Sudah dua minggu dia rehat di dalam bilik itu. Kadang-kadang malamnya ditemani oleh sang raja hensem itu. Mula-mula memang dia tak selesa kerana takut orang berkata tapi dia tidak dapat nafikan dia sendiri selesa dimanja oleh lelaki itu. Bila lelaki itu tiada kerana sibuk dengan urusan di pejabat, dia mula merindui pelukan hangat raja itu.
Setiap kali teringatkan lelaki itu, bibirnya mengukir senyuman. Nampaknya dia yang dulu hanya hidup kerja sudah mula mengenali perasaan cinta dan sayang tambah perasaan rindu dan kasih. Malah, layanan lembut dan manja membuatkan Eclipse jadi ikut sama mengikut lenggok lelaki itu. "Eclipse."
"Sky." Teguran Sky membuatkan dia menoleh ke belakang.
"Mana raja Edmund?" Soal dia tidak dapat sembunyikan rasa rindu itu.
"Tuanku ada di tempat latihan tepi kolam air pancut."
"Jom." Cerah mata Eclipse. Dia membawa pisau belatinya sama dan selitkan pada bahagian belakang seluarnya.
"Kau tak boleh keluar tanpa kebenaran raja Edmund kan?" Sky mendepa tangan menghalang langkah dia. "Tapi, aku nak jumpa raja Edmund dekat sana."
"Kau masih tak sihat, Eclipse."
"Aku dah sihat." Eclipse menunjukkan high kick kepada Sky membuktikan dia dah sihat. Rasa pedih dibahagian perutnya diketepikan. Kini, dia ingin berjumpa dengan raja Edmund.
"Kalau kena marah jangan salahkan aku." Sky memesan. Mengalah melihat muka Eclipse yang dah bosan asyik terperap dalam bilik sahaja.
"Yeay! Thank you, Sky." Terus, laju si gadis itu berlari menuju ke tempat raja Edmund berada. Sky mengekori dari belakang menggeleng kepala.
############################
Eclipse menyorong belakang tiang besar istana melihat lelaki itu berlawan pedang dengan Tiger dan Ripley. Macho! Dan seksi! Sebab Edmund hanya berseluar dan tidak berbaju.
Dia dengar ada suara kecil gelak. Rupa-rupanya ada dayang-dayang curi-curi perhatikan lelaki itu juga. Seronoknya. Entah kenapa dia rasa marah dan cemburu apabila ada perempuan -perempuan lain berani tengok tubuh raja itu. "Eclipse." Sky memegang bahu gadis itu apabila dia rasa ada sesuatu dipandang gadis itu dengan pandangan tajam.
"Kau halau dayang-dayang tu." Arah Eclipse tanpa sedar.
"Huh?"
"Aku tak suka dorang pandang raja Edmund." Eclipse masih melihat sekumpulan dayang yang mengada-ngada itu. Bersorak-sorak, bergelak-gelak. Menyebal hati!
"Eclipse, kau kenapa?" Sky mengcengkam bahu gadis itu. "Huh?" Eclipse memandang Sky. "Kau punya mata macam api marak." Beritahu Sky. Eclipse menggeleng kepala. Tak akanlah kuasanya mula mengikut emosi. Perkara ini tidak boleh diketahui sesiapa kecuali dia dan Moon.
"Eh, kau nak ke mana?" Soal Sky memegan lengan gadis itu menahan.
"Aku dah lama tak berlatih." Eclipse senyum melepaskan diri. Lalu, dengan langkah laju dia keluarkan pisau belati miliknya dan cuba menyerang Edmund.
"Woi!" Edmund berang. Nasib baik dia peka dengan keadaan sekeliling kalau tida mahu terluka tubuhnya.
"Eclipse." Terkejut dia dengan kemunculan gadis kesayangannya. Eclipse hanya senyum dan posisi tubuhnya dalam mood ingin menyerang. Mata dia pula perhatikan gerak geri lelaki itu.
Eclipse menyerang bahagian kaki. Lelaki itu mengelak dengan melompat. Tapi, langkah laju Eclipse menarik kaki Edmund membuatkan lelaki itu jatuh ke bumi. Merintih sakit Edmund. "Main kasar nampak."
Eclipse mengangkat kening tanda mencabar. Dia memberi masa kepada lelaki itu untuk bangun. "Tiger, Ripley berehat. Biar aku berlawan dengan Eclipse."
YOU ARE READING
CINGULAMONIA
FantasyA STRONG DESIRE TO HOLD A PERSON IN YOUR ARM SINOPSIS KORANG BOLEH BACA BILA KLIK READ. KENAPA TAK TULIS JE DEKAT SINI? SEBAB DIA LEBIH DARIPADA 2000 KARAKTER. SORRY. HOPE KORANG ENJOY TO READ IT. JANGAN LUPA UNTUK TINGGALKAN VOTE DAN KOMEN. ANDA DI...