09

1K 137 8
                                    

Dalam masa seminggu itu Haera cuba memikirkan kata kata emaknya. Dia tak mahu melukakan hati emaknya. Hanya itu la satu satunya orang yang dia ada di dunia ini.

Tak kurang juga masalahnya dibebani oleh makhluk lagi seorang ini. Hampir setiap hari dia datang ke kedainya menunjuk muka.

Ya. Dia tak kacau Haera pun. Tapi cukuplah dengan kehadiarannya sahaja dah buat Haera berdebar. Walupun hanya datang untuk minum petang ataupun berjumpa dengan client. Tetapi sudah cukup buat Haera sesak nafas.

Seokjin cuba juga sesekali menanyakan soalan yang sama pada Haera setiap kali dia membuat pembayaran dikaunter. Tetapi langsung tidak dilayan Haera. Hatinya semakin kuat Haera menolak semakin sayang dia rasakan.

Setiap hari Seokjin berlalu dengan muka sedih. Masuk dengan wajah gembira. Pulang dengan bermuka sedih. Serba salah juga dibuat Haera.

Emaknya juga sesekali ada juga bertanya tentang perbualan mereka tempoh hari. Haera masih lagi tidak memberi jawapan.

Seminggu berlalu akhirnya Haera sudah memutuskan jawapan. Dia harus berani berdepan dengan masalahnya. Sampai bila harus melarikan diri dari masalahnya yang takutkan lelaki ini.

*****

Keesokkannya Seokjin datang seperti biasa setiap hari. Cuma kali ni dia datang sewaktu kedai hampir tutup. Ternanti nanti juga Haera akan kehadirannya.

"Haaa tunggu saya eh?"

Gurau Seokjin. Mendengar sahaja suara lelaki itu sudah cukuo buat jantung Haera berdebar.

"Eee masa bila. Perasan!"

"Eleh taknak mengaku"

"Eh tak okayyy. Btw kedai dah tutup. Awak boleh balik."

"Saya datang taknak makan taknak minum. Saya nak jumpa awak."

Seokjin senyum memandang Haera selepas berkata sedemikian. Haera tersentuh dengan kata katanya.

Lama mereka bertatapan hinggalah penyapu yang dipegang Haera jatuh ke lantai membuatkan mereka berdua terkejut. Ketawa mereka berdua apabila dikejutkan dengan bunyi penyapu itu.

"Saya datang nak bagi tahu. Lepas ni. Mungkin saya dah tak akan jumpa awak lagi. Jadi awak jangan lah risau. Saya tak akan kacau awak dah."

Haera terkejut dengan apa yang Seokjin sampai kan.

"A..awak nak pergi mana?"

"Eh eh. Risau ke? Hahaha. Saya nak pergi jauh.."

Diakhir kata Seokjin senyum paksa. Haera perasan senyuman itu. Ia membuatkan Haera lagi serba salah dan juga mula berasa  sedih.

"Saya harap. Awak hidup bahagia disamping orang yang awak sayang. Walaupun mungkin kita tak bersama di dunia. Tapi saya yakin saya boleh berjumpa awak di syurga"

Sekali lagi Seokjin senyum terpaksa. Dia menahan hatinya. Kelihatan air mata ditubir mata Haera. Cepat cepat dia menyeka.

"Baguslah. Takdalah saya stress setiap hari nak hadap awak"

Bukan itu sebenarnya yang dia nak sampaikan. Tapi mulutnya laju berkata sedemikian. Seokjin hanya melemparkan senyuman manis padanya.

"Takpelah macam tu. Saya datang nak sampaikan ini je. Saya balik dulu. Jaga diri. Jaga hati."

Seokjin memegang kepala Haera lalu menggosok kepala Haera lalu berpusing meninggalkan gadis itu.

Pergi sahaja Seokjin Haera melorot jatuh  ke lantai. Air mata kembali mengalir di pipi. Entah kenapa dia rasa sangat sakit ketika itu. Sakit di dada yang tak dapat dia katakan.

Puan Yun yang berdiri di pintu dapur itu memerhatikan anaknya. Senyuman terukir di bibir. Lalu Puan Yun merapati anaknya.

"Ingat apa eomma cakap hari tu? Jangan sia siakam orang yang ada disekeliling kita. Jangan abaikan perasaan kita yang sebenar."

Haera berpusing menoleh ke emaknya bersama air mata.

"Tapi.. Haera sayangkan eomma. Haera taknak eomma kecewa dengan pilihan Haera."

"Haera. Kan eomma dah cakap. Pilihan Haera eomma akan terima sahaja. Asalkan Haera bahagia."

Haera memandang eommanya. Eommanya menarik tangannya dan menepuk bahunya.

"Eomma rasa dia tak pergi jauh lagi. Pergilah."

Haera yang faham dengan apa eomma cakap terus mencabut apronnya dan mencampaknya ke atas meja dan berlari ke arah pintu. Di luar dia mencari kereta milik Seokjin.

Nampak sahaja kereta milik lelaki itu segera dia ke sana. Tetapi hampa. Kereta itu kosong.

Dia memandang kiri dan kanan mencari Seokjin tapi sekali lagi dia mengeluh. Dia menunduk ke bawah merenung kakinya.

"Kenapa awak cari saya?"

Haera segera menoleh ke belakang apabila mendengar suara yang sangat dia kenali. Haera tersenyum dengan air mata di pipi.

"Sa..saya.. saya terima awak. Saya nak hidup dengan awak sebagai suri hati awak"

Dengan yakin dia berkata.

"Tapi.. Saya taknak awak.."

Terhenti senyuman Haera di wajahnya. Jantungnya seakan terhenti juga.

Kenapa? Cepatnya awak berubah Seokjin atau awak hanya nak mainkan saya sahaja?...

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now