XII

6.8K 366 5
                                    

Aku menjeling Edmund yang menggumam bengang diatas seekor gajah. Ya, dia terpaksa menaiki gajah dalam perjalan kami ke kampung kecil puak elemen air. Winter kata ayahnya meminta agar putera raja Casuweth Empire datang ke kampung mereka dengan menaiki haiwan itu. Lagipun, putera Edmund kan orang berpangkat besar. Jadi, tak molek kalau dia hanya datang dengan menunggang kuda. Dalam Fairy Village, gajah merupakan pengangkutan yang mahal dan hanya boleh di duduk orang-orang besar. Sebab itu lah, Edmund terpaksa merelakan hati juga menaiki haiwan itu.

Tapi... dengan syarat.

Aku perlu menunggang kuda dan mengiringi dia. Maksudnya, aku tidak boleh lari dari sisi dia. Mula-mula tu, Edmund nak aku naik sekali duduk atas gajah tu. Buang tabiat! Aku ni siapa? Dia tu siapa? Kena kecam pula nanti tak pasal-pasal.

Nasib baiklah, Windy ada. Dapatlah gadis itu menyelamatkan diri dia. Windy kata seekor gajah tidak boleh dinaiki lebih dari seorang. Lag-lagi, jika pangkat seseorang itu terlalu tinggi.

"Boleh tak aku tak jadi putera raja Casuweth Empire untuk satu hari ni?" Soalan Edmund sebelum menaiki gajah tadi memang buat kami pucat tiba-tiba.

"Tuan putera, tuan putera tak boleh buat macam tu. Jika ada apa-apa berlaku nyawa kami jadi galang ganti."

"Nanti pandai-pandailah aku uruskan dengan ayahanda."

"Tuan putera, saya rasa tuan putera memang perlu sangat naik gajah tu. Kalau tidak saya akan buat keputusan untuk pergi sendiri." Aku bersuara selepas lelaki itu masih berkeras tidak ingin.

"Kalau macam tu, kau naik gajah tu dengan aku."

"Hahaha. Tak, tuan putera. Putera Edmund buat keputusan. A, tuan putera naik gajah ni da kita teruskan perjalanan kita. Atau. B, tuan putera balik ke istana Casuweth Empire dalam keadaan terpaksa dan saya pergi sana sendiri."

"Fine, you win this. Tapi, hanya untuk kali ni sahaja." Edmund menjeling aku. Tapi, aku kisah apa. Untuk kali ni, aku menang.

Aku yang diatas kuda pula termangu seketika selepas mendengar bisikan dia. "Sebagai denda, tanda merah dekat leher kau bukan satu. Tapi, banyak dan tinggal kesan lama. Remember that, Eclipse."

Beberapa jam perjalanan kami, akhirnya kami sampai ke kampung Windy. Ramai penduduk kampung puak elemen ini menunggu ketibaan kami. Aku nampak ketua mereka yang berdiri di tengah-tengah dalam kumpulan itu.

"Selamat datang ke kampung kami, puteri." Terkelip-kelip mata aku apabila tiba-tiba ada seorang perempuan tua meletakkan tiara bunga diatas kepala aku.

"Makcik salah orang. Putera Edmund yang atas gajah tu." Aku menunding jari kerah Edmund yang masih ada diatas gajah. Aku turun dari kuda kerana terjatuh botol air. Tapi, tidak pula sangka ada orang pakaikan dia tiara.

"Eclipse kenalkan ni nenek saya, Viendra."

"Puan Viendra." Aku menunduk tanda hormat.

"Eclipse." Nama aku dipanggil. Oleh siapa? Siapa lagi kalau bukan tuan putera Edmund.

"Ya, tuan putera." Aku cepat-cepat pergi kearah dia.

"Aku pesan jangan jauh sangat kan dengan aku?"

"Putera Edmund, saya ni dekat situ. Tuan putera dekat sini. Jarak kita tadi tak lebi 10 langkah."

"Langkah pendek kau. Bukan aku."

Geramnya aku dengan mulut puaka seorang ni. Suka hati dia je nak pandang rendah dengan kependekan aku.

"Eclipse, putera Edmund. Kenalkan, ayah saya. Ferdinand. Ketua puak elemen air. Sebelah dia, yang cantik manis ni. Ibu saya, Fiona."

CINGULAMONIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang