Eclipse keluar di beranda. Pening kepala dibuatnya dia. Sudah habis pusing satu istana tetapi serigalanya masih juga tidak dijumpai. Malah, dipanggil tiada respon lansung. "Kitten..." Dia merasa ada tangan melingkar di pinggangnya. Suaminya mendaratkan dagu dibahunya. "Ya, kanda."
"Kenapa nampak macam resah semacam je ni? Munchkins buat perangai ke?" Risau Edmund. Ya lah, mana tahu lepas Rain, Raven dan Raxier dapat kaki ni buatkan isterinya tidak menang tangan melayan. Asyik diajak main kejar-kejar sahaja. Bila tak dilayan, pandai tiga-tiga anak mereka itu sepakat merajuk membuat muka. Tak jadi nak marah sebab comel sangat bila buat memek muka.
"Eh, tak adalah. Munchkins semua baik-baik je. Penat tu ada. Tapi, tak adalah sampai buat perangai. The know how and when to be behave." Eclipse mengusap tangan suaminya yang melingkar di pingganngnya, meyakinkan. "Kitten tengah cari Moon."
"Kenapa? Ada apa-apa ke?"
"Tak. Saje je lah. Selalu dia ada tiap petang dia dekat laman bunga istana. Tetapi, sejak dua hari lepas... Kitten tak nampak dia." Akhirnya, Eclipse meluahkan rasa bimbangnya.
"Kitten ada suruh Moon pergi mana-mana?"
"Tak ada." Eclipse menggeleng kepala. Kalau ada, pasti dia ingat. Tetapi, tiada dan dia yakin hal itu.
"Ada Moon tu. Nanti kanda suruh Sky cuba cari dekat kawasan istana."
"Kitten dah cari. Tak jumpa."
"Ada. Kitten terlepas pandang kot."
"Tak. Kitten dah cari. Tak ada. Faham tak?" Edmund terkejut mendengar suara keras isterinya. "Kitten, kanda faham. Tapi, kenapa ni?"
"Tak ada apa-apalah. Orang minta maaf. Tak ada niat nak tinggikan suara." Kesal Eclipse. Dia cuba bebas dari dakapan Edmund. Edmund masih memeluk dia erat malah menarik dia lebih dekat.
"Kalau ada apa-apa, kongsi dengan kanda."
"Ya, kanda." Dia memusingkan tubuhnya. Tangan lelaki itu masih berada di pinggangnya. Kini, suami isteri itu menghadap antara satu sama lain.
Eclipse memeluk tubuhnya. Tiba-tiba, dia dengar esakan kecil dari bibir gadis kesayangannya. "Kitten, kenapa ni?" Edmund memegang dagu isterinya. Cuba diangkat. Tetapi, gadis itu menggeleng kepala dan menyembam muka di dada bidangnya.
"Kitten..." Aduhai, risau hatinya dengan emosi Eclipse yang tiba-tiba berubah.
"Kitten..." Edmund masih lagi memanggil lembut. Memujuk isterinya memandang dia. Perlahan-lahan dia tarik dagu Eclipse mendongak memandang dia. Air mata yang mengalir di pipi isterinya diseka. Bibirnya mendarat pada dahi Eclipse. Pipi isterinya dicubit manja. Teresak-esak macam budak-budak tak dapat gula. Comel. Bahu tu sampai terhincut-hincut sekali. Geleng kepala Edmund dibuatnya.
"Nanti kanda suruh Shadow Squad jejak Moon."
"T... Te... Ter... Terima k... Ka... Kasih." Tengok tu. Menangis sampai tergagap dibuatnya.
"Pergi rehat dengan munchkins. Nanti kalau ada apa-apa berita, kanda beritahu." Dia memegang tangan isterinya lalu dibawa ke tilam. Semasa Edmund ingin pergi baju kemejanya rasa ditarik dari belakang. Lalu, dia menoleh. "Ka... Kanda nak pe...pergi man... mana?"
"Masuk pejabat?" Katanya berbunyi soalan. Eclipse tahu jadual dia. Kalau kosong, kadang dia ambil kesempatan untuk balik ke bilik melihat keadaan isteri dan anak-anaknya. Kemudian, kembali masuk ke pejabat semula meneruskan kerja sehingga petang. Kadang-kadang, petang sebelum dia habis kerja, Eclipse akan datang ke pejabat dia bersama Rain, Raven dan Raxier untuk menjemput dia pulang. "Ka... Kalau k... ka... kanda teman kitten sekejap boleh?"
![](https://img.wattpad.com/cover/156639625-288-k295067.jpg)
YOU ARE READING
CINGULAMONIA
FantasiaA STRONG DESIRE TO HOLD A PERSON IN YOUR ARM SINOPSIS KORANG BOLEH BACA BILA KLIK READ. KENAPA TAK TULIS JE DEKAT SINI? SEBAB DIA LEBIH DARIPADA 2000 KARAKTER. SORRY. HOPE KORANG ENJOY TO READ IT. JANGAN LUPA UNTUK TINGGALKAN VOTE DAN KOMEN. ANDA DI...