II

8K 401 13
                                    

Tok! Tok!

"Aduhai, siapa pula yang ketuk pintu rumah aku pagi-pagi buta ni?" Keluh Eclipse.

"Ya. Ya. Sekejap. Datang ni." Jawab Eclipse. Tapi, kakinya bukan melangkah ke pintu utama. Malah, dia ke dapur membuka peti ais lalu meneguk sebotol air mineral.

Tok! Tok!

"Ya, sekejap!"

Eclipse membuka pintu utama. "Tuanku!" Terkejut dia dibuatnya. Eclipse tunduk 90 darjah tepat depan raja Casuweth Empire. Rambutnya panjang yang tidak terikat terkena muka tuanku.

"Maafkan saya, tuanku."

"Selamat pagi, Eclipse."

"Selamat pagi, tuanku." Eclipse menayang sengih tidak bersalah. Tapi, apabila dia dapat menangkap kelibat lima ahli Shadow Squad belakang tuanku. Dia rasa nak cekik lima-lima orang tu.

Wasabi lah paling tak menahan boleh bisik padan muka. Haish, memang tak makan saman betul budak seorang tu. "Sila masuk, tuanku."

"Pengawal tunggu di luar. Hanya Shadow Squad sahaja masuk." Arah Eclipse apabila nampak pengawal-pengawal raja Casuweth Empire ingin melangkah masuk. Mereka menayangkan muka pelik dengan arahan perisik raja Casuweth Empire.

"Kamu semua tunggu dekat luar. Beta masuk sekejap. Ada hal penting kami ingin bincangkan."

"Bagaimana dengan saya, tuanku?" Eclipse menjingkitkan kakinya. Menteri ni pun ada ke? 

"Menteri tunggu dekat luar je lah. Bukan saya nak culik, bunuh, atau kerat tuanku ni 18. Kan, tuanku?" 

"Hahahaha. Kamu ni pandai bergurau, Eclipse." Gelak raja Casuweth Empire kerana terhibur dengan Eclipse.

Selepas, raja Casuweth Empire dan ahli Shadow Squad masuk. Eclipse terus menutup pintu rumahnya. Sempat dia menjelir lidah dan melambai tepat depan muka menteri.

--------------------

"Kamu ni Eclipse. Kenapalah suka cari pasal dengan menteri?" Tanya tuanku sebaik melabuhkan punggung di kerusi.

"Menyampah tengok dia, tuanku. Berlagak pandai tak kena tempat. Ini apa hajat tuanku datang sini?" Tiger, Sky, Ripley, Wasabi dan Poppy hanya mampu geleng kepala apabila ketua mereka layan raja Casuweth Empire macam layan member.

"Hah, korang buatlah macam rumah sendiri. Sky pergi masak-masak apa untuk breakfast. Kapten kau ni tak breakfast lagi." Sky mengheret Poppy dan Wasabi ke dapur.

"Saya ada tugas untuk Shadow Squad."

"Tuanku, saya buat request boleh tak?"

"Apa dia?"

"Jangan bagi tugas macam semalam boleh tak?"

"Semalam?"

"Aik, tuanku. Tak akan pergi terbang luar negara sehari dah lupa."

"Perli saya ke?"

"Sedikit lah." Selamba Eclipse menjawab.

"Bosan semalam, tuanku. Tiga jam perbincangan berlansung. Padahal, bagi saya lah kan baik saya manjakan diri dekat rumah je." Mengadu dia. 

Tok! Tok! 

"Tiger, kau pergi settle dekat luar. Ketuk-ketuk. Macam aku ada buat apa-apa je dekat tuanku." Berang Eclipse apabila privasinya sedikit terganggu.

"Tuanku, terangkanlah tugasnya. Saya dengan Ripley dengar." Ripley mengangguk, tanda dia akan mengambil tugas untuk menerangkan nanti kepada member Shadow Squad yang lain.

CINGULAMONIAWhere stories live. Discover now