin.

"Awak jaga sikit kata-kata awak Haera. Saya ni suami awak!" tegas suara Seokjin memberi amaran pada Haera.

Haera tersenyum sinis.

"Suami? Awak sedar awak ada isteri? Dah tu kenapa awak masih lagi perkara terkutuk tu dengan dia?!" tanya Haera dengan geram.

Ppangg!

Terduduk Haera dilempang oleh Seokjin. Sungguh Haera takut sangat keadaan ini. Benda yang paling dia takutkan di alam perkahwinan terjadi disaat ini. Terdiam Haera.

"Kau jangan naikkan darah aku Yun Haera. Nahas kau aku kerjakan kejap lagi." Turun naik dada Seokjin apabila dituduh oleh isterinya sebegitu. Seokjin memusingkan badannya kearah lain cuba mengawal marahnya.

Seokjin pusing kembali memandang Haera yang diam tak berkutik selepas dia melempang isterinya tadi. Risau pula dia. Kemudian dia merapati isterinya.

Haera yang perasan Seokjin merapati isterinya pantas bangun dan menjauhkan diri dari Seokjin dengan menggigil. Kakinya turut bergetar. Dia terlalu takutkan Seokjin ketika ini.

"Sa..sa..saya..tahu.." suara Haera kedengaran bergetar. Seokjin mula tidak sedap hati. Dia tahu fobia isterinya kembali lagi. Seokjin meraup wajahnya kemudian menghampiri Haera yang semkin mengundur.

"Saya tahu. Sa..saya tak per..nah tunaikan.. seperti is..teri orang lain lakukan. Heukk!" tersedu Haera dalam gigil.

"Sa..sa..saya minta maaf. Sa..saya tak sempurna. Heukk! To..tolong..lepaskan saya.." habis sahaja dia berkata begitu dia juga turut jatuh ke lantai bersama tangisan.

Seokjin meraup wajahnya bersama linangan air mata. Sungguh dia menyesal mengasari wanita itu.

"Tak. Saya tak akan lepaskan awak sayang walau nyawa saya terpisah dari badan." Akhirnya Seokjin bersuara selepas diam seketika diantara mereka.

"Tolong, Seokjin. Sa..saya takut.. Lepaskan saya.." semakin sayu dan bersalah Seokjin rasakan sekarang. Terus dia menghampiri Haera dan memeluk Haera.

"Saya minta maaf sebab sakitkan awak dan saya minta maaf sebab saya takkan lepaskan awak walau apa jadi sekalipun" kemudian dia mencium ubun-ubun Haera dan kemudian menggambil kunci keretanya dan meninggalkan rumah itu.

"Awak kejam Seokjin"kata Haera dalam tangisan.    

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now