52

899 92 0
                                    

"Biy. Em. Nak tak kalau kita lawat Ara?" Tanya Haera pada suaminya yang baru sahaja masuk ke dalam bilik tidur mereka.

Seokjin membuka kaca matanya lalu meletakkannya di atas night stand disebelah katilnya.

"Lawat Ara? Kenapa tiba-tiba ni?" Perlahan Seokjin mendaki katil lalu menyelinap masuk ke dalam selimut. Badan Haera ditarik ke dalam pelukannya. Ubun-ubun Haera dicium kejap sambil menanti jawapan isterinya.

"Entah. I just feel something. Dari dua-dua kawan kita, kita tak dengar khabar." Haera membetulkan kedudukan badannya yang ditarik oleh sang suami.

"Itulah. Taehyung diam. Ara pun diam. We need to do something." Haera merenung ke dalam anak mata suaminya. Dia tahu betapa sayangnya suaminya pada kawan-kawannya. Mereka dah macam adik beradik. Sakit Taehyung, sakit juga Seokjin. Walaupun ingatannya terhadap suaminya dan juga kawan-kawan suaminya masih pudar tetapi dia dapat lihat di dalam mata suaminya penuh dengan kasih sayang yang melimpah terhadap kawan-kawannya.

Haera mengangguk kemudian menyembamkan wajah pada dada suaminya.

"Okay biy. Nanti kita pergi tengok mereka." Haera memeluk kejap badan suaminya.

*****

Ara tak betah lagi tinggal di rumah ini sendirian. Hidupnya terumbang ambing tanpa suaminya disisi. Dia mula menyesal dengan sikapnya terhadap Taehyung. Dia menyesal kerana tidak percayakan Taehyung sedangkan dahulu apa sahaja yang Taehyung lakukan dia terima sahaja.

Badan lesunya yang masih rebah di atas sofa merenung gambar Taehyung didalam bingkai yang diletaknya di atas meja dihadapannya.

"Tae. Saya silap. Saya rindukan awak."

Sedang Ara termenung memikirkan kisah hidupnya, loceng rumah kedengaran. Dengan malas Ara bangun menuju ke interkom pintu ingin melihat siapa yang datang.

"Hi Ara. This is me Haera. Awak ada kat dalam ke?" Suara Haera kedengaran dicorong interkom pintu itu.

Ara mengeluh. Dia tidak mahukan simpati sesiapa tapi dia juga tidak mahu  tetamunya dibiar begitu sahaja. Lambat-lambat Ara membuka pintu rumahnya.

"Hi. Jemputlah masuk."

Terkaku Haera dihadapan pintu rumah itu. Bukan apa. Dia terkejut melihat Ara yang sudah tidak seperti orang. Rambutnya berserabai, baju tidak terurus itu membuatkan Haera jatuh sedih melihatnya.

Ara merenung Haera yang masih berdiri kaku dihadapan pintu kemudian merenung dirinya.

"Oh maaf Haera. Saya tak berapa sihat sikit. Marilah masuk. Maaf. Rumah saya bersepah sikit."

Perlahan-laham Haera masuk ke dalam. Tangannya laju mengeluarkan iPhone miliknya dari beg ingin menghantar pesanan kepada Seokjin yang menunggu diluar.


Biy 💘

Me
Biy. Jangan masuk. I teman Ara.
You pergilah jumpa Taehyung.
I settlekan Ara dulu.

Biy 💘
Okay sayang.
Take care.
Dah siap text me.

Me
Okay biy.
You too take care.

Siap sahaja menghantar pesanan pada suaminya Haera mengalihkan pandangannya pada Ara yang sedang mengemas rumahnya dengan langkah perlahan.

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now