Eclipse yang tidak boleh tidur merayau-rayau di kawasan istana. Sebelum dia keluar dari bilik tadi, Moon ada menawarkan diri untuk temankan. Tapi, Eclipse menolak kerana dia mahukan masa untuk sendiri.
"Baby..." Dia kenal suara itu. Eclipse dapat lihat dua orang yang dia kenal sedang berpeluk manja. Dia menggosok matanya seolah-olah tidak percaya.
"Yes, honey."
"Dah nak dekat tiga bulan lebih I dekat sini. I penatlah. Nak jumpa you pun kena sorok-sorok."
"Sabar, honey. I ada plan."
"Plan apa?" Muka Edora cerah tidak sabar mendengar rancangan yang direncanakan oleh menteri George. Eclipse mendekatkan jarak dia dengan pasangan itu. Tetapi, dia masih menyorok di belakang tiang.
"You kena pergi ke bilik Edmund esok untuk masukkan cecair ni dalam susu coklat yang biasa dia minum sebelum masuk tidur "
"Kenapa I yang kena buat semua tu? You tahukan Edmund mana pernah bagi I masuk dalam bilik dia. Selama I berada disini, I tak pernah jejak lansung lantai bilik dia." Edora merengek tidak suka. Menteri George meraup rambutnya kebelakang kasar. Tiba-tiba, rasa rimas dengan kekasinya yang muda itu.
"Honey tak sayang baby ke?"
"Janganlah cakap macam tu, baby. I sayang you sangat-sangat tau." Eclipse yang memasang telinga rasa nak muntah melihat pasangan tidak secocok itu. Lansung tak ada ciri-ciri bagai pinang dibelah dua.
"Kalau macam tu, you tolong I."
"Anything for you, baby." Melihat pasangan tidak serasi itu berkucupan memang buat anak tekaknya tidak selesa. Eclipse keluar dari tempat persembunyiannya saat menteri George dan puteri Edora beredar dari situ. Tidak dia sangka menteri George masih memasang idea untuk merapas takhta raja Edmund. Nampaknya dia kena kumpul bukti untuk membuktikan kejahatan lelaki tua tidak sedar diri itu. Nasib baik Eclipse sempat merakamkan perbualan pasangan itu menggunakan telefon pintarnya.
Kini, tahulah dia sebab kenapa perempuan itu mengamuk tidak pasal. Mungkin puteri itu cuba menambahkan lagi kebencian raja Edmund terhadap dia atas arahan menteri George. Bukan dia tidak tahu tentang lelaki tua itu yang tidak boleh melihat dia senang sikit.
############################
Eclipse mencuri-curi masuk ke dalam bilik raja Edmund. Dia dapat tahun yang lelaki itu akan berada di pejabat satu hari ini untuk menguruskan hal-hal kerajaan. Bagi menyelamatkan keadaan, Eclipse mencuri masuk bilik raja itu pada pukul 8 pagi iaitu waktu yang biasa Edmund keluar dari bilik untuk menjalankan tugas.
Dia bercadang untuk memasang kamera tersembunyi menangkap perlakuan jahat Edora yang dirancangkan oleh menteri George. Tiba-tiba, dia dengar ada bunyi pintu dibuka. Alangkah terkejutnya dia melihat Edmund yang hanya bertuala paras pinggang baru sahaja keluar dari bilik mandi. Air masih mengalir ditubuh sasa itu. Seksi. Eclipse yang memanjat tangga terhenti melihat raja muda itu. Dalam hatinya mendoa agar lelaki itu tidak menyedari kewujudan dia di dalam bilik itu walaupun perkara itu mustahil untuk berlaku.
Pandangannya cuba beralih semula ke bahagian almari televisyen besar milik lelaki itu. Tetapi, ada satu makhluk yang membuatkan dia ingin menjerit sebab takut. "Jangan kau datang dekat." Katanya perlahan kepada makhluk itu. Apalah sangat seorang manusia berkata dengan serangga. Maka, terbanglah lipas itu mendarat di atas lengannya. Keluar jeritan dari bibir kecil itu. Eclipse cuba menggoyang-goyangkan tubuhnya agar serangga itu pergi dari tubuhnya. Atas sebab dia tidak stabil tubuhnya diatas tangga tidak seimbang.
Edmund yang baru sahaja keluar dari bilik mandi menoleh apabila mendengar jeritan seseorang yang dia kenal. Melihat tubuh gadis itu tidak stabil, Edmund berjalan mendekati tangga itu. Pantas tindakannya menyambut tubuh Eclipse dari jatuh ke atas lantai. "Eclipse."
ANDA SEDANG MEMBACA
CINGULAMONIA
FantasyA STRONG DESIRE TO HOLD A PERSON IN YOUR ARM SINOPSIS KORANG BOLEH BACA BILA KLIK READ. KENAPA TAK TULIS JE DEKAT SINI? SEBAB DIA LEBIH DARIPADA 2000 KARAKTER. SORRY. HOPE KORANG ENJOY TO READ IT. JANGAN LUPA UNTUK TINGGALKAN VOTE DAN KOMEN. ANDA DI...
