04

1.2K 149 5
                                    

Seokjin melangkah menuju ke lif. Dia sudah terlambat untuk acara hari ini. Segera dia mempercepatkan langkahnya dan masuk ke dalam lif apabila lif terbuka.

"Sekejap! Saya nak masuk lif juga!."

Baru dia ingin menekan butang lif bersimbol 'tutup' kedengaran jeritan seseorang dari luar. Segera dia menekan butang 'buka'.

Terpacul seorang gadis dengan wajah yang sangat kecil. Sangka Seokjin mungkin muka gadis itu hanya sebesar CD. Sangat kecil.

Gadis itu tidak menoleh langsung memandangnya. Maka dia mengambil langkah hanya mendiamkan diri disuatu sudut.

Hanya mereka berdua sahaja berada di dalam lif itu. Seokjin melihat ke arah jam di pergelangan tangannya.

9.55 a.m.

Tiba tiba lif itu bergegar. Kebelakang sedikit badan Seokjin. Seokjin menoleh memandang gadis tadi. Gadis tadi juga turut terkejut dengan situasi itu.

Lif terhenti. Begitu juga lampu di dalam lif itu terpadam. Kotak kek jatuh dari pegangan gadis tadi. Gadis itu sangat ketakutan. Menggigil badannya.

Haera terjatuh. Dia sangat takutkan gelap. Dia boleh pengsan kalau berada dalam keadaan yang gelap. Dia meraba raba dinding lif itu untuk mencapai sesuatu.

"To..tolong.."

Seokjin yang tengah menaip sesuatu di telefonnya menoleh ke arah gadis tadi. Terkejut juga dia melihat gadis itu sudah terduduk di atas lantai lif. Dia merapati gadis itu. Terdengar seperti gadis itu mengatakan sesuatu.

Seokjin membuka lampu dari telefonnya. Keadaan yang gelap tadi terus terang. Haera terus memandanf ke arah cahaya yang terang itu. Dia menoleh ke sebelahnya. Dia tak dapat lihat wajah disebelahnya disebabkan cahaya yang silau itu.

Seokjin jauhkan telefon dari muka perempuan itu. Terkejut dia apabila melihat perempuan itu menangis.

Dia nangis? Takut sangat ke dia ni?

"Cik.. Cik tak apa apa ke?"

Haera seperti terkena renjatan elektrik apabila lelaki disebelahnya meletakkan tangan dibahunya. Terangkat bahunya akibat terkejut.

"Err maaf. Saya cuma nak pastikan cik okay. Saya tak ada niat lain."

Haera masih lagi mendiamkan diri. Melihat kebisuan Haera itu Seokjin kembali berdiri. Dia kembali menaip di telefonnya.

Panggilan di buat oleh Seokjin dari telefonnya.

......

" Hello. Bro, tolong aku weh. Aku tersangkut dekat lif tengah. Aku tak tahu aku stuck kat tingkat berapa sebab lif mati."

......

"Ohh macam tu ke? Okay okay aku try. "

.....

"Okay aku tunggu kau juga. Aku rasa lif aku tak naik tinggi lagi sebab lepas lif gerak. Tak lama lepas tu lif mati"

.....

"Okay bro okay. Aku try dulu."

Selepas menamatkan talian dengan Namjoon, Seokjin meletakkan telefonnya di bawah dan memancar cahaya keatas kemudian dia membuka coat yang dipakainya dan melipat lengan tangan baju kemejanya keatas.

Haera memerhati tingkah laku lelaki disebelahnya. Apabila melihat lelaki itu membuka bajunya semakin dia takut. Dia mengundur ke belakang kerana takutkan lelaki itu.

Terdetik dalam hati dia kerana menyesal tidak membawa penyembur beracun di dalam bag silangnya.

Seokjin menoleh pada gadis yang mengundur ke belakang itu.

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now