XXXVIII

11.1K 500 53
                                    

Sky tersenyum kelat melihat pandangan tajam raja Edmund. "Sky, cepatlah." Eclipse menarik tangannya.

"Erk."

"Cepatlah. Nak suap..." Manja suara Eclipse merayu. Matanya dikelip-kelip. Sky memandang Eclipse, kemudian memandang raja Casuweth Empire itu semula. "Suap sendiri?"

"Tak nak. Aku nak kau suap. Suapkan je lah. Bukan suruh suap pakai tangan." Gadis itu buat tidak tahu kewujudan raja Edmund ditepinya. Matanya fokus kepada Sky yang masih ragu-ragu nak menyuapkan bubur nasi.

Terketar-ketar tangan Sky menyua sudu ke bibir Eclipse. Bam! Raja Edmund menepuk meja makan dan memandang Sky seperti harimau ingin menelan mangsanya hidup-hidup. Terpelanting sudu di tangan Sky kerana terkejut. Eclipse menayangkan muka tidak bersalah.

"Tuanku, tolong jangan ganggu saya nak makan. Lapar ni."

"Eclipse."

"Pergi main jauh-jauh. Orang lapar ni. Sky!"

"Eclipse!"

"Apa lagi, tuanku?" Eclipse membuat muka bosan memandang dia. "Sky kau keluar." Arah Edmund kepada ketua ahli Shadow Squad itu.

"Eh. Sky, kau duduk sini." Sky dah pening kepala.

"Keluar, Sky!"

"Saya nak dia duduk sini! Saya nak dia suapkan bubur! So, tuanku duduk diam dekat situ. Kalau tak pun, pergi keluar sana." Eclipse membalas pandangan Edmund. Raja itu bengang terus keluar dari biliknya sendiri tinggalkan Sky dan Eclipse berdua.

"Eclipse..."

"Apa?"

"Perlu ke layan raja Edmund macam tu?" Dah keluar dah tone suara abang-abang.

"Bak sini sudu. Tunggu kau suap. Kebulur anak aku dalam perut ni." Eclipse mengambil sudu baru yang ada di tangan Sky. Lalu, dia makan bubur mengisi perut yang kosong. Geleng kepala Sky melihat gadis itu.

"Sky!!!"

"Kau tunggu apa lagi? Naga tu dah panggil dekat luar. Sebelum dia mengamuk lebih, baik kau pergi."

"Ish, Eclipse. Kau punya pasal lah ni. Kau mulakan dulu."

"Eh, ni baru sedikit je tau aku buat. Dia tak tengok lagi keras kepala aku. Dah, pergi. Bye, Sky." Sengih jahat Eclipse merencana rancangan jahat. Sky pula rasa nak seligi-seligi mak buyung depan dia ni.

############################

"Kau buat apa dalam bilik aku?" Tiger yang baru nak memusing tombol pintu bilik raja Edmund menarik balik tangannya.

"Eclipse panggil saya, tuanku."

"Untuk apa?"

"Itu saya tidak tahu. Tapi, dia minta saya tolong sesuatu." Tiger datang ke sini pun sebab Eclipse panggil dia melalui earplug Shadow Squad. Semasa mereka sampai di Casuweth Empire, raja Edmund suruh berikan satu earplug kepada gadis itu agar mudah Eclipse menghubungi mereka jika perlukan apa-apa.

"Biar aku sendiri tolong dia. Kau buat kerja lain sana."

"Baik, tuanku." Tiger menunduk faham terus beredar dari situ.

Edmund tanpa mengetuk pintu terus masuk ke dalam biliknya. Dia lihat Eclipse sedang memandang jauh ke luar tingkap seperti memikirkan sesuatu. Gadis itu tidak menoleh bersuara, "Lambat betul kau ni, Tiger. Aku nak minta kau teman aku sekejap. Aku sebenarnya nak mandi tapi tak tahu nak pilih baju mana untuk pakai malam ni. Kau tolong bagi idea boleh tak?"

Edmund yang mendengar rasa nak berasap kepala. Gadis kesayangannya boleh memanggil lelaki lain untuk sediakan pakaian bagai. Kalau Tiger masuk sebelum dia tadi, mahu dia fikir bukan-bukan. "Eclipse."

CINGULAMONIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang