XVIII

6.3K 367 19
                                        

Edmund terjaga. Dia memegang kepalanya yang berdenyut. Sakit. Samar-samar gambaran bermain di kepalanya. Dia bangun ingin mencari Eclipse. Tetapi, disebabkan tubuhnya yang tidak stabil dia jatuh dari hammock. 

Buk!

"Putera Edmund." Dia mencari punca suara. 

Poppy dan Sky yang sedang berbual menoleh apabila mendengar sesuatu jatuh. Mereka terus bangun dari kawasan unggun api dan mendekati Putera Edmund. Sky cuba menghulurkan tangan membantu putera itu bangun semula. "Eclipse mana?"

"Dekat hammock warna biru tu." Beritahu Poppy menunding jari kearah hammock warna biru yang selang dua pokok dari hammock putera itu.

Edmund terus melangkah pergi ke hammock Eclipse. Dia rasa tenang apabila mengetahui gadis itu dalam keadaan baik-baik. Tapi, dia rasa marah apabila melihat betis gebu putih milik gadis itu tidak berlapik apa-apa. Malah, tubuh genit itu meringkuk tidak tahan dengan kedinginan suasana dalam hutan. Dia menarik selimut yang menutup tubuhnya lalu menyelimuti tubuh itu. "Berapa hari aku tak sedar?"

"Nak masuk dua hari. Mungkin sebab badan tuan putera kurang rehat dan kecederaan di dahi juga menambah sebab kenapa tuan putera tidak dapat sedarkan diri."

"Ini ada pakaian kering. Tuan putera boleh bersihkan diri di sungai tu."

"Terima kasih." Edmund mengambil baju yang dihulur Sky. Dia bergerak menuju ke sungai untuk membersihkan diri.

##########################

Eclipse bangun menggeliatkan tubuhnya. Dia cuba bangun keluar dari hammock tapi kerana masih mamai tubuhnya jatuh dari hammock. Tapi, sempat ditangkap oleh seseorang.

"Cuba turun tu perlahan-lahan."

"Putera Edmund, putera dah sedar." Eclipse memeluk tubuh itu saat kaki dia menyentuh tanah.

"Kapten."

"Ya." Eclipse memandang Ripley yang memandang dia.

"Poppy beritahu kemungkinan tablet boleh dihidupkan tetapi akan ambil masa lusa atau tulat. Tak pasti."

"That's a good news. Siapa hari ni akan bertugas memburu?"

"Tiger dan Wasabi."

"Hati-hati. Pastikan alert. Hutan ni nampak sunyi tapi tak semestinya ia tak berpenghuni."

"Baik, kapten. Saya minta diri dulu, tuan putera, kapten."

"Kapten?" Wajah Edmund berkerut seribu. Lelaki itu perlu tahu statusnya waktu-waktu begini kerana dia tahu kalau Edmund masih berkeras tidak mahu mendengar katanya dan asyik nak menang. Kemungkinan untuk mereka keluar hidup-hidup dari pulau ini sangat tipis.

"Nanti saya akan beritahu perkara sebenar kepada tuan putera. Sekarang saya perlu bersihkan diri dan tukar pakaian." Eclipse melipat selimut dan letakkan di dalam hammock. Tapi, sebelum sempat dia pergi lengannya dipegang.

"Tuan putera nak apa?"

Tiada kata-kata. Hanya tindakan. Pinggangnya diikat dengan satu kemeja yang menutupi lutut dan pehanya yang terdedah tadi. "Aku tak suka kau tayangkan hak aku dekat lelaki lain."

"Hak? Saya ni bukan barang dan saya bukan hak siapa-siapa."

"Pergi bersihkan badan sana. Dekat tepi pokok yang ada kain merah tu boleh jadikan tempat kau tukar pakaian."

"Saya boleh tukar sahaja di belakang pokok dalam hutan ni. Pokoknya besar-besar."

"Ikut sahaja arahan aku, Eclipse."

"Fine. Pagi-pagi lagi dah spoilkan mood orang." Ayat hujung tu dia cakap dalam nada perlahan.

###########################

CINGULAMONIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang