"Hapuskan dia." Edmund memandang Menteri dan ayahnya silih berganti. Mereka sedang membincangkan hukuman yang perlu dijatuhkan kepada Eclipse kerana cuba menyerang Menteri Casuweth Empire.
"Kenapa sampai perlu hapuskan? Eclipse hanya mengugut Menteri dengan kata-kata bukan dengan perlakuan?"
"Ya. Tapi, Eclipse sedang dipengaruhi oleh roh jahat Python. Dia akan mengancam nyawa Tuan Putera."
"Shadow Squad sedang dalam misi mencari jalan bagaimana untuk menghapuskan roh jahat itu. Lagi pula, Eclipse dibawah pengaruh roh jahat Python sejak pulang dari pulau beberapa bulan lepas dan saya sendiri masih selamat. Kalau betul Eclipse tidak dapat menahan pengaruh roh jahat Python, pasti sekarang ini saya sudah tiada."
"Ayahanda kena lepaskan Eclipse dari bilik kurungan bawah tanah. Eclipse tidak mengancam sesiapa termasuk saya sendiri."
"Maaf, Edmund. Ayahanda terpaksa mengekalkan Eclipse di bilik kurungan bawah tanah. Cara itu lebih selamat."
"Tapi, ayahanda-"
"Tak ada tapi-tapi. Cukup sampai sini perbincangan kita. Berkaitan Eclipse cuba serang Menteri, kita tak akan jatuhkan apa-apa hukuman."
"Tuanku." Menteri terkejut dengan apa yang baru sahaja dilafaz oleh ketua kerajaan itu.
"Eclipse tidak suka dengan kamu dari dulu lagi dan kamu tahu tentang perkara itu."
"Ya. Tapi, semalam-"
"Anak muda yang terlalu ikut emosi kadang-kadang bertindak terburu-buru."
"Tuanku-"
"Cukup, Menteri. Tinggalkan saya dengan Putera Edmund."
"Baiklah, tuanku." Menteri menyimpan rasa marah dan geram. Dia keluar meninggalkan pejabat Raja Eslan.
########################
"Ayahanda."
"Ada apa, Edmund?"
"Eclipse perlu dilepaskan."
"Edmund, kamu tak boleh ikut kata hati sahaja. Eclipse memang budak baik tapi apabila dibawah pengaruh sihir jahat, dia tak akan sedar dengan perlakuan dia."
"Selama ni, Eclipse mampu bawa diri dan kawal pengaruh roh jahat itu."
"Cukup, Edmund. Ayahanda tidak mahu bincangkan lagi perkara ini. Ayahanda nak bincangkan hal hari pertabalan kamu yang akan berlansung bulan depan."
"Siapa yang akan jadi pengawal saya sepanjang latihan?"
"Tiger dan Ripley. Ahli Shadow Squad lain akan cuba tolong Eclipse."
"Ayahanda akan berikan Eclipse bilik kurungan-"
"Tak. Eclipse akan tetap ditempatkan di bilik kurungan bawah tanah. Walaupun dia seorang yang penting dalam institut Raja kerajaan kita. Dia tetap perlu dihukum dengan adil."
"Tapi, ayahanda. Bilik kurungan bawah tanah itu sejuk."
"Eclipse pernah hadap lebih teruk dari berada di bilik kurungan bawah tanah."
"Sampai bila ayahanda akan kurungkan Eclipse di bawah?"
"Sampai kita jumpa jalan macam mana untuk hapuskan roh jahat Python." Edmund mengeluh. Dari suara ayahandanya, dia tahu. Dia tidak boleh meminta ayahnya mengurangkan hukuman Eclipse.
########################
"Eclipse."
"Tuan putera, buat apa disini?"
YOU ARE READING
CINGULAMONIA
FantasyA STRONG DESIRE TO HOLD A PERSON IN YOUR ARM SINOPSIS KORANG BOLEH BACA BILA KLIK READ. KENAPA TAK TULIS JE DEKAT SINI? SEBAB DIA LEBIH DARIPADA 2000 KARAKTER. SORRY. HOPE KORANG ENJOY TO READ IT. JANGAN LUPA UNTUK TINGGALKAN VOTE DAN KOMEN. ANDA DI...