XXTAMATXX

11.9K 546 37
                                        

"Kitten!!!" Tiada respon dari isterinya.

"Kitten!!!" Edmund memanggil sekali lagi. Kaki kanannya menahan Rain. Manakala, kaki kirinya pula menahan Raven. Tangannya pula sedang bertuga memakaikan Raxier baju. "Rain..." Nama anak perempuannya dipanggil lembut. Budak perempuan kecil itu hanya ketawa kecil melihat dia sambil menggeletek kakinya.

Raven yang melihat tingkah kakaknya juga mengikut sama. Maka, Edmund terus menarik kakinya. Geli. Seronoklah dua beradik tu terlepas. Laju merangkak ke bakul mainan. Disebabkan dia fokus pada kedua-dua anaknya dia melihat ada yang merangkak terkedek-kedek di tepi dia. Raxier pun ikut si kakak dan si abang. "Raxier, daddy tak siap pakaikan baju lagi." Dia bangun kejar putera bongsunya. Budak kecil itu merangkak laju dan ketawa seronok.

"Rain, meh sini dekat daddy." Edmund duduk bersila diatas lantai biliknya melihat ketiga-tiga anak dia sedang bermain. Dia cuba memanggil Rain agar datang kepadanya. Kalau isterinya tahu dia masih belum pakaikan baju triplet, mesti kena bebel nanti.

Rain menggeleng kepala tanda tidak mahu. Edmund membuat keputusan memanggil Raven pula, "Raven, come here." Raven menoleh kearah dia. Sekejap. Kemudian, fokus pada barang permainan semula.

"Raxier..." Putera bongsu Edmund cuba berdiri sambil berpaut pada bakul yang berisi mainan itu. Raxier berjaya berdiri. Edmund tersenyum bangga. Dia menepuk tangan fan Raxier senyum sambil bercakap dalam bahasa bayi yan tiada bisa faham. "Come here, Raxier."

Raxier melangkah setapak tapi tangan masih berpaut pada bakul. "Kanda." Suara lembut isterinya membuatkan Edmund menoleh ke arah pintu. "Kitten, where have you been?" Dia bangun pergi merangkul pinggang isterinya. Bibir mendarat di pipi mulus itu.

"Eh, anak mummy dah berdiri. Siapa yang comel ni? Siapa yang berdiri ni? Raxier.... Come to mummy, sayang." Eclipse ketawa kecil terhibur. Puteri dan puteranya, Rain dan Raven merangkak laju kearah dia. Tapi, Raxier masih disitu berdiri.

"Kenapa daddy tak bagi anak-anak pakai baju lagi ni?" Eclipse menjeling manja kearah suaminya. Edmund memandang kearah lain kononnya tidak bersalah. Dia respect isterinya, macam manalah Eclipse boleh pakaikan kembar tiga itu baju dalam keadaan mereka bertiga duduk diam. Behave depan mummy je triplet ni.

Raxier maju setapak lagi. Buatkan mata Eclipse dan Edmund fokus kepada anak kecil itu. "Raxier, you can do it, baby. Come to mummy and daddy." Dengan sokongan Eclipse, Raxier melepaskan tangannya dari bakul dan maju dua tapak ke depan. "That's my baby boy. Come. Come." Edmund melutut. Tangannya ditepuk-tepuk bagi semangat. Budak kecil lelaki itu bertatih perlahan menuju ke arah Edmund.

Edmund terus mendukung Raxier dan lambungkan keatas. Menjerit suka Raxier. Eclipse disisi tersenyum senang. "Rain, Raven mesti buli daddy kan?" Dia bertanya kedua anaknya yang sedang berdiri memaut kakinya.

Rain dan Raven bercakap bahasa mereka sendiri yang tidak difaham Eclipse. Kononnya bagi alasan tidak membuli ayahanda mereka. "Sorry, kanda. Tadi kitten uruskan makanan yang akan dihidang untuk majlis malam ni."

"Macam mana preparation? Ok?"

"Ditanggung beres. Malam ni, kanda just perlu pakai hensem-hensem je." Eclipse mengucup pipi suaminya.

"Nanti hensem lebih-lebih ada orang tu jealous pula."

Eclipse mencubit pipi Edmund manja. "Susah memiliki suami si raja yang segak ni."

"Love me? Then, behave." Tambah Eclipse lagi meletakkan bibirnya sekejap di bibir suaminya.

"Kitten..." Edmund memandang isterinya dengan pandangan menggoda. Dia merapatkan wajahnya ingin mencium bibir merah manis itu. Tetapi, Raxier melekapkan tangan kecil dimukanya. "Good boy. Ni anak pesan jangan naughty-naughty. Kita ada majlis malam ni. Kanda pergi siap dulu. Kitten settle kan Rain, Raven dan Raxier."

CINGULAMONIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang