05

1.2K 156 15
                                    

Sewaktu Seokjin menanyakan soalan itu pada Haera kedengaran bising bising diluar. Seraya mematikan pandangan mereka tadi.

Mereka mula bangun apabila pintu lif sudah dibuka dari luar.

"Maafkan kami Encik Jin. Kami tak sangka perkara begini berlaku sekali lagi dan terkena pada Encik Jin pula. Maafkan kami.

Pekerja maintenance yang datang membantu membuka lif tadi berkali kali mengucapkan kata maaf.

"Tak apalah. Saya okay je. Cuma bahaya kalau kena pada client atau juga pekerja yang lain. Lagi lagi perempuan."

Sewaktu Seokjin berkata perempuan dia menoleh memandang Haera disebelahnya. Senyuman diberikan pada Haera.

" Weh bro. Kau okay tak? Weh risau aku. Ada jadi apa apa tak?"

Tercungap cungap Namjoon datang dengan Taehyung mendapatkannya.

"Weh rileklah. Aku okay la. Takda apa jadi pun."

Seokjin cuba menenangkan kawan kawannya dengan ketawa melihat kawan kawannya yang masih penat berlari.

Haera mula berasa janggal berada di situ. Kemudian dia meminta diri pada Seokjin.

"Em Encik Seokjin, saya minta diri dulu. Terima kasih sebab tolong saya"

"Oh? Awak nak pergi dah? Awak taknak naik dulu join party kami?"

"Ahh tak apalah. Saya pon dah macam ni takkan nak pergi party pulak kan? Haha"

"Ahh macam tu. Tak apa lah. Lain kali kita jumpa."

"Err o..okay. Ahh pasal kek ni. Nanti saya bayar ganti rugi."

"Eh tak apa. Dont worry about the cake. Salah kami."

"Err tak boleh. Saya tetap rasa serba salah jugak. Saya akan bayar juga. Nanti saya contact kawan awak semula"

Habis sahaja Haera berkata dia menjeling sedikit kawan kawan Seokjin. Kawan kawannya hanya menayang sengih padanya.

"Kalau awak cakap macam tu. Okay lah"

"Okay. Saya pergi dulu. Terima kasih"

Habis sahaja meminta izin, Haera pantas meninggalkan tempat itu.

Seokjin memerhati sahaja pemergian Haera dari belakang. Tak lepas matanya Memandang Haera. Hingga hilang bayangan pon masih lagi merenung.

"Wei wei. Dah hilang dah pun bayang. Kau pandang apa lagi?"

Celah Namjoon yang juga mencari cari kelibat gadis tadi.

"Aku dah jumpa calon menantu yang mak aku nak"

Tiba tiba sahaja Seokjin berkata sebegitu. Namjoon dan Taehyung terkejut mendengarnya. Seperti kera tercekik biji buah sahaja muka mereka. Lagi lahi Taehyung. Nak terkeluar biji matanya.

"Kau dah buat apa haa bro dengan dia tadi kat dalam? Sampai kau angau macam ni"

Taehyung menyiku perut Seokjin. Tertunduk Seokjin dibuatnya.

"Buat mendanya. Jadi hero la. Tapi sayang. Tak jadi. Alihnya dia yang jadi hero."

"Dia yang jadi hero? Wow? Dia buat apa kat kau tu?"

Seokjin hanya diam tidak membalas. Dia memandang kipas tangan yang ada di pegangannya.

'Aku kena buat sesuatu. Aku kena dapatkan dia tak kira apa juga. Dia yang selayaknya jadi isteri aku.'

*****

Seminggu sudah berlalu semenjak dari hari kes lif hari itu. Duit pulangan pun Haera telah kembalikan. Bukan dia yang pulangkan. Dia menyuruh pekerjanya yang pulangkan. Dia tak mahu lagi berjumpa dengan lelaki hari itu lagi. Entah mengapa dia seakan terhanyut dibuai apabila melihat lelaki itu.

'Mungkin sebab kau handsome kot'

Hari ini bakery Haera tak ramai pelangan yang datang jadi sebab itulah dia boleh mengelamun dari tadi.

Tiba tiba pintu dari luar ditolak.

Klink klink~

"Selamat datang!"

Pelanggan itu menghampiri Haera.

"Ye boleh saya bantu. Encik nak buat pesanan apa?"

"Saya nak order awak jadi suri hati saya boleh?"

Haera terkejut mendengar suara itu. Suara yang sedaya upaya dia cuba buang dari ingatan dalam masa seminggu ini. Dia menoleh melihat pelangan dihadapannya.

"A..aw..awak?"

Seokjin tersenyum manis melihat Haera yang seakan terkejut itu.

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now