I

14.2K 459 35
                                    

Eclipse melihat pantulan wajahnya di cermin. Seragam yang tersarung ditubuhnya membuatkan dia bangga. Semua yang dia ada sekarang bukan senang dia dapatkan begitu sahaja. Dia perlu menggadai nyawa, darah. Keringat serta masanya. Telefon bimbitnya menyanyikan lagu tanda ada panggilan masuk. Lantas, dia berlari keluar turun ke ruang tamu untuk mengangkat panggilan tersebut. "Ya?"

"Kap, Menteri mengarahkan kapten untuk datang segera."

"Sekejap. Kata kepada beliau dalam 3 minit saya akan sampai di Diamond." Arah Anggun kepada anak buahnya.

"Baik, kap." Panggilan dimatikan.

Telefon bimbitnya diselitkan kedalam beg galasnya. Helmet motor dicapai lalu dia keluar dari rumah. Tidak lupa untuk mengunci pintu supaya tiada siapa yang masuk. Walaupun, sebenarnya possibility untuk orang masuk ke dalam rumah dia adalah 0%.

Kini, motor berkuasa tinggi milik Eclipse meluncuri laju diatas jalan menuju ke bangunan yang dipanggil Diamond. Diamond merupakan bangunan yang mempunyai penjagaan keselamatan tinggi. Serta, bangunan itu jugalah yang menjadi pusat utama barisan menteri Casuweth Empire. Berdekatan Diamond ada lagi satu bangunan yang bergelar Sapphire yang hanya dihuni para-para keturunan raja dalam menguruskan isu negara.

Motor berkuasa tinggi miliknya betul-betul berhenti di depan lobi Diamond. Eclipse turun dari motornya. Pihak askar yang mengawal ketat Diamond memberi tabik hormat kepada dia. Kakinya melangkah masuk dalam bilik khas yang menempat ahli kumpulannya.

"Selamat pagi, Kap." Surat khabar yang ada diatas meja dia ambil dan gulung.

Pap!

Pap!

Pap!

Pap!

Pap!

Kelima-lima lelaki menggosok kepala. "Kap apa ni? Sakitlah." Mengadu Wasabi.

"Siapa benarkan korang panggil aku Kap? Kapten. K. A. P. T. E. N."

"Maafkan kami, Kap." Mereka mengendahkan amaran Eclipse. Tapi, menunduk 90 darjah meminta maaf sambil gelak. Tak pernah serius.

"Ini ke perangai Shadow Squad?"

"Macam nilah. Macam mana lagi?" Jawab Sky.

"Malas aku nak cakap dengan korang. Main-main banyak. Menteri suruh kita kawal keadaan sementara semua pihak menteri bermesyuarat."

"Kawal dari bilik CCTV je boleh tak?" Tanya Poppy yang tidak lekang dengan gajet di tangan. 

"Ikutkan aku nak buat macam tu je. Tapi, Menteri suruh kita berenam tayang muka. So, Sky dan Poppy kawal bilik CCTV. Tiger dengan Ripley kawal level 1. Wasabi, aku akan ada di bahagian pintu utama dewan Diamond."

"Baik, Kap." Semua memberi tabik hormat kepada Eclipse. Tanpa melengahkan masa, masing-masing bergerak mengambil tempat bertugas. 

Walaupun, kelima-lima jejaka ini tidak serius dan suka menjawab. Tapi, apabila melibatkan tugas. Mereka akan kembali fokus dan menjalankan tugas sebaik mungkin. Memang pada mulanya, Eclipse agak janggal bertugas dengan kelima-lima lelaki itu. Tahun ini sudah masuk 3 tahun dia memegang Shadow Squad. Semua kes dan tugasan diselesaikan dengan baik. Tidak pernah mengecewakan.

Shadow Squad terdiri daripada Wasabi, Poppy, Sky, Ripley, Tiger dan Eclipse sendiri. Wasabi merupakan ahli yang gedik dan manja. Kadang-kadang dia rasa Wasabi ni macam lelaki tak cukup siap. Tapi, apabila Wasabi memegang senjata memang terserlah kelakian dan kejantanan. 

Poppy pula merupakan ahli Shadow Squad yang memegang tugas sebagai budak IT dan gajet. Lelaki itu pakar dalam hacking. Buktinya adalah Poppy telah membesarkan Casuweth Empire hanya dengan menggodam satu kerajaan. Kerajaan itu telah kehilangan semua maklumat rahsia penting negara. Raja Casuweth tidak melepaskan peluang membuat janji dengan raja kerajaan itu. Jika kerajaan itu inginkan semua maklumat itu semula, mereka perlu menandatangani perjanjian yang mengesahkan kerajaan itu menjadi satu bahagian dalam Casuweth Empire. Memang menang besarlah waktu itu. 

CINGULAMONIAWhere stories live. Discover now