20

867 100 26
                                    

2 minggu kemudian

"Hari ni saya balik lambat. Jangan tunggu."- Oppa 💖

"Em balik lambat lagi? Kenapa bagi tahu lambat? Baru nak ajak makan luar. Hm kena masak sendiri la ni. Hm salah aku jugak tak cakap awal awal kat dia"

Haera meletakkan kembali telefonnya di atas meja lalu ke dapur untuk memasak sedikit makanan untuk dirinya. Bernyanyi riang dia ke dapur.

*****

"Sarah. Kenapa makin hari saya tengok awak makin cantik ya?" Seokjin menyisip sedikit minumannya selepas berkata begitu. Tertunduk malu Sarah dibuatnya.

"Apa awak ni. Mana adalah. Biasa je." Sambil berkata begitu dia bermain dengan jari lelaki dihadapannya. Seokjin hanya membiarkan sahaja. Dia suka apabila diperlakukan sebegitu. Rasa seperti Sarah ini manja dengannya.

2 minggu berlalu. 2 minggu juga Seokjin kerap pulang lewat hanya kerana ingin meluangkan masa bersama Sarah.

Di pejabat dia melayan Sarah sebagai salah seorang pekerja dia sahaja. Tapi apabila diluar ditukar semuanya. Daripada bos bertukar kepada teman tapi mesra. Dia suka hidupnya begini. Dia lupa yang dia punya isteri dirumah.

Tetapi apabila pulang ke rumah. Dia langsung tidak menyakiti hati isterinya. Seokjin melayan Haera bagai tiada apa yang berlaku diluar rumah. Dia yakin Haera takkan dapat mensyaki kelakuannya diluar rumah kerana tiada sesiapa tahu hubungannya dengan Sarah diluar.

Tapi malam ini dia silap langkah. Disebabkan Sarah mengajaknya makan dikawasan terbuka yang mungkin juga boleh dilihat oleh orang ramai dia ikutkan sahaja kemahuan gadis itu.

Dalam dia alpa bersama gadis manis dihadapannya, Taehyung yang kebetulan lalu disitu bersama Ara yang baru selesai keluar makan malam bersama terkejut dengan apa yang dilihatnya.

Taehyung menarik Ara menuju ke kawasan tersorok sedikit. Dia ingin melihat lagi sama ada benar atau tidak apa yang dia lihat sekarang ini.

"Tae. Sakit! Kenapa ni?" Ara mencuba melepaskan cengkaman tangan suaminya yang kuat itu.

"Diam!" Dengar sahaja suara serius Taehyung, Ara mendiamkan diri. Sakit di pergelangan tangan yang masih dipegang oleh sang suami dia abaikan. Bagai nak terkeluar air matanya menahan sakit di tangan.

"Shit!"

Semakin kuat Taehyung mencengkam tangan Ara apabila melihat insiden dihadapan matanya. Tangan sebelah Ara yang bebas dia menyentug sedikit bahu suaminya menunjukkan yang dia sedang sakit. Satu suara pun tidak keluar dari mulutnya.

Taehyung menoleh ke sebelahnya dengan pandangan membara.

"Apa?!"

"Sa-sakit" Ara menunduk ke bawah sesudah cakap.

Taehyung yang baru tersedar segera melepaskan tangan Ara dan mengundur sedikit. Lalu dia berlalu meninggalkan Ara sendirian disitu. Laju dia menuju ke kereta.

Ara mengejar dari belakang sambil memegang tangannya yang sedikit merah.

"Apalah nasib aku ni? Hm"

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now