46

1K 94 9
                                    

Namjoon menutup pintu rumahnya. Lelah penat dilepaskan kemudian kakinya menuju ke arah sofa di bahagian tengah rumah besarnya.

Namjoon mengurut pelipisnya. Sungguh banyak benda yang berlaku sekarang ini.

Ara masih tak sedarkan diri. Haera hilang ingatan. Dia dapat rasakan bebanan yang kuat Taehyung dan Seokjin alami sekarang ini.

Il Pal! Il Sam! Sampal! Ddaeng!!~

Telefon Namjoon berdering menandakan seseorang sedang menelefonnya.

Tanpa melihat siapa yang menelefon, laju Namjoon menjawab. Takut jikalau Taehyung mahupun Seokjin yang menelefonnya.

"Hello?" tegur Namjoon

"Joon, this is me. Jiwoo" suara perempuan dicorong telefon kedengaran.

Namjoon menjarakkan sedikit telefon daripada telinganya ingin melihat nama si pemanggil.

'Kakak Kuda'

Namjoon kembali merapatkan telefon pada telinganya.

"Hm nak apa?" tanya Namjoon tak berminat.

"I know you tak suka I. Me too. But please listen first kalau you taknak kita kahwin."

Ayat terakhir Jiwoo menarik minat Namjoon.

"Okay, what is it?"

"Good. I'm going to Japan soon. Because of business matter and I know you have problems needs to handle on. So, I rasa ni peluang yang sesuai untuk kita lepaskan diri."

Namjoon tertarik dengan kenyataan dari Jiwoo. Sungguh. Dia tidak mahu berkahwin lagi buat masa sekarang ini. Lagi pula dengan kakak si Kuda tu. Kakak kawannya sendiri.

"Okay. But how? You tahukan family kita takkan dengar apa-apa alasan sekalipun."

Jiwoo dihujung talian terdiam sekejap.

"Okay macam ni. You free ke sekarang. Can we meet for awhile? I know you busy. Don't worry. I takkan ambil masa you lama."

Namjoon merenung jam tangannya.

4.45 petang.

Namjoon berfikir lebih baik dia setuju sahaja. Sekejap lagi ibu dan ayahnya akan pulang. Namjoon sebolehnya mahu mengelak dari mereka. Ada sahaja soalan maut dari mereka.

"Okay see you at Coffee Bean around 5."

"Great. See you there. Bye"

Tamat sahaja panggilan Namjoon tak tunggu lama. Dia terus keluar dari rumah semula dan masuk ke dalam keretanya lalu menghidupkan enjin kemudian bergerak ke destinasi yang dijanjikan bersama Jiwoo tadi.

"Tolonglah! Bila aku nak hidup dengan aman ni?"

Usai menghabiskan ayatnya, kaki Namjoon menekan pedal minyak dengan kuat.

*****

"Berita baik dia adalah Haera selamat dan berita buruk dia adalah Haera hilang ingatan.

Kami masih tak tahu lagi sebanyak mana ingatannya hilang. Doalah moga ingatannya pada kau masih ada. Kalau tidak mungkin mudah kau nak tackle dia tapi juga mungkin susah.

Goodluck bro!"

Terngiang-ngiang suara Yoongi tempoh hari. Seokjin masih setia berada di sebelah Haera.

Ibu Haera dan ahli keluarga Seokjin sudah lama pulang ke rumah. Mereka hanya meminta Seokjin supaya memberitahu perkembangan Haera jika mereka tiada menemani Haera.

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now