32

873 97 3
                                    

"Weh termenung apa?" tanya Namjoon melihat Taehyung termenung dengan bibir dijuihkan.

"Menungkan nasib. Apahal korang habiskan air aku?" tanya Taehyung lalu memegang cawanya dan melihat isi di dalam. 'kosong? Hm'

"Air je pun. Sabar jap aku gi order baru. Kau Yoongi. Nak air apa?" Namjoon mengeluarkan dompet dari poket belakang seluarnya.

"Air Luv You..." balas Yoongi dengan menunjukkan mini love pada Namjoon. Namjoon kemudian menunjukkan penumbuknya lalu pergi dari situ. Yoongi yang melihat Namjoon pergi begitu sahaja terus melaungkan kuat suaranya meminta airnya dibelikan sekali.

"Americano Ice weh!" jeritnya kuat. Namjoon tidak memandang Yoongi tetapi menunjukkan ibu jari pada Yoongi. Yoongi menghadap kembali kehadapan melihat Taehyung.

Taehyung mengeluh lalu meletakkan telefonnya atas meja.

"Haa apa benda. Ceritalah cepat." Asak Yoongi. Taehyung menunjukkan cawan yang dibawa bersamanya tadi.

"Cawan apa ni? Cawan siapa? Serbuk apa dalam cawan ni?" bertubi soalan ditanya Yoongi. Balasan yang Taehyung berikan hanya mengangkat bahu menandakan dia tidak tahu juga.

"Cawan tu Jin punya. Pagi tadi dia minum air yang setiausaha dia buat. Aku datang bilik dia..." belum sempat Taehyung nak habiskan ayat dia Namjoon datang membawa bersama 3 cup air.

"Nah. Okay cerita semula. Aku nak dengar." Suruh Namjoon. Taehyung membuat muka meluat lalu memutar bola mata ke atas tanda menyampah.

"Okay dengar. Aku malas nak ulang." Terus Taehyung cerita kembali apa yang jadi di pejabat tadi sehingga di rumah Seokjin.

Selepas mendengar cerita Taehyung, Namjoon mengeluarkan telefonnya dari poket seluar. "Okay, alang-alang kau bukak topik si Saera. Aku pun ada benda nak tunjuk. Pagi tadi aku datang pejabat lepas Jin sampai. Aku Nampak Jin macam serabut aku malas nak ambil tahu. So aku nak masuk bilik aku. Tapi tiba-tiba aku dengar Saera cakap sorang-sorang. Aku pandanglah belakang balik. Then..." Namjoon berhenti bercakap, dia menyisip sedikit coffeenya.

Taehyung masih menanti cerita Namjoon. Yoongi bersandar kebelakang menunggu Namjoon menyambung.

"Then.. aku follow dia pergi pantry. And guess what?" tanya Namjoon. Yoongi dan Taehyung hanya menggangkat kening tanda ingin tahu selanjutnya. Namjon tak balas pertanyaan mereka tetapi terus membuka satu video yang dirakamnya pagi tadi semasa di mengikuti langkah Saera ke pantry.

Taehyung dan Yoongi asyik melihat video itu sementara Namjoon melilau matanya memandang sekeliling. Tiba-tiba dia ternampak seorang wanita yang dia kenali bersama..seorang kank-kanak kecil.

"Wehh..wehh serbuk apa dia letak tu?" tanya Yoongi sekaligus menarik Namjoon melihat video itu juga.

Namjoon terus melihat kembali video itu. "Aku pun tak sure. Tapi aku dapat rasa air yang dia buat ni ada kena mengena dengan Seokjin sakit pagi ni" balas Namjoon.

Taehyung bersandar kembali. "Aku pun ada benda nak tunjuk ni. Benda ni dah lama aku simpan. Aku ingat aku salah orang. Tapi takkan la salah kut." Taehyung terus membuka video yang juga dirakam sewaktu dia keluar makan bersama isteriny, Ara dahulu.

Teringat pasal Ara, tak senang duduk Taehyung dibuatnya.

"Weh video ni bila punya? Asal Jin macam ada apa-apa je dengan perempuan ni?" tanya Namjoon curiga. Yoongi masih lagi mendiamkan diri memikirkan bagaimana dia mahu menolong masalah mereka ini.

"Sebulan yang lepas? Or maybe 2 atau 3 bulan yang lepas?" balas Taehyung.

"Okay. Memandangkan masalah ni macam takda kaitan dengan aku. Aku tak tahu nak buat apa. Tapi aku rasa perempuan ni main 'benda kotor'. Korang kena siasat dengan yang pakar dalam alam ghaib ni" kata Yoongi tiba-tiba.

"Benda kotor? Maksud kau?" tanya Namjoon tak faham dengan apa yang Yoongi jelaskan.

"Okay. Benda mungkin agak kolot bagi korang,.Tapi, aku sebagai doctor kat sini nak cakap. Kes macam Jin ni, pernah aku alami. I mean bukan aku lah yang kena 'benda kotor' ni. Tapi pesakit aku. Ingatkan sakit dalaman, rupanya dibuat orang" terang Yoongi.

Namjoon dan Taehyung masih lagi tak faham dengan apa yang Yoongi terangkan.

"Weh aku still tak faham" kata Taehyung. Namjoon juga mengganguk setuju.

Yoongi mengeluh perlahan. "Kawan korang, Jin mungkin kena gangguan halus yang perempuan ni gunakan pada Jin. Faham?"

Terkedu Namjoon dan Taehyung mendengarnya. Dalam otak mereka tak lain tak bukan yang mereka fikirkan sekarang ni.

Haera.    

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now