XXXI

6.1K 384 49
                                    

Moon berhenti di depan pintu bilik Edmund. Dia nampak lelaki itu dari jauh sedang berjalan kearah sini. Eclipse yang berada diatas belakangnya sudah tidur kerana letih menangis. Matanya bertemu dengan mata Edmund yang seperti berang dengan keberadaan dia disitu. "Kau nak apa?" Tanya Edmund dengan nada dingin.

"Eclipse, dah lena. Aku tak tahu nak bawa dia ke mana-"

"Aku tak nak tengok atau jumpa dia."

"Apa masalah kau? Apa yang kau dah buat dekat dia, Edmund?" Bengang pula Moon bila Edmund seperti layan tidak layan apa yang cuba dia sampaikan.

"Bawa dia pergi mana-mana selain dari sini." Edmund terus masuk ke dalam bilik dan menutup pintu. Tercengang bengang Moon kerana dibiar begitu sahaja. Malas mencari pasal, Moon berjalan cuba mencari ahli Shadow squad. Sebab dengan ahli Shadow squad dan Edmund sahaja dia boleh berhubung selain Eclipse.

"Kau tak akan dapat peluang kedua kalau kau buat Eclipse macam ni, Edmund." Moon cuba berhubung dengan Edmund untuk kali terakhir.

"Berambuslah!" Jerit lelaki itu didengari sampai ke luar.

Dia nampak ahli Shadow Squad berkumpul di kolam air pancut mungkin sedang berbual. Moon berjalan ke arah mereka. "Moon." Kelima-lima mereka menegur apabila nampak Moon.

"Apa yang berlaku?" Soal Moon.

"Hmm, kami pun tak sangka semuanya jadi macam ni." Wasabi rasa kasihan melihat bekas ketuanya dilayan sebegitu rupa. Mereka menunduk memandang lantai kerana kesal dengan diri tidak dapat membantu gadis itu. "Macam ni ceritanya." Ripley mengambil tempat menceritakan apa yang berlaku pagi tadi.

Moon berang dengan sikap Edmund yang terus berubah tanpa sempat Eclipse membela diri. "Aku akan bawa Eclipse pergi dari sini."

"Tapi, raja Edmund dah pesan supaya Eclipse terus berada di istana."

"Dan tunggu Eclipse dijatuhkan hukuman? Macam tu? Aku akan tetap bawa Eclipse keluar dari istana ni!" Moon tekad.

"Kau jangan berani lawan arahan aku, Moon! Dia perlu berada di istana!" Terkejut mereka dengan kemunculan Edmund.

"Dia tak perlu berada disini kalau kau tak perlukan dia!"

"Aku raja Casuweth Empire! Dan aku ada hak untuk mengarah!" Edmund marah sehinggga Drake muncul di belakangnya.

"Drake."

Nampaknya api kemarahan Edmund marak kerana telah menyebabkan naganya, Drake muncul.  "Eclipse tidak akan tinggalkan istana ni! Muktamad!" Edmund tidak dapat mengawal amarahnya menyebabkan Drake telah menghembuskan api.

Eclipse terkejut mendengar jerkahan seseorang. Dia terjaga dari lenanya. Alangkah terkejutnya dia apabila ada api sedang mara ke arah dia. Eclipse terus melompat dari tubuh Moon dan menahan api itu dengan tangannya. Jarinya dipetik sekali dan api itu terus hilang. "Apa yang berlaku? Drake?" 

"Eclipse." Drake menegur. 

"Kenapa kau cuba menyerang Moon?" Soal Eclipse tertanya-tanya. 

"Macam mana kau kawal api tu, Eclipse?!" Eclipse tidak sangka yang Edmund turut berada disitu. Matanya tadi fokus kepada Drake yang cuba menyerang Moon. "Tuanku." Eclipse menunduk hormat. 

Sudahlah dia tidak tahu apa yang berlaku. Sedar-sedar sebab dengar orang menjerkah dan ditambah dengan serangan api dan ini pula dia kena hadap si raja yang emosi. Memang nasib malang dia ke hari ni? 

"Aku tak suka ulang soalan, Eclipse! Macam mana kau kawal api tadi?!"

"Apa masalah tuanku? Saya tidak tahu apa-apa. Saya cuma melindungi Moon dari serangan Drake. Kenapa tuanku suruh Drake menyerang?! Memang tuanku bencikan saya sebab saya anak kepada pembunuh bonda tuanku. Tapi, tuanku jangan sesekali berani apa-apakan Moon!"

CINGULAMONIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang