14

1.1K 110 14
                                    

Rumah Taehyung

"I nak keluar. I balik lambat. Tak payah tunggu."

"Weekend pun awak takda kat rumah?"

"You peduli apa? You duduk je la rumah diam diam."

"Hm saya bosan. Hari-hari saya duduk rumah. Saya ingat nak ajak awak keluar hari ni. Kita pergi berkelah nak?"

Taehyung yang sedang menyisir rambutnya dihadapan cermin didalam bilik tidur mereka membuat senyuman sinis.

"Berkelah? Jangan buat lawak."

"Saya tak buat lawak la. Jom la Taehyung. Saya bosan la."

Ara berjalan menghampiri Taehyung dan meraih lengan Taehyung. Taehyung segera menepis dan bergerak jauh sedikit dari isterinya.

"Heyy. Jangan buat aku naik angin pagi-pagi ni eh! Sedar sikit diri tu. Nak berkelah konon. Kau ingat aku nak ke hadap muka kau sepanjang hari kat sana nanti. Jangan berangan!"

Ara memegang meja solek yang ada disebelahnya untuk menampung badannya hampir rebah. Dia penat. Penat dengan caci maki dari suaminya.

"Awak. Kenapa awak macam ni? Saya cuba jadi isteri yang terbaik untuk awak."

"Terbaik? Eh penatlah aku nak ulang banyak kali. Kalau terbaik kau tak menyundal la sebelum kau kahwin. Dah menyundal dengan jantan entah mana mana kau goda aku pulak. Sebab apa? Sebab jantan tu taknak kat kau kan?!"

"Ya Tuhan! Taehyung! Berapa kali saya nak cakap? Saya dirogol!!"

"Dah la. Perempuan. Semua sama. Lepas dah rosak senang je cakap saya dirogol saya diperkosa. Huh!"

Taehyung mencebik melihat isterinya yang diam tunduk kebawah itu.

"Dah la. Tak kuasa aku nak hadap muka kau. Kau ingat eh! Kau berani keluar rumah. Kau siap!"

Taehyung terus keluar dari bilik tidur mereka dan menghempas kuat pintu bilik itu.

"Taehyung. Awak kejam. Mana janji awak? Mana janji awak nak terima kekurangan saya sebelum ni?"

Akhirnya jatuh ke lantai juga Ara pada pagi ini. Kakinya tidak mampu untuk berdiri lagi. Tersedu sedu dia menangis akan nasibnya.

*****

Coffee House

Dari jauh Taehyung dah nampak sahabatnya, Seokjin dan Namjoon sedang berborak. Segera dia mempercepatkan langkahnya.

"Bro.. Janji pukul 10 ni dah pukul 11. Apa n?"

Namjoon menegur Taehyung yang baru sahaja melabuhkan punggung disebelahnya. Seokjin memandang sahaja gelagat mereka.

"Hehe. Sorry la. Betina tu buat drama pulak tadi."

"Apahal ni? Ara buat apa pulak?"

"Dia ajak aku pergi berkelah. Huh! Dah gila kot"

"Bukan dia yang gila. Kau yang gila. Bini lawa ditinggalkan kat rumah. Kalau akulah.. Tak keluar rumah pon takpelah" Namjoon ketawa membayangkan yang bukan bukan.

"Cehh! Sorry. Tu kalau kau la. Aku memang tak akan. Tak tenang aku duduk dalam rumah tu lama lama dengan dia."

"Kau ni tak baik tau buat dia macam tu" Seokjin cuba memujuk Taehyung agar tidak berkasar dengan Ara.

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now