"Tuan putera. Tuanku." Eclipse dan ahli Shadow Squad menunduk hormat melihat dua lelaki yang berpangkat besar itu mendekati mereka.
"Putera Edmund akan ikut misi korang."
"Huh? Huh???!" Eclipse tidak sembunyikan rasa terkejutnya. Kenapa pula tiba-tiba tuan putera itu perlu mengikut dalam misi mereka?
"Tuanku bergurau kan?"
"Tak, Eclipse. Saya serius. Saya harap pasukan yang dihantar untuk misi ini berikan kerjasama kepada anak lelaki saya dan akan melindungi dia dari bahaya."
"Tapi, tuanku tahu kan siapa yang kami perlu cari?"
"Tahu. Jika Pyhton inginkan anak saya biar anak saya sendiri menghadapi dia. Lagipun, Edmund yang menegas untuk ikuti misi ni."
"Can I ask you something, dad?"
"What?"
"Kenapa budak kecil ni ikut sekali misi ni?"
Eclipse berang. Ikutkan hati dia nak sahaja beritahu lelaki itu sekecil-kecil dia skuad rahsia ini dibawah arahan dia. Diharapkan lelaki itu hanya tahu duduk di dalam bilik membaca buku dan menunggang kuda ke padang lapang hari tu.
"Eclipse ni ada bakat. Jangan pandang rendah pada dia, Edmund. Takut nanti dia yang menyelamatkan kamu dari bahaya."
"Yea, apa-apa jelah." Edmund membuat muka bosan.
"Tapi kami semua akan pergi ke Fairy Village naik bike sendiri." Eclipse tahu alasan dia tak munasabah. Tapi, tak apa kan mencuba.
"I got this." Edmund menunjukkan helmet yang ada ditangan dia.
"Bike?"
Edmund mengangkat helemet yang ada diatas seat motorbike itu lalu dia melabuhkan punggung duduk di atas motorbike milik Eclipse. Tercengang Shadow Squad melihat tingkah berani putera raja itu. Tidak pernah dalam kamus hidup Eclipse ada orang berani duduk atas motor dia.
"Come here." Edmund menarik tangan Eclipse. Dia terkejut kerana jarak mereka rapat.
"Good luck untuk misi korang. Edmund jangan lupa laporkan semuanya."
"Baik, ayahanda." Raja Casuwet Empire berlalu pergi sambil diiringi beberapa pengawal tentera.
Edmund menyarungkan helmet di kepala Eclipse. "Naik." Arah tuan putera itu.
"Kita dah lambat ni, Eclipse. Kau tak nak kan kalau kita sampai lewat malam di Fairy Village?" Edmund bersuara apabila gadis itu keras berdiri di depannya.
Eclipse memegang bahu lelaki itu dan memanjat naik atas motorbikenya. Wasabi, Tiger, Ripley, Poppy dan Sky menghidupkan enjin motorbike. Begitu juga dengan tuan putera itu. Selepas beberapa minit, motor Eclipse menyusul dulu di depan mengetuai kelima-lima lain yang belakang. Ada beberapa pengawal tentera Casuweth Empire yang mengikut mereka dari belakang.
"Eclipse, pegang."
"No way." Memang tidaklah dia nak peluk pinggang lelaki itu. Sanggup lagi di pegang besi belakang motor.
Edmund menarik tangan Eclipse agar melilit pinggang dia. Sewaktu gadis itu ingin menarik semula tangan, dia memegang kuat. Satu tangannya mengawal motorbike.
"Ergh!" Eclipse benci tersekat dalam situasi ni.
-----------------------------------------
"Eclipse~"
"Dia tidur, putera Edmund." Beritahu Wasabi. Mereka berlima menyembunyikan senyum melihat ketua mereka sedap tidur berpelukan dengan putera raja Casuweth Empire. Sekali tengok macam patung beruang koala yang tak mahu lepas dari pokok.
YOU ARE READING
CINGULAMONIA
FantasiA STRONG DESIRE TO HOLD A PERSON IN YOUR ARM SINOPSIS KORANG BOLEH BACA BILA KLIK READ. KENAPA TAK TULIS JE DEKAT SINI? SEBAB DIA LEBIH DARIPADA 2000 KARAKTER. SORRY. HOPE KORANG ENJOY TO READ IT. JANGAN LUPA UNTUK TINGGALKAN VOTE DAN KOMEN. ANDA DI...