XXXVI

9.1K 452 38
                                    

Eclipse memegang kepalanya yang rasa berat. Dia memandang sekeliling. Ini bukan biliknya tetapi bilik Edmund. Macam mana dia boleh ada dalam bilik raja itu? Sedangkan kali terakhir mereka ada di dalam bilik dia dan Sky juga turut ada sebelum keluar pergi memanggil raja Eslan, puteri Edora dan menteri George. Menteri George! Macam mana dia boleh pengsan saat-saat genting semuanya bakal terbongkar. Memang tak kena pada masa dan tempat betul.

Tekaknya kering. Dia melihat pada meja sisi katil. Ada jag air dan gelas. Eclipse menuang air ke dalam gelas lalu dia meneguk air di dalam gelas itu. Licin. Lega tekaknya. Tiba-tiba, dia rasa tidak sedap perut. Tekaknya juga rasa tidak selesa. Kelam-kabut Eclipse turun dari birai katil menerjah masuk bilik mandi dan mengeluarkan isi perut. Dia terkejut apabila ada tangan yang mengusap belakangnya lembut. Melalui bau, dia kenal siapa yang  berada di belakang dia. "Tuanku." Eclipse bangun membasuh mulutnya di singki dan membasuh muka bagi segar.

"Eclipse." Lelaki itu cuba memeluk tubuh dia seperti ingin memimpin langkahnya. Tapi, dengan cara baik, Eclipse cuba mengelak. "Saya boleh uruskan diri saya sendiri, tuanku."

"Tapi, kau tak sihat."

"Sihat atau tidak sihat saya. Tak ada kena mengena dengan tuanku. Rakyat marhaen seperti saya tak perlukan sikap prihatin daripada tuanku." Sinis kata Eclipse.

Edmund masih cuba mendekati memeluk bahu dia. Tetapi, Eclipse menjeling tajam memberi amaran tidak mahu disentuh. Dia keluar dari bilik mandi sambil diikuti lelaki itu dari belakang. "Menteri George dan puteri Edora dah kena tahan di bilik kurungan bawah tanah."

"Okay."

"Mereka akan dibawa ke muka pengadilan esok."

"Okay." Eclipse berjalan menuju ke pintu ingin keluar dari bilik itu.

"Nak pergi mana?"

"Tuanku, saya nak pergi sana ke. Pergi sini ke. Itu saya punya pasal. Jangan masuk campur, please..." Eclipse membuka pintu tapi tangannya disentuh oleh Edmund. "Apalagi, tuanku?"

"Jumpa doktor."

"Saya tak sakit."

"Please, jumpa doktor."

"Tengoklah. Kalau saya rajin, saya pergi. Kalau tak rajin, saya tak pergi."

"Eclipse!"

"Apa?!" Bengang pula Eclipse bila ditahan-tahan dari tadi. Lepas tu, dipanggil dengan suara tinggi macam tu. Bikin panas hati sahaja.

"Siapa?"

"Siapa apa?" Tidak faham Eclipse dengan soalan yang tidak jelas dari Edmund. "Siapa bapa pada budak tu?"

"Budak? Budak mana?"

"Budak dalam kandungan kau tu! Siapa?!"

Eclipse memandang Edmund. Kini, dia faham apa yang cuba dimaksudkan lelaki itu. Kandungan?! Adakah dia mengandung? Dia mengandung tapi dia tidak tahu. Apakah?! "Tuanku, rasa budak ni anak siapa?"

"Anak..."

Lelaki itu seperti ragu-ragu untuk mengaku. Dasar lelaki! Habis madu, sepah dibuang. "Saya minta diri dulu, tuanku." Eclipse rasa kecewa. Nampaknya rasa dendam itu masih ada dalam diri raja Edmund. Kalau lelaki itu tidak mahu bertanggungjawab, dia sendiri akan besarkan anak dalam kandungannya itu sendiri.

"Eclipse! Kau tak jawab soalan aku lagi! Anak tu anak siapa?!"

"Anak ni tak berbapa! Puas hati, tuanku?!" Eclipse keluar dari bilik Edmund dan menghempas pintu itu kuat. Edmund memegang tombol ingin membuka pintu menarik tangan semula. Mendesis pedih dia kerana rasa panas di bahagian tombol besi itu. "Eclipse!" Berang Edmund.

CINGULAMONIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang