XXV

5.4K 365 12
                                    

Eclipse mengangkat kepalanya dari lengan Edmund. Wajah lelaki itu dipandangnya lama. Satu hari bersama Edmund dia rasa lain. Mungkin mulutnya mampu menidakkan perasaan tetapi hati dia sentiasa berdebar saat mata mereka berdua bertemu. Dia tersenyum apabila melihat satu tangan Edmund merangkul pinggangnya tidak mahu lepas. 

"Bunuh dia." suara itu membisik. Mata Eclipse melihat sekeliling bilik sepertinya ada seseorang memerhati dia.

"Bunuh putera Edmund." sekali lagi. Eclipse mengangkat tangan Edmund. Dia turun dari birai katil secara senyap tidak mahu menganggu tidur lelaki itu.

"Jangan kau kacau aku, Python. Aku tak akan bunuh putera Edmund." Balas Eclipse.

"Dia akan mati di tangan kau, Eclipse. Darah dia akan jadi santapan aku untuk meraikan kematian dia. Hahahaha."  Eclipse menutup telinganya. Dia tidak mahu dengar suara itu. "Kau tak nak bunuh dia. Aku akan tolong."

"Ergh." Eclipse menggigit menahan rasa sakit. Python ingin menguasai diri dia. "Tinggalkan aku." 

"Aku akan tolong kau bunuh dia, Eclipse. Jangan risau. Kesakitan yang kau alami ni akan hilang sebaik darah putera tu aku rasa, Eclipse. Hahaha." Suara itu bergema dalam minda dia.

"Mo-" Tidak sempat dia memanggil Moon pandangannya kabur. Kakinya melangkah ke arah Edmund dengan sebilah pisau yang diambil dari uniform lelaki itu. Eclipse menangis kerana dia tidak dapat mengawal tubuhnya sendiri. 

"M-" Dia cuba sekali lagi untuk panggil serigalanya tapi tidak boleh. Tubuhnya naik atas katil dan tangannya memegang pisau itu bersedia untuk menikam tubuh yang sedang lena itu. Air matanya semakin laju mengalir tetapi bibirnya tersenyum sinis.

Dia pejam mata dan mencuba sekali lagi, "Moon!"

Edmund terjaga kerana terkejut mendengar jeritan. Dia melihat Eclipse menindih tubuhnya dengan pisau di tangan. "Eclipse?"

Tiba-tiba, Moon terbang masuk ke dalam bilik dan menolak tubuh Eclipse dengan sayapnya. Tubuh gadis itu melambung terbang ke dinding bilik. "Eclipse!" Edmund cuba pergi ke gadis itu tapi dihalang oleh Moon.

"Ergh. Moon." Eclipse terasa pedih di bahagian perutnya. Dia mencabut pisau yang tertusuk di perutnya. Lalu, dia berdiri dan mencabut bajunya menekup kesan luka itu.

"Eclipse." Dia memandang putera Edmund yang memanggil dia. "Tuan putera, tinggalkan saya sendiri."

"Tak, Eclipse. Kau cedera. Luka tu kena cuci dan jahit."

"Keluar! Keluar!"

"Eclipse-"

"Jangan dekat! Keluar!" Eclipse mengundur saat kaki lelaki itu cuba mendekat dia.

"Kitten, I'm here for you."

"No. Please." Eclipse berjalan ke meja untuk ambil peti ubat. Dia menuangkan alkohol mencuci luka dan mengelakkan dari jangkitan kuman. Kemudian, dia mengambil jarum untuk menjahit lukanya. Eclipse cuba menahan rasa pedih.

Edmund masih memerhatikan gadis kesayangannya diatas sofa. Dia ingin mendekati tetapi Moon menghalang. "Moon, bawa aku Ancient Village." Pinta Eclipse.

"Kau tak boleh pergi dari sini."

"Tapi, tuan putera mungkin di sana saa boleh cari jawapan untuk semua ni. Mungkin juga saya boleh jumpa cari penawar untuk hapuskan roh jahat Python."

"Kalau ada, mereka akan beritahu kepada Ripley. Ripley dah pergi ke sana bertanya kepada ahli sihir di kampung tu. Tapi, semua tidak tahu."

"Putera Edmund nak tunggu nyawa tuan putera tergadai dulu baru nak hantar saya ke sana? Itu maksud, tuan putera? Apa yang berlaku tadi tak cukup untuk jadi bukti kepada tuan putera yang saya ini satu ancaman?"

Edmund diam lama.

"Tuan putera." Tiger dan Wasabi masuk ke dalam kamar mereka.

"Raja Eslan minta kami iring tuan putera ke bilik tuan putera. Sekarang."

"Apa maksud korang berdua?"

"Edmund! Balik bilik kamu sekarang!" Terkejut mereka dengan kemunculan Raja Eslan di muka pintu.

"Tuanku." Eclipse, Tiger dan Wasabi menunduk hormat kepada raja Casuweth Empire.

"Balik ke bilik kamu sekarang. Jangan buat ayahanda ulang semula!" 

"Tapi-"

"Tak ada tapi-tapi, Edmund. Sekarang." Edmund dengan berat hati mengikut langkah Tiger dan Wasabi. Dia memandang sayu kepada Eclipse yang mengelak pandangannya.

"Tuanku." Kini, Eclipse berhadapan dengan raja Eslan.

"Apa yang berlaku, Eclipse?"

"Python mula menguasai diri saya dan saya nyaris..." Eclipse menunduk kesal kerana gagal dalam mengawal diri.

"Eclipse, pertabalan putera saya akan berlansung minggu hadapan. Risiko ancaman nyawa dia sangat tinggi."

"Tuanku... Pindahkan kuasa kapten Shadow Squad kepada Sky." 

"Maksud awak, Eclipse?"

"Sky yang perlu beri arahan dan membuat plan untuk mengelakkan perkara buruk terjadi. Dan saya tak boleh tahu plan itu. Python mungkin akan ambil kesempatan dengan maklumat yang ada pada saya."

"Awak yakin, Eclipse?" Soal raja Eslan meminta kepastian. "Ya, tuanku. Saya yakin." kata Eclipse tidak teragak-agak.

  ######################## 

"Wasabi, Tiger."

"Ya, tuan putera."

"Pastikan Eclipse selamat dan tidak mencederakan diri."

"Tapi, tuan putera. Itu kami tak dapat nak janji kerana Python dan mula kawal Eclipse sepenuhnya dan Python juga yang membuat Eclipse mencederakan diri sendiri." Jawab Wasabi memberitahu.

"Ini bukan janji. Tapi, satu arahan. Dia bakal permaisuri Casuweth Empire."   Wasabi dan Tiger memandang antara satu sama lain. Terkejut dengan khabar itu. 

"Tuan putera?" 

"Eclipse akan jadi permaisuri Casuweth Empire."

"Tapi, tuan putera tahukan Eclipse tak boleh jadi isteri tuan putera?" Edmund memandang kedua-dua lelaki itu. "Apa maksud kau, Tiger?"

"Perjanjian darah kesatria sebuah kerajaan menghalang hubungan pemimpin dengan pelindung. Tak akan tuan putera tidak tahu perkara ini?" Dia meraup kebelakang rambutnya. Macam mana dia boleh lupa tentang perjanjian darah yang dibuat oleh Eclipse dengan ayahanda dia.

"Tapi, dia kena buat perjanjian baru jika ada penukaran raja sesebuah kerajaan. Kalau aku ditabalkan jadi raja, jadi dia kena buat perjanjian darah kesatria yang baru." Edmund tidak mampu menyembunyikan senyuman. Nampaknya perkara itu selesai dan bukan lagi masalah kepadanya.

"Betul apa yang dikata tuan putera. Jika, raja Eslan mengundurkan diri dari jawatan raja. Itu bermakna perjanjian darah kesatria tamat. Tapi, Eclipse perlu menjadi pelindung kepada keturunan raja Eslan sahaja bila perlu."

"Jadi, korang kena stay dekat sini ke apa?" Soal Edmund. 

"Ya, ayahanda tuan putera minta kami mengawal gerak geri tuan putera. Jadi, kami akan mengawal dari bahagian luar."

"Ok." Edmund naik ke atas katil sebaik Tiger dan Wasabi beredar pergi dari biliknya.

Dia memandang siling kosong. Terasa sepi malamnya tanpa gadis itu. Kalau dia berkeras untuk berada disitu pasti malam ini mimpinya diteman Eclipse.

"Good night, kitten." Matanya dipejam.

##########################

Awal sis update hari ni kan? Harap anda semua enjoy reading it. Sorry sebab update pendek je. Huhuhu.

Thanks fore read, vote and comment.

Love, CKK.

CINGULAMONIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang