A STRONG DESIRE TO HOLD A PERSON IN YOUR ARM
SINOPSIS KORANG BOLEH BACA BILA KLIK READ.
KENAPA TAK TULIS JE DEKAT SINI? SEBAB DIA LEBIH DARIPADA 2000 KARAKTER. SORRY. HOPE KORANG ENJOY TO READ IT.
JANGAN LUPA UNTUK TINGGALKAN VOTE DAN KOMEN.
ANDA DI...
"Raja Edmund, raja Casuweth Empire!" Umum raja Eslan sebaik mahkota bertukar milik. Kini, Casuweth Empire diperintah oleh puteranya.
Zap! Tanpa mereka sedar, anak panah tertusuk di dada putera Edmund. Semuanya yang bersorak seronok tadi kini menjerit dan berlari kerana ketakutan.
"Wasabi, Poppy lindung raja Edmund. Tiger dan Ripley, selamatkan raja Eslan dan permaisuri. Sekarang!" Arah Sky. Matanya mencari punca dimana anak panah itu dilepaskan.
"Sky." Sekelip mata Eclipse yang dilihatnya bahagian selatan istana kini berada di depannya. "Eclipse apa yang kau cuba buat?"
"Perempuan ni kuat melawan. Dia tak nak buat apa yang aku suruh, jadi aku buat keputusan untuk uruskan semua sendiri." Suara garau itu bukan milik Eclipse.
"Kau jangan cuba halang aku." Badan Eclipse yang dikuasai Python memberi pesanan.
Sky mengeluarkan pedangnya. "Kau tak akan dapat bunuh raja Edmund."
"Status raja dia tu sekejap je. Hari ni akan jadi hari pertabalan dia dan hari kemangkatan dia. Hahahaha."
Sky menyerang. Python terkejut tidak sempat mengelak. "Kau cuba bunuh ketua kau? Berani."
"Kau bukan ketua aku!" Sky dalam posisi cuba menyerang. Python pula perhati dengan senyuman sinis. "Kalau aku mati, perempuan ni juga akan ikut mati."
"Eclipse sanggup jadi korban asalkan kau tidak berjaya bunuh raja Edmund." Dia menyerang Python. Darah mengalir pada kedua-dua lengan tubuh itu.
"Buang masa aku disini." Sebaik Python berkata begitu tubuh itu hilang dari pandangan Sky.
"Shadow squad, alert! Eclipse sudah dikuasai Python. Dia ada kuasa untuk berubah tempat."
"Mustahil." Kata ahli Shadow squad yang mendengar berita itu.
"Sekarang, tumpukan perhatian. Kita kena lindung raja Edmund sebelum semuanya terlambat."
"Dah terlambat." Suara Python kedengaran dari corong ear plugs mereka. "Shadow squad ke bilik raja Edmund sekarang!" Arah Sky. Dia berlari menuju ke bilik raja Edmund.
############################
Tok! Tok! "Siapa diluar?!" Edmund melindungi diri dia dengan sebilah pedang ditangan.
"Putera Edmund."
Suara itu. "Eclipse."
"Tolong saya, putera Edmund. Sakit. Sakit!" Gadis itu menangis merayu kesakitan. Edmund berbelah bahagi samada ingin dibuka pintu biliknya atau tidak.
"Edmund, please... Help me." Rintihan itu buat Edmund tidak sampai hati membiarkan. Dia melangkah mendekati pintu. Akhirnya, daun pintu itu ditariknya buka.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Eclipse berdiri dengan senyuman. Darah mengalir di bahagian dua-dua lengannya. Tapi, baju dress biru yang tersarung ditubuh gadis itu memang cantik dan sesuai. "Kau ni memang mudah terpedayakan? Hahahahaha." Soal Python dengan suara garau. Senyuman manis tadi bertukar senyuman jahat. Ditangan gadis itu ada dua bilah pisau yang tajam.